Dua tahun dah pemergian Ashraf Sinclair, ini keadaan terkini Bcl buat ramai yang terkedu

artis

Penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) kini menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal selepas suami tercinta, Ashraf Sinclair pergi menghadap illahi pada 18 Februari 2020.Selepas dua tahun hidup bersendirian, BCL mengaku dirinya masih dalam fasa menenangkan diri dan mencari kebahagiaan. “Sekarang ini saya ingin tenang, ingin happy,” ujar BCL seperti dilaporkan Kompas.com yang mengambil sedutan temubual dari saluran YouTube TS Media. Meski tidak mudah melepaskan kenangan manis hidup bersama lelaki yang amat dicintainya itu, BCL mengatakan dia perlu meneruskan kehidupan bersama satu satunya anak lelaki mereka, Noah. “Masih on the way (menuju bahagia). Apa lagi saya baru melalui sesuatu yang telah mengubah hidup ini.

“Ia seperti kelahiran semula, baby step. Seperti bayi, dilahirkan dan belajar lagi berjalan. Sekarang masih cuba merangkak supaya bisa kembali berdiri,” akuinya kepada Luna Maya yang menjadi hos. Penyanyi cantik itu bagaimanapun menegaskan jika ada yang bertanya adakah dia bahagia dengan kehidupannya, kata BCL ‘Im happy.’ Saya bahagia tapi masih perlu banyak menguruskan rasa hati di dalamnya supaya lebih semangat dan kembali seperti sedia kala,” akuinya tanpa berselindung. Namun dia tidak mahu terburu buru memulihkan perasaan kerana percaya untuk mencapai kebahagiaan, dirinya masih harus melalui proses. “Saya percaya kepada proses, mungkin boleh dicepatkan atau sebaliknya.

“Tapi saya tak bisa memaksa perasaan, jadi perlahan lahan menerima kehidupan yang sudah berbeza. “Ya, saya boleh ketawa dan sudah kembali bahagia, kita hanya manusia biasa yang perlu teruskan hidup biar ia memakan proses yang lama buat saya,”katanya lagi. Dalam temubual sama, BCL mengatakan sudah ikhlas dengan pemergian Ashraf. “Saya sudah mengikhlaskan pemergian Ashraf. Sudah tidak terlalu berasa ‘berat’ seperti dua tahun ini. “Kini masanya saya memberi fokus terhadap kehidupan sendiri dan anak kami,” tutupnya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber, Gempak

Hubungan Rapat BCL Dan Noah Jadi Inspirasi. Ketahui Kelebihan Jika Ibu Rapat Dengan Anak Lelaki. Umum lagi kita ketahui dengan penyanyi terkenal Indonesia ini. Hubungan akrab antara Bunga Citra Lestari dan anak Noah membuatkan ramai kagum. Sejak pemergian aktor Allahyarham Ashraf Sinclair. balunya yang juga penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) banyak berkongsi keakraban dengan anak lelaki, Noah Sinclair di Instagram. Perkongsian menziarahi kubur Allahyarham suami bersama Noah, pemberian hadiah bersempena Hari Ibu serta aktiviti percutian jelas menunjukkan penyanyi lagu Wanita Terbahagia ini kerap meluangkan masa bersama anak lelaki tunggalnya itu.

Kemesraan yang ditunjukkan membuatkan ramai terharu melihat kesabaran dan pengorbanan BCL membesarkan Noah, 12, tanpa suami di sisi. Keakraban BCL dan Noah boleh dijadikan inspirasi bagi ibu dan anak lelaki. Tetapi apa yang membuatkan seorang anak lelaki lebih rapat dengan ibunya. Saling melengkapi, Keperibadian ibu dan anak lelaki menunjukkan hubungan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Dalam erti kata lain, hubungan ini mengisi kekurangan antara mereka. Ini kerana anak lelaki lebih dikenali dengan sifat yang lebih tegas dan maskulin selain mampu menjadi pelindung kepada. Sementara si ibu sudah pasti akan bertindak sebagai ‘penyejuk’ kepada anak lelaki.

Membentuk personaliti anak lelaki, Gaya komunikasi seorang lelaki biasanya lebih tegas, berdasarkan logik dan berpegang kepada apa yang dipercayai. Sifat itu akan berkembang sepanjang anak lelaki membesar. Tetapi jika terlalu dibiarkan dengan gaya komunikasi seperti itu, dibimbangi ia boleh menjadi mereka seorang yang suka mengawal dan mendominasi. Di sinilah penting kehadiran seorang ibu dalam hidup anak lelaki dalam membentuk jiwa yang penuh dengan sifat kasih sayang serta sopan santun. Penting juga untuk memberikan sentuhan fizikal sejak kecil sebagai tanda kasih sayang terhadap anak lelaki dan boleh membentuk personalitinya apabila dewasa kelak.

Kecerdasan emosi, Bahagian paling mencabar bagi seorang ibu dalam mendidik anak lelaki adalah membentuk emosi dan pemahaman mereka terhadap kehidupan. Amat penting membentuk emosi agar mereka dapat merasakan dirinya dilihat, didengar dan difahami keperluan dan kehendaknya.Atas sebab itu penting membentuk emosi mereka sejak kecil dengan mengajar untuk memahami tentang sesuatu perkara dan tidak menyembunyikan perasaan yang sebenar. Biasanya, anak lelaki akan lebih percaya dan lebih mudah mendengar nasihat daripada ibu mereka.

Mencipta keseimbangan, Setiap hubungan ibu bapa dengan anak mereka adalah sangat unik tetapi dinamik. Begitu juga hubungan antara ibu dan anak lelaki, ia dapat terjadi dengan cara luar biasa. Melalui ikatan istimewa ini, si ibu dapat memanfaatkan kekuatan, perlindungan dan tindakannya sementara anak lelaki dapat mengikut langkahnya. kombinasi sempurna ibu dan anak lelaki ini dapat mencipta keseimbangan sekali gus mengeratkan hubungan yang sedia ada. Sumber, mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.