Ramai terhibur lihat cara pengarah urusan Mydin nak promosi ayam, sekali ini isyarat tangan yang dia buat sampai tarik perhatian ramai

Viral

Pengarah Urusan Mydin, Dato Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin sekali lagi menjadi tumpuan dan fokus orang ramai di media sosial. Umum sedia maklum pemilik gedung pasaraya terbesar Malaysia ini bukan saja kelihatan sempoi dan bersahaja tatkala merakam video promosi barang jualan pasarayanya, malah beliau juga sangat mengikuti trend semasa.

Isyarat Tangan Jadi Perhatian

Melihat video promosi yang dimuatnaik di Instagram rasmi Mydin, orang ramai tertarik melihat isyarat tangan yang dilakukan Dato Ameer dalam video promosi tersebut. Rata-rata ramai yang memuji Dato Ameer sangat mengikut trend dan berasa terhibur melihat video tersebut.

“Aku tak boleh belah lah dengan Dato Mydin ni.. Ikut stail semasa. Memang sempoi. Dah lama aku perati Dato ni.. Rajin buat promosi up to date macam ni.. Comel je. Wah bos kita ikut trend lah !!! Sporting habis Dato Haji Mydin ni” komen mereka

Ada juga yang menegur di ruangan komen Mydin dengan mempersoalkan sama ada pemilik pasaraya gergasi itu mengetahui maksud isyarat tangan tersebut. “Dia tahu tak.. Apa maksud isyarat tangan. Di Itali, orang tak buat isyarat tangan seperti itu ikut suka mereka. Bahaya.” Tegur warganet.

Melihat teguran seperti itu, ramai pula yang memberi komen balas bagi memberi penjelasan bagi pihak pemilik Mydin itu. “Nasib baik kita dekat Malaysia dan Itali separuh dari glob. Di Malaysia isyarat ini mempunyai banyak maksud, tapi yang paling terkenal saya fikir “Anda nak makan?” Lol.. Kerana kami makan guna tangan kebanyakan masa berbanding sudu dan garfu” jelas warganet

Berdasarkan carian, isyarat tangan seperti itu membawa maksud “Apa yang anda mahu” atau “Apa maksud anda”, namun ada yang menggunakan isyarat tangan seperti ini bagi membawa maksud yang kurang sopan di Itali. Sumber, Murai.my

Mungkin Memang Itu Yang Diamalkan Selama Ni, Kali Ni Cara Boss Mydin Berbuka Puasa Tarik Perhatian Ramai

Merendah diri dan bersederhana! Mungkin Itu yang diamalkan oleh Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin setiap kali tibanya Ramadan. Menerusi satu posting di Instagram, Ameer memaklumkan dia lebih menikmati makanan yang ringkas dan sederhana. Malah, Ameer akui dia lebih cenderung untuk memilih makanan sedemikian berbanding menu mewah seperti buffet di hotel lima bintang.

Menurutnya, dia merasakan makanan di hotel seperti satu pembaziran

“Selepas tarawih, saya menikmati thosai dan teh tarik kurang manis. Perkara yang simple dalam kehidupan lebih enjoy. Menikmatinya lebih dari buka puasa buffet 5 bintang (satu pun tak pergi tahun ini, rasa membazir)” tulisnya.

Sementara itu, menerusi ruang komen, kebanyakan warganet bersetuju dengan pandangan pemilik gedung pasaraya Mydin itu. Menurut mereka, adakalanya makanan yang ringkas dan murah lebih seronok dinikmati kerana lebih puas. “Merendah dirinya datuk, selamba je lepak kedai mamak. Buffet memang membazir, senak perut tapi tak sedap. Tarawih ke laut. Betul setuju tu Datuk, saya pun suka simple-simple. Membazir amalan syaitan,” tulis beberapa warganet. Sumber, GEMPAK

Boss Mydin Beritahu Akan Ada Kenaikan Harga Barang Kering. Dia Beritahu Barang Apa Yg Munkin Akan Naik Harga

Harga makanan kering dan pakaian dijangka naik pada tahun ini berbanding barang-barang basah yang dilihat akan stabil. Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin bagaimanapun berkata, beliau tidak merasakan barangan basah akan naik pada tahun ini berbanding tahun lalu. “Barang basah ini ada rantaian bekalan (contohnya jika berlaku) banjir. Semua ini menyebabkan barang naik harga,” katanya kepada Sinar Ahad.

Beliau memberitahu, bagi harga barang makanan kering seperti biskut, sardin dan Milo pada tahun ini, ia dijangkakan naik lapan sehingga 10 peratus. “Kita telah diberitahu oleh ramai pengilang bahawa barang akan naik sebab tertentu (seperti) harga bahan mentah dan kos logistik telah naik,” jelas beliau. Bagi pakaian seperti baju, Ameer Ali berkata, beliau menjangkakan ia akan naik 10 hingga 15 peratus kerana sebelum ini penjual menjual barang-barang sedia ada.

“Dengan kemasukan barang baharu, baru (harganya) akan naik. Baju sekolah dan kasut sekolah pun sudah naik harga,” tambahnya. Menurutnya, kenaikan barang makanan kering dan pakaian ini tidak ada kena mengena dengan kerajaan dan tidak boleh berbuat apa-apa. “Kita ini (terlibat dengan) perdagangan antarabangsa. Jangan kita salahkan kerajaan. Tidak ada kena mengena dengan kerajaan. Apa yang penting adalah kerajaan membantu,” ujarnya.

Untuk menangani perkara seperti ini, beliau turut memberikan beberapa panduan kepada orang ramai, antaranya seperti membuat pilihan dalam membeli barang. “Kita ada pilihan. Daripada kita beli barang yang mahal sikit, kita cari barang yang murah. Contohnya, biasa kita beli baju jenama A yang mahal, sekarang kena beli jenama B yang tidak berjenama. Kita kena pandai, bijak cari barang yang kita mampu. Kerana anda tidak ada pilihan. Barang itu akan naik, gaji anda tidak naik. Kalau gaji anda naik pun, ia tiga hingga lima peratus tetapi barang naik 10 peratus,” kata beliau lagi.

Beliau berkata, orang ramai juga disaran untuk kurang membeli-belah, contohnya jika sebelum ini membeli dua helai baju, sekarang hanya perlu membeli sehelai baju. “Saya rasa ini yang kita kena buat, malah kena kerja kuat supaya kita boleh dapat gaji lebih,” katanya. Sumber, SinarPlus

Leave a Reply

Your email address will not be published.