Bagi guna kad debit, Ozlynn balas dengan gambar ni dan ini respon Johan buat ramai terhibur

Viral

Dikurniakan pasangan yang memahami kehendak dan menghormati waktu sendiri atau ‘me time’ adalah satu bentuk rezeki yang harus disyukuri. Barangkali, itulah yang dirasai pelakon Ozlynn Waty yang memanjatkan kesyukuran bersuamikan seorang lelaki seperti Johan atau nama sebenarnya, Mohd. Yazid Lim Mohamad Aziz. Kata Ozlynn, 41, penyampai radio dan pelawak itu tidak pernah berkira dengannya soal wang dan waktu serta sangat mempercayai dirinya.

“Beza papa (Johan) hantar gambar dengan mama (saya) hantar gambar. Saya rasa bersalah? Oh, langsung tidak. Sebab papa bagi kand bank dan cakap, pergilah ‘enjoy’ cuma nak pesan satu sahaja, ‘hati-hati okey, lepas selesai urusan awak balik terus. Ingat awak cinderella saya’. Sambil cium dahi. Terima kasih papa. Walaupun bila saya bagi bil, hidung papa berdarah,” kata Ozlynn atau nama sebenarnya, Rozlinawaty Ismail menerusi satu entri dalam Instagram.

Menerusi untaian foto dimuat naik, Johan sedang menyusukan anak bongsu mereka sementelah Ozlynn sedang berbelanja di lokasi dipercayai sebuah butik. Dalam pada itu, penerbit Sheila Rusly turut tinggalkan pesanan dalam ruangan komen dengan berkata: “Ozlynn didik paling win. Bagi bini kad debit dan ‘enjoy’.” Sumber, K!Online

Kereta Rosak Tepi Jalan, Wanita Dedah Terkejut Bila Johan Tampil Hulurkan Bantuan Dan Ini Respon Warganet

Kerana tindakannya memberhentikan kenderaan bagi meninjau sebuah keluarga yang berada di dalam kesusahan, niat murni pelawak dan penyampai radio Johan mendapat pujian ramai. Menerusi perkongsian seorang individu yang dikenali sebagai Nor Aqmar Kaseh di laman sosial Facebook, dia dan keluarganya berdepan situasi di mana kenderaan yang merena naiki rosak di tepi jalan.

Menurut Aqmar, dia tidak menyangka sebuah kereta berwarna putih berhenti berhampiran mereka dan pemandunya, Johan tampil bagi bertanyakan khabar dan menghulurkan bantuan. “Balik dari Chow Kit kereta breakdown tepi jalan. Tiba-tiba berhenti sebuah kereta putih dekat kami. Dia bertanya kepada en suami kenapa? En suami tercengang sekejap.

“Tak sangka yang bertanya tu Johan Raja Lawak. Dia tanya lagi nak saya bantu apa-apa ke. En Suami yang masih terkejut menjawab tak ada apa-apa,” tulis wanita terbabit. Dalam pada itu, Aqmar turut memberitahu Johan sempat menghulurkan duit raya bagi anak-anak yang berada di dalam kereta. “Lalu Johan bertanya lagi ada berapa orang anak dalam kereta lalu meluru kedalam kereta dan menghulurkan duit raya kepada Iman.“Aku yang dalam kereta tambah terkejut la lihat dia tiba-tiba depan mata. Betul orang kata, dia memang baik hati. Tu sebab rezeki dia murah,” ujar Aqmar lagi.

Menerusi perkongsian yang sama, Aqmar sempat berkongsi beberapa keping foro yang sempat dirakamkan sewaktu kejadian terbabit. Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memberikan pujian buat suami kepada Ozlynn Wati itu yang terkenal dengan sikap suka membantu dan pemurah. “Laki bini yang sangat baik dan humble,” ujar seorang wargamaya. “Kalau aku, aku gelak dulu kalau nampak dia walaupun dia tak cakap pape lagi,” usik seorang wargamaya.

“Johan pernah rasa susah, tu yang dia faham situasi tu,” tulis seorang wargamaya. “Terbaik papa Hanania. Sebab tu rezeki diorang sekeluarga tak pernah putus. Hati baik, ikhlas,” puji seorang wargamaya. “Bersederhana Johan ni. Pakai Vellfire yang dah habis bayar kot tak kolot nak upgrade bagai. Teruskan buat baik,” komen seorang wargamaya. “Alhamdulillah, satu dalam seribu,” kata seorang wargamaya lagi. Sumber, Gempak

“Nanti Kita Belanja Muka Baby, Know-Know Bersalin,” – Johan Umum Ozlyn Selamat Bersalin Anak Ke-6, Bakal Dedah Fasal Bayi Di…

Pelawak dan penyampai radio, Johan Raja Lawak berkongsi khabar gembira selepas memaklumkan isterinya yang juga merupakan pelakon, telah selamat melahirkan cahaya mata keenam mereka baru-baru ini. Menurut Johan atau nama sebenarnya Mohd. Yazid Lim, dia amat berterima kasih kepada semua pihak yang tidak henti-henti mendoakan mengenai kesejahteraan isteri serta bayinya itu. “Syukur Alhamdulillah, Ozlyn telah selamat malahirkan anak ke enam kami. Terima kasih pada yg mendoakan. Tak putus-putus terima mesej tahniah. Nanti kita belanja muka baby ok. InsyaAllah. Know know bersalin,” tulisnya.

Pengumuman tersebut dikongsikan oleh penyampai radio, Era FM itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram. Dalam pada itu, Johan turut memaklumkan dia akan berkongsi dengan lebih lanjut mengenai keadaan isteri dan bayinya itu menerusi sebuah video yang akan dimuat naik di saluran Youtube miliknya dalam masa yang terdekat. Assalamualaikum semua, mungkin ramai yang tertanya-tanya tentang kelahiran baby saya. Dan yang paling penting sekali Ozlyn telah pun selamat melahirkan.

“Apa-apapun, saya akan update dekat YouTube saya. Saya akan share mengenai anak saya yang pertama hinggalah yang ke enam. Harap-harapnya bermanfaat. Jangan lupa follow saya di Youtube. Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami,” jelasnya lagi. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan ucapan tahniah buat Johan selain turut mendoakan agar keadaan isteri serta anaknya akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik. “Alhamdulillah, congratulations. Selamat berpantang. Semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya. “Alhamdulillah, syukur. Tahniah family Hanania. “Moleiq dah ada adik. “Tahniah. Dalam diam-diam, tahu-tahu baby dah keluar,” antara reaksi-reaksi warganet di laman Instagram.

Baru-baru ini, pihak Era FM ada memaklumkan mengenai berita kehamilan Ozlyn menerusi sebuah entri yang dimuat naik menerusi laman Instagram rasmi stesen radioa berkenaan. “Alhamdulillah, wife Johan selamat melahirkan cahaya mata baru diaorang semalam , Jumaat, 3 September 2021. “Semoga ibu dan baby sihat sentiasa. Selamat berjaga malam buat Johan, ikhlas dari Team ERA!  #sharERA @jozlynnhanania,” tulis pengendali akaun tersebut. Sekadar informasi, Johan dan Ozlyn telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 25 Julai 2009. Hasil perkongsian hidup tersebut, psangan ini telah dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleq. Sumber, Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published.