DBKL dedah ini satu punca KL banjir semalam, ramai terkejut lepas keluarkan sesuatu dari longkang

Viral

Kuala Lumpur kerap dilanda banjir kilat setiap kali hujan lebat lebih dua jam. Situasi itu biasanya dapat dilihat setiap petang musim tengkujuh pada hujung tahun dan ketika itu media pasti akan melaporkan beberapa jalan dinaiki air atau beberapa kenderaan terkandas susulan banjir kilat. Semalam hujan lebat di beberapa kawasan terutama di ibu kota telah menyebabkan air bertakung sehingga menyebabkan beberapa lokasi terjejas.

Dalam video yang dimuat naik oleh laman Facebook DBKL dapat dilihat beberapa orang pekerja bertungkus lumus mengeluar kan patung beruang berkenaan yang sudah kotor. Bukan itu sahaja, saiz patung tersebut yang agak besar pastinya menganggu aliran air di kawasan tersebut. Pihak DBKL juga turut menegur akan tindakan tersebut yang pastinya menyebab kan banjir kilat sekaligus merugi kan harta benda orang lain.

“Kenapa perlu buang di dalam longkang jika tidak diperlukan lagi tong sampahkan ada. Bila longkang tersumbat, banjir kilat berlaku. Ramai yang sengsara, mungkin kerugian harta benda lagi. Jangan salahkan pihak berkuasa tak buat kerja pulak nanti,” tulis DBKL.

Sehubungan itu, pelbagai reaksi yang ditinggalkan oleh warganet berhubung perkara itu. Malah ada juga yang memuji tugas DBKL kerana membantu mengawal aliran air disebabkan hujan lebat. Kuala Lumpur memerlukan lebih banyak sistem takungan banjir bagi mengatasi masalah banjir kilat yang kerap berlaku, terutama ketika musim hujan lebat. Pakar hidrologi sekitaran, Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman, berkata sistem takungan banjir itu amat diperlukan di kawasan-kawasan berhampiran hilir Sungai Klang seperti Sungai Buloh, Shah Alam dan Petaling Jaya.

Menjadikan Jepun sebagai contoh, beliau berkata negara itu menggunakan sistem takungan banjir yang amat efektif apabila sebuah stadium menjadi tempat bermain bola sepak pada musim kering, namun bertukar kepada kolam ketika musim hujan. “Cara kita nak kawal ialah melalui penyuraian air banjir. Penyuraian air banjir yang paling efektif adalah melalui pembinaan sistem takungan banjir, di mana fungsinya ialah untuk menyimpan air pada waktu aras air tinggi dan akan melepaskannya apabila hujan dah berhenti,” katanya. Sumber, Awatt Syeikh Network

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.