Syukur, Ini jadual bayaran wang bantuan keluarga Malaysia fasa 2 sehingga fasa 4 bakal diberikan

Viral

Bantuan Keluarga Malaysia BKM adalah sebuah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan di dalam Belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40. Kerajaan telah mengemaskini data golongan B40 yang layak menerima BKM dan setakat ini, hampir RM 2.0 b.illion bantuan Fasa 1 BKM telah disalurkan kepada hampir 9.0 j.uta penerima B40 seluruh negara pada bulan Mac yang lalu.

Sebelum ini, Pembayaran Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia BKM kepada 8.6 j.uta penerima telah diberikan secara berperingkat bermula 28 Mac 2022. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM 100 hingga RM 300 berdasarkan kelayakan setiap penerima. Menurut Perdana Menteri, ia merangkumi 4.0 j.uta isi rumah, 1.2 j.uta warga emas bujang atau tiada pasangan dan 3.4 j.uta individu bujang.

“Bagi memastikan program BKM disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 2 Mei 2022 untuk tempoh sebulan. Proses ini adalah bagi mempertimbangkan semula permohonan yang tidak diluluskan, dengan memberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta d.okumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM. K.erajaan sentiasa peka dengan keperluan semasa dan akan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar,” ujarnya.

Jadual Penuh Pembayaran Sehingga Fasa Empat

Bayaran Fasa 2 sebanyak RM 1.1 bi.lion pula akan dibuat pada bulan Jun 2022. Walau bagaimanapun, k.erajaan sedar bahawa mungkin masih ada rakyat yang layak menerima BKM tetapi masih belum didaftarkan di dalam pangkalan data k.erajaan. Oleh itu, sukacita diingatkan bahawa tempoh rayuan bagi permohonan BKM akan dibuka mulai 2 Mei 2022 selama sebulan bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini. Pemohon boleh mengemukakan rayuan beserta d.okumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia LHDNM. Proses rayuan ini juga bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

“Poses rayuan ini juga bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukannya. Justeru, permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian mulai 2 Mei ini melalui portal rasmi BKM LHDNM. Selain itu, penghantaran Borang Rayuan BKM 2022 secara manual mulai 9 Mei ini di cawangan, Pejabat Satelit PS,  Pusat Khidmat Hasil PKH, Pusat Transformasi Bandar UTC atau LHDNM berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, setelah pangkalan data BKM dikemas kini, pembayaran rayuan BKM kepada pemohon yang lulus disalurkan pada bayaran Fasa 3 dan Fasa 4 dijadualkan pada September dan Disember ini. Sumber, K!Online

Berita Gembira Lagi Untuk Rakyat, Akhirnya Bantuan Yang Kerajaan Bagi Akan Mula Disalurkan Pada Tarikh Ni.

BERITA baik buat Keluarga Malaysia apabila pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) fasa satu akan disalurkan kepada 8.6 juta penerima, secara berperingkat mulai 28 Mac ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, BKM adalah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan di dalam Belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40. “Seramai 8.6 juta penerima akan menerima bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima. “Ia merangkumi empat juta isi rumah, 1.2 juta warga emas, sama ada bujang atau tiada pasangan dan 3.4 juta individu bujang,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ismail Sabri berkata, pembayaran BKM juga bagi meringankan beban kewangan rakyat terutama dalam menyambut bulan Ramadan. Menurut beliau, bagi penerima membabitkan isi rumah, warga emas dan individu bujang, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing mulai 28 Mac hingga 8 April ini. Sementara itu, katanya, penerima yang tidak mempunyai akaun bank termasuk di Sabah dan Sarawak, bantuan disalurkan melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), pada 30 Mac. “Pihak BSN akan mengeluarkan panduan prosedur operasi standard (SOP) dari masa ke semasa,” tambahnya.

Ismail Sabri berkata, bagi memastikan program BKM disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 2 Mei 2022 untuk tempoh sebulan. “Proses ini adalah bagi mempertimbangkan semula permohonan yang tidak diluluskan, dengan memberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). “Kerajaan sentiasa peka dengan keperluan semasa dan akan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar,” katanya. SUMBER, MSTAR

Leave a Reply

Your email address will not be published.