Nampak macam dah ada pengganti, kali ni tular video Sera lepak dengan lelaki misteri

artis

Kemelut rumah tangga pelawak terkenal, Shuk Sahar dan isterinya Rossalennah Natassyiah Asshaferah  atau Sera sememangnya masih lagi menjadi tanda tanya. Baru-baru ini, Shuk telah memuat naik video membuat kejutan dengan terbang ke Sabah demi bertemu dua orang cahaya matanya yang mengikut Sera pulang ke kampung halaman sejak sebulan yang lalu. Menerusi perkongsian Shuk di media sosial, dapat dilihat betapa dia amat merindui dua orang puteri tercinta iaitu  Nur Assyifatu Aimi dan Nur Qurratu Ain. Walau bagaimanapun, tular di media sosial video Sera sedang bertemu dengan seseorang apabila satu akaun TikTok dikenali sebagai @aidi.qusairy memuat naik momen pertemuan tersebut. Apa yang menarik perhatian ramai adalah kapsyen yang disertakan apabila menulis Sera sebagai ‘Ex paling Gilak!’

“Janda paling ku nanti. Ex paling Gilak! Walau pun Ex tetap ku sayang. Kita kawan sampai kawen ok?” tulisnya. Klik sini untuk lihat video. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyokong andai Sera mencari kebahagiaannya sendiri dan meminta jejaka itu ‘menyelamatkan’ Sera daripada perkahwinan yang toksik. Mereka juga bersetuju andai wanita itu mempunyai hubungan istimewa dengan lelaki tersebut serta mendoakan agar mereka mendapat kebahagiaan yang baru selepas pelbagai episod hitam melanda. Walau bagaimanapun, belum ada sebarang penjelasan daripada kedua-dua pihak sama ada mereka benar-benar mempunyai hubungan ataupun sekadar berteman sahaja. Semoga masing-masing mendapat kebahagiaan yang dicari dalam hidup.

Sumber: TikTok @aidi.qusairy

Masih Berkawan Macam Biasa, Rossa Sera Tampil Beri Penjelasan Hubungannya Dengan Shuk Sahar. Isteri kepada pelawak terkenal, Shuk Sahar iaitu Rossa Sera menerusi satu hantaran di laman Instagram menjelaskan dia masih ‘berkawan’ dengan suaminya. Menerusi hantaran tersebut, pemilik nama Rossalennah Natassyiah Asshaferah berkongsi tangkap layar perbualan bersama suaminya yang ketika itu bertanyakan mengenai baju raya bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri. Membalas kepada mesej tersebut, Rossa menjelaskan dua warna yang dipilih dan akan digayakan oleh mereka anak-beranak. Dalam pada itu, usahawan ini turut memberikan penjelasan kepada orang ramai yang masih beranggapan mereka masih gaduh dan dia sempat meminta suaminya itu untuk ‘menjaga diri’. Kami tetap kawan macam biasa ba. Walaupun tak dapat raya bersama, Sera tetap kasi sedondon bajunya sama budak-budak. Doa yang baik-baik ya. Take care Shukri. Terdahulu, perkongsian foto seorang diri Shuk Sahar di laman Instagram menarik perhatian ramai dan warganet sempat mengusiknya. Sebagai rekod, Shuk mendirikan rumah tangga bersama Rossa pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Insta story penuh,

Rossa Sera Muat Naik Rakaman Luahkan Sesuatu, Sera Siap Dedahkan Apa Sebenarnya Yang Dia Mahukan. Kemelut rumah tangga pelawak dan pengacara kontroversi iaitu Shuk Sahar dan Rossa Sera masih belum menemui noktah. Malah sebelum ini juga, Sera pernah memuat naik satu video di media sosial memaparkan anak perempuannya yang meluahkan rasa rindu terhadap bapanya, Shuk Sahar. Terbaru, pemilik nama Rossalennah Natassyiah Asshaferah berkongsi satu video di Instagram memaklumkan bahawa dia mahukan yang terbaik buat anak-anaknya meskipun apa yang dilakukannya selama ini disalah tafsir oleh warganet. Jelas Rossa Sera lagi, dia sangat berharap agar anak-anaknya mendapat hak dan kasih sayang yang sepatutnya. Selama ini orang cakap aku meroyan, tak move on, tak terima takdir. Tapi orang tak tahu aku buat semua ini untuk anak-anak. Aku cuma nak mereka dapat hak dan kasih sayang yang sepatutnya.

Pengorbanan aku selama ini hanya seorang diri. Aku lah ibu dan aku lah bapa. Aku hanya harapkan kesedaran itu wujud buat dia. Sementara di ruangan komen, ada di antara rakan artis dan warganet memberi kata-kata semangat buat Sera agar sentiasa kuat dan tabah dalam mengharungi dugaan hidup. Mereka turut menitipkan doa agar segala urusan Sera dipermudahkan selain dapat menemui kebahagiaan kelak. Sebelum ini, Rossa Sera mendedahkan bahawa dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Shuk dan berada dalam proses untuk failkan perpisahan. Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 3.

Komen warganet

Leave a Reply

Your email address will not be published.