Baru je Ustaz Kazim Elias datang temubual, sekali ramai perasan perubahan Elly Mazlein buat ramai yang puji

Viral

Beberapa hari yang lalu, pendakwah bebas, Ustaz Mohd Kazim Elias telah hadir di program Meletop bagi menjelaskan keadaan beliau selepas viral mengenai berita terkena penyakit misteri.

Sangat sopan

Menerusi episod tersebut, Ustaz Kazim telah disambut baik oleh dua hos Meletop, Ahmad Nabil Ahmad dan juga Elly Mazlein atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom. Nabil dan Kak Lina dilihat menzahirkan rasa prihatin dengan nasib yang menimpa Ustaz Kazim sewaktu sesi temubual berlangsung. Selain daripada tindakan Ustaz Kazim yang menunjukkan kesan sakit misteri yang sedang dihidapinya, penampilan Kak Lina yang memakai busana berwarna merah turut menjadi perbualan warganet. Menurut warganet, tindakan Kak Lina menutup bahagian dadanya dianggap sangat sopan tatkala menemubual Ustaz Kazim.

Hormat itu yang penting

Rata-rata warganet memuji penampilan Kak Lina kerana dilihat menghormati situasi serta tetamu yang hadir supaya tidak terlalu terdedah semasa bersiaran langsung. Walau bagaimanapun, mereka juga tetap mendoakan suatu hari nanti agar pengacara kegemaran ramai itu akan mendapat hidayah dan memakai pakaian yang lebih patuh syariah di masa hadapan. Sumber, Oh Bulan

Dedah Tak Faham Dengan Artis Yang Masih Tutup Muka Anak, Elly Mazlein Selamba Perli Kak KM Dan Ini Responnya

Baru-baru ini, selebriti media sosial kontroversi, Kak KM mempersoalkan tentang tindakan segelintir selebriti yang enggan mendedahkan wajah anak mereka pada khalayak umum. Menurut Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli, tindakan untuk tidak berkongsi wajah anak adalah satu hal yang tidak wajar memandangkan anak merupakan anugerah Allah. Kata Kak KM, mengapakah seseorang itu boleh berkongsi tentang perkembangan zuriat sewaktu sedang hamil, tetapi tidak mahu berbuat hal yang serupa selepas anak tersebut dilahirkan.

Pendapat Kak KM itu bagaimanapun menyorot perhatian penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein. Menerusi kemas kini terbaharunya, Elly menegaskan yang pilihan untuk tidak menyiarkan wajah anak adalah hak individu. “Buat pilihan sendiri. Pilihlah bahagia. Biarlah anak Kak Kepom (nama panggilan Elly Mazlein) jauh dari dunia glamor. Biarlah anak-anak Kak Lina dengan cara mereka. “Jangan pelik sangat. Benda takda apa pun nak dipelik atau hairan. Adoi, banyak lagi benda lain nak buat content.

Jangan sentuh hal anak-anak dan manusia ada hak untuk buat pilihan. Sila tag Kak KM apa entah nama dia. Terima kasih,” tulis Elly panjang lebar. Dalam masa yang sama, rakan artis, pelakon Farahdhiya turut bersetuju dengan pendapat Elly Mazlein. “True. Jangan sibuk hal peribadi orang lain. Masing-masing ada pilihan masing-masing. Kita buat apa yang terbaik untuk orang-orang yang kita sayang,” katanya. Sumber, Gempak

Dulu Tak Pernah Rasa Macam Ni, Kini Elly Mazlein Tampil Luahkan Rasa Syukur Atas Nikmat Ini

Penyanyi Elly Mazlein menganggap diri wanita bertuah dengan kehadiran Mohamad Azlan Che Nuh sebagai teman hidup yang membolehkannya mengecap kebahagiaan semula. Katanya, dia bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah apabila menggantikan seorang suami terbaik sebagai ketua keluarga kecil mereka.

“Saya bersyukur sangat sebab Allah gantikan suami yang sangat baik. Saya tak pernah merasa rasa apa yang suami buat sekarang sama ada untuk saya, anak dan bapa saya. Anak saya Sefhia tak pernah rasa sentuhan, belaian seorang bapa dan saya pun tak pernah merasa berjalan dengan suami dan anak. Saya tak pernah rasa semua itu sebelum ini. Tapi alhamdulillah, Allah bagi saya peluang tersebut semula. Saya tak minta apa-apa dengan suami. Cuma minta dia bahagia dengan saya, bertanggungjawab, sayang saya, anak dengan bapa serta setia,” katanya menerusi program Keringat Selebriti di Awesome TV.

Penyanyi Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu menitiskan air mata syahdu tatkala menyentuh hal keluarga ketika diundang menjadi tetamu jemputan untuk rancangan bual bicara tersebut. Azlan yang juga seorang cikgu bergelar suami Elly atau mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom pada Januari 2020. Pasangan berkenaan dikurniakan seorang putera bernama Haider Mateen, empat bulan.

Sebelum ini Elly, 41, pernah berdepan kehancuran rumahtangga dengan pengarah, Azmi Hatta pada tahun 2015 iaitu tidak sampai setahun berkahwin hingga meraih perhatian ramai. Mereka berpisah ketika dia sedang hamil anak pertama, Putri Sara Sefhia yang pada waktu itu baru empat bulan dalam kandungan. Kini Sefhia sudah mencecah usia enam tahun. Pada masa, pelakon dan pengacara itu juga melihat segala yang berlaku dengan berlapang dada malah semakin reda dengan ketentuan takdir.

“Kita kena siapkan yang terbaik untuk suami. Tapi kalau kita sudah cuba, tapi bukan rezeki dengan suami bermakna itu memang bukan jodoh kita. Saya sudah buat yang terbaik, jadi mungkin bukan rezeki serta jodoh saya,” luah pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi itu lagi dengan tenang. Sumber, KOSMO! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.