Belum pakai tudung pun Allah dah jemput 3 kali ke Mekah, Namun ni teguran Ustazah Asmak Husin pada Ifa Raziah

Viral

Pendakwah bebas Ustazah Asmak Husin menegur kenyataan yang dibikin selebriti versatil, Ifa Raziah mengenai isu tudung dan Makkah baru-baru ini. Jelas Ustazah Asmak, bertudung itu wajib bagi setiap wanita dan hukumnya berdosa sekiranya tinggalkan suruhan Allah.

“Pandangan saya menutup aurat itu wajib, tak kisah dijemput ke Makkah atau tidak. Jika kita tinggalkan suruhan Allah tetap berdosa walaupun 10 kali ke Makkah. Menjadi tetamu Makkah untuk mendapatkan haji atau umrah mabrur bukan untuk dibanggakan. Kayu ukur adakah haji kita itu mabrur atau tidak dilihat selepas kepulangan kita daripada tanah suci sama ada terdapat peningkatan atau perubahan dalam diri kita terutama akhlak dan ibadat,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook. Ustazah Asmak turut menyentuh tentang perlakuan yang dikaitkan dengan istidraj.

“Hati-hati dengan istidraj. Istidraj ini apabila seorang yang tidak mengerjakan suruhan Allah, berterusan melakukan maks.1at dan derhaka kepada-Nya, namun dia kelihatan kaya dan rezekinya juga mudah, maka inilah yang dinamakan istidraj. Kadang-kadang nikmat itu sedang menghancurkan pahala kebaikan kita. Kesimpulannya, sebagai hamba berusahalah kita mengikuti segala suruhan Allah kerana kita belum tentu dapat ke Mekah namun yang pasti kita semua akan ke liang lahad. Hijab bukan melambangkan tinggi iman tetapi itu simbol ketaatan hamba kepada tuhannya. Saudara kita di India, Myanmar, dan lain-lain disekat pemakaian hijab mereka tetapi mereka tetap berjuang untuk berhijab. Sedangkan kita? Tepuk dada tanya iman. Mari kita sama-sama berdoa semoga setiap muslimat diberi kefahaman jelas dalam beragama, istiqamah, dan terasa ringan melaksanakan perintah Allah,” tambahnya.

Terdahulu, Ifa dalam satu rakaman video mengupas isu menutup aurat dan makanan halal di sebuah restoran cina di Pulau Pinang. “Banyak benda lagi kita boleh ingat pada Allah, bukan setakat menutup aurat. Kalau setakat menutup aurat tapi tak solat, berzikir, tak buat amal jariah tak guna juga. Itu salah satunya. Kita pun tak sempurna, banyak kekurangan.. Banyak juga orang yang pakai tudung pun tak pernah lagi Allah jemput pergi umrah atau haji. Tapi saya, belum pakai tudung tapi Allah dah jemput saya tiga kali dah. Kalau aurat jaga tapi semua tak lengkap macam mana pula? Cuba jawab. Kalau pakai tudung tapi mulut jahat, dok mengata orang, ftnah orang. Saya pernah jumpa wanita bertudung tapi tak solat,” kata Ifa dalam video berkenaan yang dikongsikan semula ke TikTok. Sumber, Gempak

Tayang Barang Kemas Bernilai Ratusan Ribu, Ifa Raziah Akui Ambil 5 Bodyguard Untuk Keselamatannya

Ifa tak ambil peduli kalau ada katakan dia pakai barang kemas tiruan. Sering memperagakan barangan kemas bernilai ratusan rubu ringgit, pastinya soal keselamatan turut diutamakan oleh penyanyi Ifa Raziah agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Justeru itu, Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 47, mengupah seramai lima orang pengawal peribadi setiap kali keluar menghadiri majlis sebagai langkah keselamatan.

“Bukannya saya pakai barang kemas ini setiap hari. Hanya akan pakai ketika menghadari majlis tertentu sahaja. Saya akan lima orang pengawal peribadi yang akan pantau keadaan sekeliling apabila saya keluar dengan mengayakan barang kemas bernilai tinggi,” katanya.Kata Ifa yang juga merupakan seorang usahawan, memakai barang kemas adalah salah satu strategi pemasaran untuk membuktikan kejayaan dalam perniagaan.

