Ada yang cakap Shila Amzah tengah tunggu Sharnaaz, tak boleh berdiam sekali ini respon dari tuan badan

artis

Seperti diketahui ramai, sejak kebelakangan ini pelakon Sharnaaz Ahmad dan penyanyi terkenal, Shila Amzah sering kali dikaitkan bersama dan rata-rata para peminat berharap agar mereka berdua kembali bercinta. Dikaitkan dengan Sharnaaz Ahmad. Baru-baru ini, Shila Amzah atau nama sebenarnya Nurshahila binti Amir Amzah ada memuat naik satu video di TikTok memperlihatkan dirinya sedang mendendangkan sebuah lagu Bollywood berjudul ‘Dekha Tenu Pehli Pehli Baar Ve’ tetapi apa yang menarik perhatian ramai adalah kapsyen yang ditulis penyanyi berusia 32 tahun ini. Saya rindu perasaan disayangi/jatuh cinta. Susulan daripada itu, ramai dalam kalangan para peminat tidak henti membanjiri komen berharap agar Shila Amzah bakal bertemu jodoh kelak. Tidak kurang juga ada yang turut memetik nama pelakon Sharnaaz Ahmad.

Menerusi video terbaharu yang dimuat naik di TikTok, Shila Amzah menjawab satu kenyataan warganet yang mendakwa dirinya sedang menunggu Sharnaaz Ahmad. Meskipun tidak mengeluarkan walau sepatah perkataan tetapi reaksi Shila Amzah dalam video tersebut seolah menafikan dakwaan individu terbabit. Anak kepada penyanyi ND Lala ini juga dilihat menggerakkan jari telunjuknya ke kiri dan kanan sambil menggelengkan kepalanya sebagai isyarat ‘tidak’. Menjengah ke ruangan komen, ada dalam kalangan peminat masih berharap agar pasangan selebriti ini kembali bersatu namun ada juga yang meminta supaya orang ramai menghormati privasi penyanyi ini apatah lagi mengaitkan Shila Amzah dengan Sharnaaz Ahmad. Klik sini untuk lihat video.

Komen warganet:

Sumber, OHbulan

Kelab Peminat Buat Provokasi, Shila Amzah Tampil Beri Peringatan Dan Ini Yang Dia Cuba Sampaikan. Satu ciapan di Twitter milik Juara Anugerah Juara Lagu (AJL36), Shila Amzah baru-baru ini mendapat perhatian warganet di media sosial. Shilalas buat Provokasi? Menurut perkongsian di twitter, dikatakan Shilalas yang merupakan kelab peminat Shila Amzah telah membuat provokasi dengan memburukkan nama Shila Amzah. Perkongsian tersebut telah dibalas oleh Shila Amzah sendiri apabila dia meminta supaya peminat tidak melakukan perkara yang tidak berfaedah tambah-tambah bulan Ramadhan yang hampir tiba.

Berhenti Membandingkan Sesama Wanita. Bukan itu sahaja, Shila juga turut memberi pesan kepada peminat supaya untuk berhenti daripada membandingkan sesama wanita dan menjatuhkan satu sama lain. Tambahnya, masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri dan berpesan supaya sentiasa bercakap yang elok sahaja. Bertanggungjawab Mendidik Peminat. Tulisnya lagi, jika individu tersebut merupakan peminatnya,  dia bertanggungjawab untuk mendidik peminat tersebut supaya tidak melakukan atau mengatakan perkara yang tidak baik kepada orang lain. Dia juga tidak membenarkan perkara seperti ini dalam kelab peminatnya. Shila juga berpesan, tidak ada guna merendahkan orang lain untuk membuat dirinya kelihatan baik. Sumber, Murai.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.