Tular pak cik kena pkul di tengah jalanraya tampil dedah perkara sebenar, sekali ini pesanan khas untuk pemuda tersebut

Viral

Zainoldin Hussain, warga emas yang cdra dibelasah di Padang Jawa dekat Shah Alam pada Ahad lalu, sedia memaafkan pemuda berusia 23 tahun yang menyerangnya. “Saya berlapang dada untuk memaafkan pelaku, saya tak nak kejadian ini berulang, saya maafkan dia walaupun saya rasa sedih. Saya anggap dia seperti seorang anak, umur dia 23 tahun… (tergamak) buat saya macam ni,” katanya dalam satu sidang media di Padang Jawa hari ini. Beliau bagaimanapun menegaskan tidak menarik semula laporan polis yang dibuatkan selepas kejadian.

“Kita ada undang-undang… apa yang patut pihak berkuasa buat, terpulang pada pihak berkuasa,” katanya yang turut memohon maaf sekiranya ada melakukan kesilapan. Ditanya sama ada beliau sedia berjumpa dengan pelaku untuk berdamai, Zainoldin berkata, sebagai warga emas beliau sentiasa bersikap terbuka dan sedia bertemu serta memaafkan. Sementara itu mengimbas kembali detik kejadian itu, Zainoldin, 60, berkata dia sedang memandu menghala ke jajambat di Padang Jawa bersama isteri dan seorang cucu. Menurutnya, dia tidak sedar motosikal dinaiki pemuda terbabit berada berhampirannya.

“Tiba-tiba saya dengar ada orang menjerit, saya tak tahu apa dia cakap sebab dalam kereta tak dengar, saya berhentikan kereta, saya nak tengok adakah saya lnggr dia atau dia lnggr saya. Kemudian saya nampak dia patah balik, tak sempat nak tanya apa-apa, dia terajang saya. Kita orang tua tergamam, maka berlaku pergelutan, saya jatuh dan selepas itu orang kampung datang selamatkan. Tiada kesan pelanggaran pada kereta saya, tiada sentuhan langsung, di balai polis pun dah periksa tiada apa-apa kesan pelanggaran,” katanya.

Tambah Zainoldin, dia keluar daripada kenderaan bukan untuk melakukan provokasi, sebaliknya sekadar memastikan keadaan kenderaannya. “Saya nak periksa adakah saya lnggr dia, atau dia langgar saya sebab saya dengar dia menjerit, saya tak kata dia m.ki, saya tak pasti sebab dalam kereta tak dengar,” katanya. Sumber, Malaysiapost

Tular Pesawat China Eastern Terhmpas, Kini Pengguna Twitter Dikritik Gara Gara Sebak Rakaman Terakhir

Tular semalam satu khabar yang sangat tersentuh setelah pesawat China Eastern Airlines jatuh terhempas di salah satu lokasi pedalaman bandar Wuzhou, Guangxi, China. Kejadian yang melibatkan pesawat jenis Boeing 737 telahpun mengakibatkan kebkran di hutan kawasannya. Setakat ini, masih belum ada lagi khabar yang melaporkan sebuah kejadian yang tidak diingini berlaku. Malah setakat yang dijelaskan, pesawat yang membawa seramai 123 penumpang dan termasuk 9 anak kapal itu sedang menuju ke Guangzhou dari Kunming. Turut berdukacita, ramai yang tampil luahkan rasa simpati dan sebak, lebih-lebih lagi tular rakaman CCTV yang jelas kelihatan sebuah pesawat tersebut jatuh menjunam yang ditularkan di laman media sosial. “Saya tidak rasa ada yang selamat dalam situasi sebegini,” ujar seorang pengguna Twitter. Namun, ada yang mengambil kesempatan untuk meraih perhatian dengan memuat naik rakaman palsu yang dikatakan sebagai rakaman yang dirakam daripada dalam pesawat sebelum terhempas.

“Sebuah pesawat Boeing 737 baru sahaja terhempas di selatan China. Ini merupakan momen terakhir yang dirakam dalam pesawat. Mungkin satu-satunya momen,” tulisnya di Twitter. Begitupun, ramai yang menzahirkan rasa marah ke atas pengguna Twitter berkenaan dan segera berkongsi fakta sebenar di sebalik video tersebut. “Hentikan sebar video palsu. Pesawat (dalam video) tak sama langsung dengan China Eastern. Ia merupakan pandangan sayap Ethiopian Airlines. Dan ia merupakan rakaman flight simulator. Henti sebar video palsu,” tegas seorang warganet. Menerusi tinjauan, laman web China Eastern Airlines tampil tanpa warna sejak berita terhempasnya pesawat Boeing 737 itu dilaporkan media. Sumber, Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.