Siap bersumpah pekerja dirsuk bukannya gimik, ini respon Aliff Syukri sampaikan ada yang kata marketing murahan

Viral

Menurut Aliff dia menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang mengerikan dan akui ianya bukanlah gimik semata-mata. Jutawan kosmetik, Dato Seri Aliff Syukri berkongsi detik cemas apabila salah seorang pekerjanya telah dirasuk hantu pada petang Isnin.

“Ini Bukanlah Gimik”

Menerusi sebuah hantaran di Instagram , menurut Aliff dia menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang mengerikan dan akui ianya bukanlah gimik semata-mata. “Mengerikan..Awak saya takut awak. Kejadian petang tadi ketika salah seorang pekerja saya dirasuk hantu.. Sumpah dengan nama ALLAH, ini bukanlah gimik tapi adalah kisah benar.” -Kongsi Aliff Syukri

Tenaga Mengalahkan Peninju Profesional Ketika Dirasuk

Tambahnya lagi, Aliff turut menceritakan bahawa dia berasa pelik dengan pekerjanya yang dirasuk itu baru berusia 20-an, namun ketika dirasuk tenaganya mengalahkan peninju professional antarabangsa, Hulk Hogan. “Pekerja saya ni wanita berumur 20an tetapi yang peliknya ketika dirasuk tenaganya kalah seperti Hulk Hogan.”-Aliff Syukri

Pelbagai Reaksi Warganet

Di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap hantaran Aliff malah ada yang mengkritik video tersebut sebagai konten untuk melariskan salah satu produk keluaran syarikatnya. “Marketing ke awak.” “Kena rasuk? Promot produik? Ok dato, saya cuba husnudzonn.” “Bila dah banyak sangat drama. Jadi macam ni pun tak sure nak percaya atau tak hmm takpelah semoga dipermudahkan urusan.” “Cheap marketing.” “Kuat sangat marketing macam ni.” Adakah benar atau sekadar gimik semata-mata? Korang nilai laa sendiri.. Sumber, Murai.my

Aliff Syukri Dipanggil SKMM, Rupanya SKMM Tiada Kuasa Sekat Rakaman Dan Ini Penjelasannya

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia tiada kuasa untuk menyekat secara langsung klip video raya oleh usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara tersebut hanya boleh dilakukan apabila mendapat perintah mahkamah.

“Kalau kita sekat dahulu, orang boleh smn kita. Kalau mahu sekat, perlu berdasarkan kepada undang-undang. Kementerian tidak boleh sekat. Yang boleh buat keputusan sekat adalah mahkamah. Kementerian hanya melaksana. Kalau menteri boleh sekat. Saya hari-hari ada benda nak sekat. Tapi kena ikut undang-undang. Dia ada kaedah,” katanya semasa Majlis Berbuka Puasa bersama media pada Selasa.

Tambah beliau, sekiranya sesuatu perkara tersebut tidak dapat dibuktikan menyalahi undang-undang, tiada tindakan yang akan diambil. “Hanya kalau melanggar undang-undang, baru akan ada tindakan yang boleh dibuat. Kalau tiada, kita tidak boleh buat sesuatu atas dasar ikut suka,” ujarnya. Ketika diminta untuk mengulas mengenai isu tersebut, beliau tidak memberi sebarang ulasan kerana akan dianggap prejudis terhadap penyiasatan. Sumber, Sinar Harian

Ramai Tak Puas Hati Video Raya Aliff Syukri, Sekali SKMM Panggil Semua Yang Terlibat Dan Annuar Musa Tampil Beri Penjelasan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan memanggil individu terlibat dalam klip video muzik sempena Aidilfitri dikaitkan dengan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata individu yang dikenal pasti telah diberi notis dan diminta untuk hadir di ibu pejabat MCMC di Cyberjaya pagi ini.

“SKMM telah teliti di peringkat awalan, dan ada sebab untuk siasatan dilaksanakan, dan dengan itu satu kertas siasatan dibuka untuk siasat perkara ini di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya. Klip video raya berkenaan yang memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut mencetuskan pelbagai reaksi kerana dikatakan kurang sesuai untuk tontontan masyarakat lebih-lebih ketika di bulan Ramadan.

Annuar turut mengesahkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menerima terlalu banyak aduan termasuk daripada Jabatan Perdana Menteri khususnya Hal Ehwal Agama dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung klip video itu. Beliau berkata keresahan itu timbul kerana klip video berkenaan mempunyai unsur tertentu yang bercanggah dengan amalan dan norma masyarakat negara ini. Sumber, BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.