Bimbang lakonan masih tak seberapa, kini Khai Bahar dedah kenapa tak letak harga tinggi dan ini penjelasannya

Viral

Khai tidak letak harga tinggi kerana sedar kurang pengalaman sebagai pelakon. Mempunyai jumlah pengikut yang ramai di media sosial serta kerjaya nyanyian yang stabil bukan alasan Khai Bahar untuk meletakkan harga tinggi terhadap tawaran lakonan yang diterima. Menurut Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 28, pengalaman sebagai pelakon masih sedikit dan dia tidak layak untuk meminta harga seperti pelakon yang sudah berpengalaman.

“Harga yang saya minta tidak tinggi… bersesuai dengan bebanan kerja seperti jumlah episod. Saya bukanlah asal seorang pelakon yang boleh terlalu demand tentang harga. Saya masih belajar lagi, tidak banyak pengalaman berlakon jadi tidak sepatutnya nak letakkan harga terlalu tinggi. Takut juga jika minta harga tinggi tetapi hasilnya tidak seberapa,” katanya. Khai sebelum ini pernah tampil dalam tiga buah drama iaitu Satukan Rasa, Kisah Cinta Rumi dan Shakira.

Takut juga jika minta harga tinggi tetapi hasilnya tidak seberapa

Meskipun masih baharu, Khai telah diberi kepercayaan untuk menggalas watak utama dan lakonannya semakin mendapat perhatian sehingga menerima banyak tawaran lain. Bagaimanapun menurut Khai, dia masih banyak kekurangan dalam dunia lakonan dan malu untuk melihat hasil kerja sendiri.

Khai tolak tawaran berlakon tahun ini untuk beri fokus pada album.

“Sebenarnya saya malu melihat lakonan sendiri kerana dapat rasakan belum layak menjadi hero. Masih banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki. Memang banyak terima tawaran berlakon, tetapi tahun ini saya harus beri fokus dahulu terhadap kerjaya nyanyian kerana dalam perancangan untuk menyiapkan album serta sebuah lagu duet lain,” ujarnya. Bercakap tentang kerjaya nyanyian pula, kata Khai dia banyak menerima tawaran untuk merakamkan lagu sehingga terpaksa menolak beberapa tawaran. Khai baru sahaja melancarkan single duet bersama Lia Aziz berjudul Kaulah Syurgaku.

“Kalau nak terima tawaran lagu baharu, rasanya hari-hari saya kena masuk studio rakam lagu baharu. Jadi ada masa kena tolak juga beberapa tawaran. Saya serahkan kepada pihak pengurusan untuk membuat pilihan. Untuk lagu baharu ini saya senang berduet dengan Lia kerana dia mempunyai latar belakang dalam muzik dan saya dapat belajar sesuatu daripada dia,” jelasnya. Sumber, Mstar

Khai Bahar Akhirnya Tampil Dedah Sesuatu Selepas Tular Gambar Beliau Dengan Usahawan Kosmetik Yang Telah Diserbv Sebelum Ini

Penahanann usahawan kosmetik yang disyaki terbablt dengan sindlket penyelvdupan dd.4h jenis mthamphetamlne rentas negara baru-baru ini turut memberi templas kepada penyanyi Khai Bahar. Mengakui menjadi duta untuk salah satu produk keluaran syarikat milik usahawan tersebut, Khai berkata dia tidak mengetahui mengenai pembabitan lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ dari Kelantan dengan aktiviti berkenaan.

“Saya tak tahu-menahu mengenai pembabitan individu itu… tapi saya sedar mengenai gambar kami tular di media sosial. Saya baru sahaja menjadi duta untuk produk minuman susu berperisa keluaran syarikat itu. Foto kami diambil pada September lalu semasa pertemuan bagi memblncangkan mengenai produk. “Tentang isv lain saya tak tahu-menahu, saya hanya jalankan tanggungjawab… itu pun masih belum buat kerja lagi sebagai duta sebab masih baru,” katanya.

Khai ditemui semasa pelancaran Konsert Inteam 20 Tahun yang diadakan di pejabat Inteam Records, Petaling Jaya, Selangor. Khai merupakan salah seorang penyanyi yang akan membuat persembahan bersama kumpulan nasyid Inteam, Unic, Hijjaz, Zayne, Lah Ahmad dan Exists. Konsert secara virtual itu akan dipancarkan secara langsung dari Warisan Hall Studio Sijangkang, Selangor pada 12 Disember depan. Sementara itu, penyanyi lagu Bayang ini berkata dia menyerahkan sepenuhnya kepada pegvam untuk membuat keputusan mengenai kontraknya sebagai duta dengan syarikat berkenaan. Malah Khai mengakui tidak terkesan apabila nama dan gambarnya dikaitkan dengan isv itu.

“Sama ada nak teruskan kerjasama dengan pr0duk itu… saya serahkan kepada peguam sahaja. Sejujurnya isv ini tak menganggu kerjaya sebab saya hanya jalankan kerja sahaja. Apa yang berlaku boleh dijadikan pngajaran, mungkin selepas ini saya akan lebih berhati-hati sebelum bersetuju menerima sesuatu tawaran kerja,” ujarnya.

Pada 13 November lalu, media melap0rkan penahanann seorang usahawan kosmetik selepas dlsyaki terbabit dengan slndiket penyeldupan ddh jenis mthamphetamlne. Usahawan kosmetik itu ditahan bersama adik lelakinya, seorang tentera lain-lain pangkat berusia 25 tahun. Ketika serbvan svspek dua beradik itu menaiki Ford Mustang dan polis berjaya mermpas 120 bungkusan teh clna mengandungi bahan dlsyaki ddah mthmphetamlne dengan anggaran berat 126.85 kilogram dan nilai rampasan dianggarkan bernilai 5 jvta.

Polis turut mermpas kenderaan mewah itu, dianggarkan bernilai 500,000 yang didaftarkan di atas nama isteri kepada svspek kedua. Sejurus tersebar berita penahanan itu, pengarah syarikat tampil menaflkan mereka mempunyai kaitan dengan lelaki berkenaan. Pihaknya mengesahkan bahawa lelaki ditahaan itu bukanlah ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat terbabit seperti yang ditularkan di media sosial. Sumber, Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.