TMJ cabar untuk dedah nama individu yang ddkwa kawal bola sepak Malaysia, sekali ini pulak komen MB Kedah

Viral

Sebelum ini, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencabar untuk mendedahkan nama individu yang digelar sebagai ‘Tokong’ dalam bola sepak negara. Namun begitu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi enggan mengulas mengenai cabaran berkenaan.

Enggan beri komen risau dilabel derhaka

Menurut Sanusi, dia tidak mahu mengulas lebih lanjut atau memberi komen mengenai cabaran pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu kerana bimbang akan dilabel sebagai derhaka kerana melawan Raja. Soalan itu (cabaran TMJ dedahkan nama individu yang digelar ‘tokong’) tak usah tanya, provokasi.’No comment’. Nanti depa kata saya lawan Raja pula, baru ini tak ada hujah depa kata lawan raja, derhaka. Ini bola sepak derhaka apa, jadi cukup lah.

TMJ minta bukti & fakta

Terdahulu, di Twitter, Sanusi mendakwa ada ‘individu’ yang mengawal bola sepak Malaysia, bagaimanapun dia tidak mendedahkan nama individu terbabit. Susulan daripada itu, Tunku Ismail meminta agar Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) untuk menyatakan semua dakwaan yang dikeluarkan termasuklah bukti dan fakta. Sumber, Harian Metro 

Tular Kes Bella, Kini TMJ Dedah Bakal Berjumpa Rina Harun Hari Ni

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan bertemu Menteri Pembangunan Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun pada Selasa. Menerusi muat naik di laman Facebook HRH Crown Prince Of Johor pada Isnin, baginda bertitah, pertemuan itu diadakan bagi membincangkan kes remaja orang kurang upaya Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella. Selain itu, menerusi pertemuan terbabit juga, baginda akan mendapatkan taklimat terkini mengenai langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian untuk memastikan kes seumpama itu tidak lagi berlaku.

“Esok (hari ini) saya akan berjumpa dengan Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun untuk membincangkan isu kes Bella dan mendapatkan taklimat terkini mengenai langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian untuk memastikan kes sebegini tidak lagi berlaku,” titah baginda.

Pada Ahad, Tunku Ismail menawarkan khidmat peguamnya secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati (watching brief) bagi kes pend.raan Bella.Tunku Ismail menegaskan, akan menghubungi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berhubung tawaran itu. Tawaran tersebut susulan isteri beliau, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam dilapor sedia membantu Bella mendapatkan keadilan yang sewajarnya. Che Puan Besar Khaleeda menerusi hantaran di Instagram miliknya memaklumkan sanggup melakukan apa sahaja untuk membantu remaja Orang kurang upaya itu. Perbicaraan kes itu turut mendapat perhatian dan menjadi perdebatan bagi rakyat yang melihat seolah-olah nasib Bella seperti tidak diperjuangkan sedangkan remaja berusia 13 tahun itu merupakan seorang Orang Kurang Upaya dan telah menerima peng.4niayaan. Siti Bainun, 30, sebelum itu mengaku tidak bersalah atas dua pertdvhan iaitu mengabai dan meng.4niaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mgsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi. Dia didakwa melakukan perbuatan di sebuah kondominium di Wangsa Maju, Kuala Lumpur antara Februari dan Jun 2021. Pertdvhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Sumber, Gempak

Baru Je TMJ Bersuara, Kini Ramai Tak Puas Hati Rina Harun Lambat Bertindak Atas Kes Bella

Sepanjang minggu lalu kecoh kes pend.raan remaja Sindrom Down, Bella sehingga #JusticeForBella trending di media sosial sejak perbicaraan tersebut telah berlangsung di mahkamah ketika ini. Malah, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail turut bersuara dengan menawarkan khidmat peguamnya demi menuntut keadilan buat Bella dengan memuat naik satu posting di Facebooknya berkenaan kes tersebut.

Ekoran itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Twitter oleh Menterinya, Datuk Seri Rina Harun memaklumkan bahawa pihaknya sedia untuk berikan bekerjasama dalam prosiding pend.raan Bella. Menurut Harian Metro, Rina Harun bersama pihaknya juga telah bersedia untuk mengadap Tunku Ismail dan isterinya, YAM Che’ Puan Besar Khaleeda bagi menerangkan perincian kes penderaan Bella berserta tindakan susulan yang akan dibuat dari pihaknya.

“Sebelum ni pergi mana?”

Pun begitu, pengumuman oleh Rina Harun itu telah mengundang kemarahan orang ramai di media sosial. Rata-rata menyifatkan tindakan yang dibuat agak lambat dan hanya bersuara selepas namanya disebut oleh kerabat diraja. “Nak tunggu TMJ dulu, baru gerak Rina Harun ni hmm…” Komen warganet. Bukan itu saja, ramai juga yang menegaskan bahawa  KPWKM seharusnya menjadi pihak pertama untuk bertindak dengan segera bagi membantu kes pend.raan Bella yang semakin hari semakin hangat diperkatakan. Apa-apa pun kita sama-sama doakan yang terbaik untuk adik Bella ya… Semoga keadilan berpihak kepada dirinya. Harap semuanya dimudahkan! Sumber, Lobak Merah

Leave a Reply

Your email address will not be published.