Sakit hati dengan mulut golongan ni, Datuk Fazley Yaakob tampil beri respon lepas ramai yang tegur tubuh badannya

Viral

Penyanyi dan Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menegur sikap segelintir masyarakat yang tidak peka dengan sensitiviti berkaitan dengan perubahan bentuk badan seseorang. Menurut Fazley, teguran seperti itu tidak sepatutnya diungkapkan kerana boleh menyebabkan individu itu terasa hati dan kurang selesa.

“Kalaulah social media ni boleh auto block and ban orang-orang yang suka #bodyshaming, saya rasa ramai orang hilang account masing-masing tau! Orang tua-tua cakap, kalau nak tegur gemuk, lebih baik diam, kalau nak tegur cantik, panjang-panjangkan cerita! Tak payahlah tegur kalau peha orang tu besar, tak payah tegur kalau pipi dia tembam, tak payah tegur kalau dada dia tak montok, tak payah tegur kalau lengan dia mengelebeh. Tak payah tegur kalau rambut dia nipis, tak payah tegur kalau punggung dia tak ada isi, tak payah tegur

kalau muka dia berjerawat, tak payah tegur kalau ketiak dia hitam. Tak payah tegur kalau kuku dia tak cantik, tak payah tegur kalau dia ada spare tayar kat tepi pinggang dia, tak payah tegur kalau hidung dia kembang – JUST STOP IT! Meh sini kalau ada lagi orang yang teringin nak rasa kena penampar dengan chopping board?” tegurnya dalam satu hantaran terbaharu di Instagram. Selain Fazley, Janna Nick juga merupakan antara selebriti yang menjadi mangsa body shaming. Sumber, Gempak

Saya tetap maafkan – Fazley Yaakob

Penyanyi dan usahawan, Datuk Fazley Yaakob tampil menegur warganet bermulut lancang yang tidak menjaga adab ketika menulis komen di media sosial. Penyanyi lagu Asmara Ini itu tampil membuat pendedahan di akaun Instagramnya (IG) dengan memuat naik tangkap layar mengenai seorang warganet yang melayangkan komen secara melulu dan tidak menjaga hati dan perasaan pengguna media sosial lain.

“Kadang-kadang, tak faham jenis manusia yang merasakan mereka ada hak untuk memberi komen sinis sebegini. Jangn risau, saya tetap maafkan. Cuma, kali ini saya cuba membalas dengan cara kasar dan kurang adab pulak. Nak tengok apa reaksi empunya diri. Selalunya saya padam dan sekat terus. Kali ini saya bagi peluang orang lain baca juga,” ujarnya.

Dalam coretan panjang lebar, Fazley turut meluahkan rasa kecewa dengan nasib selebriti yang sering dipersalahkan dan dipandang serong. “Hebat betul orang-orang yang komen ini. Seolah-olah mereka manusia paling sempurna dan selebriti penuh dengan kesilapan yang langsung tak boleh dimaafkan. Buat mereka yang terkena komen-komen begini, terus padam dan sekat. Tak luak pun. Kalau kongsikan terus macam saya ini pun lagi bagus. Supaya mereka ini mendapat kasih sayang dan perhatian yang sangat mereka dahagakan. Salam Aidilfitri semua! Maaf Zahir Batin!,” katanya. Menjengah ruangan komen, majoriti kalangan artis bersetuju dengan tindakan Fazley dan rata-rata berkongsi pengalaman yang sama. Sumber, Utusan Malaysia

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.