Ada yang cakap berpisah sebab beza pandangan politik, tak boleh berdiam sekali ini pengakuan dari Azri

artis

Selama 19 tahun melayari bahtera rumah tangga, pelakon Azri Iskandar akhirnya mengakui dia terpaksa merelakan perpisahan yang acap kali dipinta oleh Ellie Suriati Omar sebelum ini. Pun begitu, Azri menolak alasan tidak sehaluan dalam politik menyebabkan pengarah, pelakon dan jurulatih lakonan berkenaan membuat permohonan berpisah pada 22 April lalu. Malah Azri yang juga pelakon Pontianak Harum Sundal Malam itu turut menafikan sekiranya isu penerimaan vaksin menjadi punca retaknya rumah tangga mereka. “Sejujurnya, saya tak mahukan perpisahan kerana saya rasa gembira dalam rumah tangga kami. Tapi saya mengalah kali ni sebab selama 19 tahun kami berkahwin, Ellie sebenarnya dah beberapa kali meminta dilepaskan.

“Cuma saya tak rasa sebab isu saya pergi mendapatkan vaksin senyap-senyap mahupun falsafah politik tak sehaluan membuat Ellie tawar hati,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini baru-baru ini. Azri, 53, berkata dengan keadaan yang dialaminya itu adalah lebih baik mereka berpisah dan pada masa sama membesarkan kedua-dua anak mereka secara bersama daripada meneruskan hubungan yang tidak ikhlas. “Bagi saya, lebih baik Ellie minta pisah daripada dia menjalani satu kehidupan yang tak ikhlas bersama saya. “Tak apalah… dah ditakdirkan dia akan menjadi kawan saya serta ibu yang masih menjalankan tanggungjawab yang baik kepada anak-anak kami.

“Rumah tangga mana yang tak dilanda badai? Tapi normallah sekiranya dilanda taufan dan kami berbaik semula lepas tu,” tambahnya. Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Azri melafazkan pisah talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada 17 Mei lalu. Dia dan Ellie berkahwin pada 2003 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18, dan Nur Azreen, 13. Sebelum Ellie, Azri pernah mendirikan rumah tangga dengan Roziana Salim pada 1992. Mereka berpisah pada 1999. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata. Ditanya sekiranya dia menyedari sebarang perubahan ketara sikap dipamerkan pelakon Spinning Gasing itu sebelum berpisah, Azri menjawab: “Tidak”. “Selama dua bulan dia menjalani penggambaran filem Telaga Suriram arahan oleh Osman Ali, kami buat video call setiap malam.

“Tapi kemudian bila penggambaran terhenti sebelum bersambung di Perak, dia beri borang dan maklumkan nak berpisah tiba-tiba,” katanya. Diminta mengulas ruang untuk rujuk kembali suatu hari nanti, Azri, berkata, situasi perpisahan itu masih baru dan dia lebih selesa untuk tidak mengulas lebih lanjut. “Saya tak reti nak cakap soal rujuk. Saya masih bersedih, tipulah kalau tak sedih. Saya juga masih kecewa sebab rasa sayang. “Kami berpisah bukan disebabkan ada wanita lain atau brblah,” katanya yang bakal menggalas watak utama sebagai Tan Sri Elyas Omar pada pementasan 1 Jun ini di Panggung Bandaraya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Sumber: Malaysia Kini

Leave a Reply

Your email address will not be published.