Bekas menantu nekad nak tarik balik saman, sekali ini pula cara Chef Wan balas balik buat ramai yang terkedu

artis

Baru-baru ini isu Shikin Maembong iaitu kakak kepada Emma Maembong telah menjadi bualan hangat warganet apabila mahu menyaman bekas mertuanya itu. Namun dalam diam dia telah pun membuat keputusan untuk menarik tindakan tersebut. Hal ini telah didedahkan sendiri oleh personaliti TV Datuk Chef Wan bahawa bek4s menantunya, Shikin Maembong mahu berjumpa serta membuat keputusan mahu menarik semula tuntutan saman terhadap bekas bapa mertuanya itu. Menerusi hantaran di Instagram, Chef Wan menceritakan bahawa anak perempuannya, Serina Redzuawan menghantar pesanan ringkas memaklumkan Shikin  mahu bertemu dengan Chef Wan untuk beri penjelasan dan menarik semua tuntutan saman.

“Serina text this morning to say that Shikin my ex menantu nak jumpa papa to explain dan tarik saman dia balik. Can we meet this afternoon with the kids Pa?”-Kongsi Chef Wan. Chef Wan kemudian memberitahu bahawa dia tidak mahu bertemu dengan Shikin Maembong namun sudah memaafkan bekas menantunya itu. “Saya cakap,’tidak mengapa, saya sudah memaafkan dia dan saya harap dia rasa yang sama juga’. Saya tidak mahu bertemu dengan dia atau harus mendengar semua drama anak-anak ini dan bekas menantu.”-Chef Wan. Tegas Chef Wan, dia akui sudah penat menghadapi kerenah manusia dan telah melakukan pengorbanan besar untuk ramai orang dalam hidupnya. “Saya minta maaf saya terpaksa menolak. Can we just move on with my life?. Saya sudah tidak boleh menguruskan sebarang isu anak-anak mahupun bekas menantu dan menantu. Saya mahu keluar. Saya penat bertahun-tahun terpaksa berhadapan dengan kerenah semua orang! Beri sedikit ruang untuk saya.

Kata Chef Wan, Shikin mempunyai pilihan sendiri untuk melakukan tuntutan saman atau menarik semula tuntutan saman itu. Apapun, dia sentiasa berpegang pada prinsip yang baik. “Jika dia memilih untuk saman atau menarik semula itu adalah pilihannya. Saya sentiasa ada untuk berpegang pada prinsip saya yang baik. Tinggalkan saya keseorangan! Terdahulu, Murai MY melaporkan Chef Wan meluahkan rasa kecewa apabila menerima notis tuntutan mhkamah yang menyatakan Shikin ingin mengambil tindakan saman malu terhadapnya berikutan tindakan Chef Wan yang mendedhkan isu mengenai rumah tangganya bersama Riz (anak Chef Wan) secara terbuka.

Terdahulu chef selebriti terkenal Datuk Chef Wan menegur bekas menantu, Shikin Maembong berhubung hal membabitkan cucunya mengundang padh apabila dia bakal disaman sebanyak RM1 juta. Menurut Chef Wan atau nama sebenar Redzuawan Ismail, 64, surat tuntutan saman itu dihantar melalui peguam dilantik kakak kepada pelakon Emma Maembong itu. Dalam pada itu, Chef Wan meluahkan rasa terkilan kerana namanya turut terpalit dalam kemelut membabitkan rumah tangga anak-anak. Lebih-lebih lagi apabila Chef Wan mendkwa selama ini dialah yang paling banyak membantu wanita itu ketika dalam kesusahan. Untuk rekod, Nadzri atau sebenar Mohd Nadzri Redzuwan, 40, mendirikan rumah tangga dengan Shikin atau Siti Nur’ Ashikin Ismail pada 5 Disember 2014 dan berpisah pada Jun 2016. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Arianna Natasya yang kini berusia tujuh tahun. Nadzri sebelum itu pernah berkahwin dengan pelakon, Ana Dahlia namun berpisah pada 10 Disember 2012, selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga. Pada Januari lalu, Nadzri atau lebih dikenali sebagai Chef Riz berkahwin kali ketiga dengan wanita pilihan hatinya bernama Nurul. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, Murai.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.