Ada individu yang ganggu isteri waktu malam, tak boleh berdiam sekali ini tindakan Caprice pada lelaki tu

artis

Penyanyi rap, Caprice memberikan amaran kepada individu yang mengganggu privasi isterinya, Farra Inalis dengan menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp. Tindakan lelaki tersebut telah melampaui batas dan Caprice memberikan tempoh 24 jam kepada individu terbabit untuk membuat permohonan maaf sebelum tindakan lanjut diambil. “Pertama sekali Malaysia, saya tak kisah jika anda mahu membenci saya, maksudnya bencikan saya. Tetapi apabila anda mula kacau isteri saya atau anak saya. “Atau menghubungi isteri saya pada malam hari atau WhatsApp isteri saya itu tandanya anda telah melampaui batas antara kehidupan peribadi saya.

“Kenapa? Sebab kita akan mula fikir tentang keselamatan isteri dan anak saya. Jadi awak mempunyai masa selama 24 jam untuk cari Caprice dan minta maaf depan-depan. “Kali pertama awak text isteri saya, kita fikir okay mamat ni mungkin tak betul jadi kami berikan dia amaran dengan harapan tidak kacau isteri saya lagi. “Tetapi tidak, hari ini (semalam) juga dia text isteri saya, guys jangan main gla terutamanya tentang keluarga,” ujarnya. Menerusi video pendek itu juga, Caprice berkongsi bukti-bukti kiriman WhatsApp individu tersebut. “Bila orang start melampaui batas dan buat kita risau pasal keselamatan family… You have crossed the line,” tulisnya ringkas. Caprice dan Farra Inalis telah mendirikan rumah tangga pada pertengahan November 2021. Klik sini untuk lihat video. Sumber, GEMPAK

Tampil Beri Amaran Pada Dalang Penyebaran Video Tak Berbaju Gadis Ni, Sekali Caprice Nekad Dan Ini Yang Dia Buat. Selebriti terkenal Caprice kini gunakan laman media sosialnya Instagram untuk tampil beri amaran buat seseorang lelaki yang dikatakan tampil sebarkan rakaman bekas kekasihnya dengan tidak mengenakan sebarang pakaian di laman sosial. Lebih terkejut lagi, gadis tersebut merupakan seorang remaja yang baru sahaja berusia 13 tahun. Menerusi rakaman yang ditularkan di Instagram, Caprice dikatakan gusar dengan perkara yang tular dan siap tampil beri amaran buat sesiapa sahaja yang terlibat untuk memadam segala rakaman yang berkaitan.

“Ramai yang DM saya untuk bercakap pasal ni, dan minta tolong saya. Seorang budak atau ex-boyfriend pergi sebar dan jual video bog3l ex-girlfriend dia yang berumur 13 tahun. Saya ulang 13 tahun. Lebih t3ruk, orang ramai DM akaun berkenaan dan minta video yang dimaksudkan. Sebagai sorang ayah, ini adalah am4ran pertama dan terakhir. Saya akan kerjasama dengan pihak polis, MCMC dan geng-geng h4cker. Sesiapa yang terlibat, yang sebar video, yang minta, saya akan cari korang sampai dapat. Sampai masuk dalam,” katanya. Caprice dedah, perbuatan kongsi rakaman kanak-kanak bawah umur tersebut adalah merupakan salah satu kesalahan jnyh. “Ugvt dan sebar video bawah umur merupakan satu jen4yah. Korang ada enam jam untuk del3te semua video. Berita-berita macam ni menyebabkan saya tidak memberikan anak saya telefon pintar. Kalau dia nak belajar, kita beli buku. Kalau dia nak main, kita beli mainan. Senang,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, ramai yang tampil berikan respon positif pada tindakan Caprice yang berani tampil beri amaran buat individu terbabit. Seorang warganet pula turut mengkritik mereka yang tidak mempunya rasa empati kerana menyal4hkan mgsa kerana berkongsi video sedemikian rupa. “Thank you Cap. Kesian adik tu. Jahat betul la orang yang sebarkan. Semoga dapat tangkap orangnya. Kepada yang takda empati kata kenapa bagi. Senang je kau nilai. Dia muda lagi mana kau tahu kalau dia tak kena grooming atau apa. Hanya kerana benda tak jadi dekat keluarga sendiri senang-senang je kau cakap kan. Ingat kifarah ada ya,” ujarnya. Sumber, Instagram capricedaddycap

Caprice Berang Dan Anggap Peningkatan Kes CvdI9 Sama Macam Tahun Lalu. Sekali Ini Penjelasan Caprice Yang Buat Dia Perasan Sesuatu. Penyanyi rap sensasi Caprice atau kini mahu dikenali sebagai Daddycap berpendapat trend peningkatan jangkitan baharu harian CvdI9 ketika ini sama seperti keadaan yang berlaku pada tahun lalu. Ujar Daddycap atau nama sebenarnya Ariz Ramli, situasi peningkatan kes baharu CvdI9 pada tahun lalu juga berlaku ketika umat Islam sedang menghitung hari untuk menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri. “Kes jangkitan CvdI9 semakin meningkat. Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kes jangkitan harian boleh mencecah sebanyak 22,000 kes menjelang bulan Mac depan. Saya tidak tahu nak cakap apa. Cuma tiap-tiap tahun sebelum puasa dan raya, skripnya berbunyi sama, watak yang sama dan mgsaaa yang sama. Cuma yang berbeza tahun sahaja,” katanya.

Ujarnya lagi, tahun lalu juga menunjukkan trend apabila kerajaan galak memujuk masyarakat untuk mendapatkan suntikan vksin, sama seperti situasi pada tahun ini apabila rakyat disaran pula untuk mendapatkan suntikan dos penggalak (booster) “Tahun lepas kita promosi vaksin, tahun ini kita promosi ‘booster’ pula,” jelasnya. Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, pelantun lagu Tiger of Al Quds itu sempat menyeru masyarakat supaya kembali kepada Allah SWT dengan memperbanyakkan amal ibadah serta doa. “Apabila benda yang kita tidak boleh nampak (CvdI9), boleh buatkan hidup jadi huru-hara, maksudnya kita kena lagi rajin cari semula sesuatu yang kita tidak nampak juga (Allah SWT), tapi mampu buat kita tenang. Perbanyakkan doa dan ibadah,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.