Ifa ambil langkah selamat pasang pengawal peribadi

Sementara itu, Ifa juga tidak mengambil peduli jika ada pihak yang mengatakan barang kemas yang dipakainya adalah palsu. “Mungkin saya tidak tunjukkan duit yang banyak atau memiliki kereta mewah, tetapi dengan ada barang kemas begini ia merupakan satu cara pemasaran supaya orang melihat kejayaan saya. Jika ada yang kata saya pakai barang tiruan… biarkanlah. Apa yang penting masing-masing hidup bahagia,”ujarnya.

Jika ada yang kata saya pakai barang tiruan… biarkanlah

Ifa ditemui ketika sidang media Starvendors Mega Fest Raya 2022 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis. Acara jualan raya ini merupakan kali keempat anjuran Ifa sendiri dan ia bakal berlangsung pada 22 hingga 25 April bertempat di Pusat Dagangan Putra Kuala Lumpur (WTCKL). Sementara itu, Ifa memberitahu dia mengalami waktu sukar tahun lalu selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Lumpur sehari sebelum acara berlangsung. “Disebabkan PKPD saya terpaksa pulangkan semula semua wang sewa peniaga dan saya berjaya bayar kembali dalam tempoh 90 hari. Disebabkan itu juga mereka percaya kepada saya untuk teruskan pada tahun ini dan semakin ramai peniaga baharu yang mahu turut sama,” ujarnya. Sumber, Mstar

5 Tahun Bermasam Muka, Kini Roslan Shah Tampil Mohon Maaf Pada Ifa Raziah Gara Gara Termimpi Sesuatu

Ibarat ‘sinar kemaafaan’ menjelang bulan Ramadan ni, persengketaan berlarutan hampir lima tahun mungkin berakhir apabila pengacara dan selebriti serba boleh, Roslan Shah mahu memohon maaf secara terbuka dengan bekas teman baiknya, Ifa Raziah. Menurut Roslan, dia mahu meleraikan salah faham dan sengketa antara mereka memandangkan usia semakin lanjut selain turut berusaha bermuhasabah diri. “Sejak Allah SWT duga saya dengan sakit baru-baru ini, banyak yang membuatkan saya terfikir dengan mendalam. Satu daripadanya ialah bila-bila masa sahaja m.4ti itu akan tiba. Sakit baru-baru ini juga membuatkan saya rasa seperti Allah SWT telah beri peluang kedua buat diri.

Jadi dengan kesempatan yang ada, saya nak mohon maaf dengan sesiapa sahaja yang pernah terluka dengan saya. Juga kepada Ifa Raziah, saya mohon maaf dan memaafkan awak,”katanya. Tambah Roslan, dia tidak menganggap satu tindakan memohon maaf itu sebagai satu kekalahan atau kesalahan. Jelasnya, ini kerana memohon maaf pada setiap insan itu adalah satu perbuatan yang mulia. “Saya tak rasa malu untuk mohon maaf. Biarlah orang nak cakap apa, cakaplah. Saya dah tak mahu kisah apa orang nak cakap sebab nak jalani hidup yang tenang saja sekarang. “Saya pun nak m.4ti dalam keadaan tenang. Tak mahu bermusuh dengan sesiapa dan tak nak berdendam Saya tak nak di akhirat nanti akan disoal,”katanya.

Dalam pada itu, Roslan mengaku akan cuba berhubung dengan Ifa bagi membuat permohonan maaf secara peribadi. Bagaimanapun, terserah kepada Ifa sama ada mahu menerima permohonan maafnya itu atau tidak. “Saya pernah mimpikan Ifa, dua kali. Masih saya ingat, dalam mimpi itu kami nampak mesra sangat dan buat persembahan sama-sama. Saya juga ingat kebaikan dia. Masa arw.4h ibu saya pergi buat selamanya pada tahun 2019, dia ada hantar pesanan kepada seorang kawan untuk sampaikan salam takziah kepada saya.”Dari situ saya semakin menghormati dia kerana walaupun tahu kita bermusuh, tapi dia tetap ingat akan arw.4h ibu saya,” katanya. Roslan berkata demikian semasa ditemui di majlis pelancaran produk kecantikan Aisel dan perlantikan Didie Alias sebagai duta jenama tersebut di ibu kota, baru-baru ini. Sumber, Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.