Ibu Datin Red pergi menghadap illahi, tapi cara Adira tenangkan madu pulak tarik perhatian ramai

artis

Tindakan Adira hadir menziarahi keluarga madunya yang kehilangan ibu tercinta pada 25 Mei lalu mengundang sebak dalam kalangan warganet. Mana tidaknya, Adira yang tampil memeluk dan menenangkan madunya, Datin Red, turut setia menemani di kbr selepas ibu diuruskan. Menerusi sepotong video yang dimuatnaik di Instagram, Datin Red turut berterima kasih atas keberadaan Adira ketika detik sukarnya. “Pemergian yang tiada ganti… terputusla doa seorang ibu untuk anak-anaknya. “Terima kasih kepada semua adik-beradik, saudara-mara, suami & madu yang ada ketika suka dan duka. “Terima kasih juga pada yang menziarah, yang mengucapkan takziah, yang mendoakan & yang menyempurnakan hingga selesai urusan bonda saya,” kongsi Datin Red.

Puji warganet melihat keakraban Adira dan Datin Red, ukhuwah dan silaturrahim yang murni antara kedua-dua mereka diharapkan kekal berpanjangan. “Alhamdulillah Adira pun ada. Semoga silaturrahim dengan madu terjalin mesra. “Terima kasih Adira datang menziarah. “Sakitnya tu menusuk dalam lubuk hati bila nampak video ini. Mencurah air mata jatuh. “Terus menangis bila datin panggil maaakkk! Dapat rasa kehibaan,” demikian coret beberapa pengguna di Instagram Datin Red. Gempak turut mengucapkan takziah atas kehilangan ibu tercinta Datin Red. Al-Fatihah. Pemilik nama penuh Siti Adira binti Suhaimi. Lahir di Ranau Sabah pada 19 September 1991. Berusia 28 tahun (2019). Anak bongsu daripada lapan beradik. Mula berjinak-jinak menyanyi sejak zaman persekolahan iaitu dengan menganggotai kumpulan nasyid.

Selain itu, beliau banyak menyertai pertandingan nyanyian di Sabah. Pernah bergelar juara Pertandingan Karnival Budaya 2008 dan pertandingan menyanyi di Pesta Kobis anjuran pekan Kundasang. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2010. Bakatnya dicungkil daripada rancangan realiti Akademi Fantasia musim kelapan. Antara lagu tugasannya dalam pertandingan itu seperti Bertamu di Kalbu nyanyian asal Jaclyn Victor, Ku Percaya Ada Cinta (Siti Nurhaliza), My All (Mariah Carey), Ayat-Ayat Cinta (Rossa) dan Kitalah Bintang (Ella). Di peringkat akhir, beliau ditabalkan sebagai naib juara.

Merupakan penyanyi yang memperjuangkan genre muzik pop. Mempunyai sebuah album studio berjudul Dewi Cinta yang memuatkan 10 buah lagu, antaranya Ku Ada Kamu, Ilusi, Ombak Rindu (duet bersama Hafiz Suip), Dewi Cinta dan banyak lagi. Dilancarkan pada tahun 2014. Pemegang trofi Lagu Tema Terhebat di Anugerah Blokbuster, Juara Mobile Anugerah Juara Lagu ke-27, Lagu Tema Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-25 dan Penyanyi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27. Mula tampil dengan imej berhijab sejak Ogos 2014. Mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red yang juga merupakan seorang usahawan pada 3 Disember 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Anggrek (lahir pada 10 Mac 2017 dan Asan (9 September 2018). KREDIT, ASTRO GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published.