Terlibat kejadian tak diingini sampaikan kereta berpusing 3 kali sebelum terbabas, Tajul dedah terbayang arwh Achik Spin

Viral

Kejadian cemas buat Tajul terfikir arwh Achik. Mlng tidak berbau, penyanyi Tajul Ariff berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terbabas ke bahu jalan gara-gara mengelak lopak air. Berkongsi lanjut, Tajul, 24, berkata, kereta jenis BMW miliknya berpusing sebanyak tiga kali sebelum merempuh pembahagi jalan di sekitar kawasan Tapah, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Pulau Pinang pada Rabu.

“Ketika itu hujan lebat dan saya tidak nampak ada lopak air di atas jalan. Apabila dekat baru perasan dan saya cuba mengelak. Disebabkan itu saya gagal mengawal kereta dan berpusing di atas jalan sebelum merempuh pembahagi jalan. Mujur saya tidak langgar lori yang betul-betul dekat dengan saya ketika itu. Kalau terlanggar mungkin akan jadi lebih teruk. Syukur tiada sebarang kecederaan. Memang terkejut selepas kejadian. Saya ambil masa berehat seketika di tepi jalan sebelum berfikir untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tajul bersyukur tidak alami sebarang kecederaan.

Kejadian yang berlaku juga membuatkan Tajul teringatkan akan arwah abangnya iaitu penyanyi Achik Spin yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 2010. Tajul juga memberitahu dalam keadaan kereta sedang laju berpusing, dia sempat berfikir akan segala keburukan yang berlaku dan reda dengan apa sebarang kemungkinan. “Takut juga apabila berlaku kejadian sebegini kerana abang saya dahulu pergi buat selamanya akibat kejadian yang tak diingini. Saya berdoa tidak terjadi sama seperti arwah.

Takut juga apabila berlaku kejadian sebegini kerana abang saya dahulu pergi buat selamanya akibat kejadian yang tak diingini. Saya berdoa tidak terjadi sama seperti arwh

“Ketika kereta sedang berpusing, saya sempat berfikir ke manalah hala tuju akhirnya saya terhumban atau terbabas. Hanya berserah sahaja,” ujarnya. Terdahulu, Tajul berkongsi keadaan dia selamat dan kereta yang dipandu itu mengalami kerosakan pada bahagian depan dan belakang.

Achik pergi buat selamanya akibat kejadian yang tak diingini pada 2010.

Untuk rekod, abang Tajul iaitu vokalis kumpulan Spin, Achik pergi buat selamanya dalam kejadian yang tak diingini ngeri di Lebuh Raya Kajang-Seremban pada 18 April 2010. Allahyarham yang ketika itu berusia 27 tahun tidak sempat menyelamatkan diri daripada kenderaannya yang terbabas selepas melanggar papan tanda. Sumber, Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.