Baru je berpisah talak tiga dengan isteri kedua, kali ni Amar Asyraf dikatakan kahwin untuk kali ketiga

artis

Kuala Lumpur: Belum reda berita pengesahan lafaz pisah talak tiga membabitkan isteri kedua pelakon Amar Asyraf iaitu Vivy Jeffry di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Khamis lalu, terbaharu aktor itu dikatakan berkahwin kali ketiga dengan wanita dikenali Farhana Yusof. Menerusi tinjauan ke Instagram dipercayai milik ibu Amar terdapat sekeping foto mesra yang dimuat naik pada 19 Mac lalu memperlihatkan pelakon itu dengan wanita yang didakwa sudah memiliki dua cahaya mata selain keduanya mengenakan busana berwarna putih. Lebih menguatkan spekulasi itu lagi, tinjauan ke akaun Instagram yang dikatakan milik salah seorang adik-beradik Farhana terdapat foto keluarga ketika mereka menyambut Aidilfitri baru-baru ini.

Menerusi foto yang dimuat naik itu, