Dikatakan dah kahwin kali ketiga, tak boleh berdiam sekali ini respon dari Amar Asyraf

artis

SELEPAS kes talak tiga isteri kedua selesai, nama pelakon Amar Asyraf kembali menjadi tumpuan apabila didakwa sudah berkahwin kali ketiga dengan seorang wanita. Spekulasi itu bermula selepas sekeping foto memperlihatkan pelakon tersebut dengan wanita bersama dua cahaya mata, dipercayai daripada hasil perkahwinan mereka. Bagaimanapun, Amar atau nama sebenarnya Amar Asyraf Zailuddin yang dihubungi mStar memilih untuk menjaga privasi keluarganya dan tidak berkongsi tentang status rumah tangganya kini. Menurut pelakon berusia 35 tahun ini, dia berpegang kepada kata para ulama yang menegaskan bahawa terdapat tiga perkara tidak boleh dikongsikan kepada umum termasuklah kisah keluarga.

“Saya sebenarnya tak ada apa nak cakap atau beritahu apa-apa. Bagi saya, bukan nak merahsiakan tapi lebih memilih untuk privasi apabila melibatkan hal rumah tangga. Menurut pelakon berusia 35 tahun ini, dia berpegang kepada kata para ulama yang menegaskan bahawa terdapat tiga perkara tidak boleh dikongsikan kepada umum termasuklah kisah keluarga. “Saya sebenarnya tak ada apa nak cakap atau beritahu apa-apa. Bagi saya, bukan nak merahsiakan tapi lebih memilih untuk privasi apabila melibatkan hal rumah tangga. “Apa yang terjadi sebelum ini memberi pengajaran kepada saya. Jadi, saya tidak mahu berkongsi apa-apa mengenai kehidupan peribadi. Tapi kalau ada yang tahu, tahu la.

“Lagipun, saya berpegang dengan kata-kata beberapa ulama yang beritahu tak boleh kongsi usia, harta dan kisah keluarga kepada umum,” katanya ketika dihubungi mStar. Apa yang terjadi sebelum ini memberi pengajaran kepada saya. Pada Ahad, tular sebuah foto mesra yang memperlihatkan pelakon itu dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Farhana mengenakan busana berwarna putih. Foto berkenaan dimuat naik pada 19 Mac lalu itu dipercayai daripada Instagram milik ibu kepada pelakon drama Perempuan Itu. Dalam pada itu, Amar berharap tiada mana-mana pihak menganggu ketenangan keluarganya memandangkan dia kini lebih aktif dalam bidang perniagaan.

Kata Amar, dia lebih memberi tumpuan kepada perniagaan menjual produk wangian menerusi laman sosial House Of Amar dan produk Dmgia. “Kehidupan saya pun dah tenang dan berharap sangat tiada mana-mana pihak menganggu kehidupan privasi saya sekeluarga. Saya pun sekarang lebih fokus kepada perniagaan. Amar kini aktif berniaga. “Sejak PKP, saya memang sibuk berniaga bermula dengan berniaga barangan terpakai atau bundle kemudian berniaga wangian rumah serta kereta. “Sekarang ini, saya fokus kepada perniagaan wangian yang import dari luar negara. Insya-Allah saya akan keluarkan produk wangian sendiri pula lepas ini. Selain itu, ada kerjasama menjual produk Dmgia,” ujarnya.

Untuk rekod, Amar mendirikan rumah tangga dengan isteri pertamanya iaitu Arna Salleh pada 7 Jun 2013 dan mempunyai dua orang anak iaitu Muhammad Taufik dan Ammara Dian. Pada Oktober 2019, Amar membuat pendedahan dia sudah berkahwin kali kedua dengan wanita bernama Vivy Jeffry beberapa tahun sebelum itu. Pada Khamis lalu, media melaporkan pengesahan lafaz talak tiga yang dibuat Amar pada 4 November 2019 terhadap bekas isteri ketiganya iaitu Vivy Jeffry menemui titik noktah di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. kredit, mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.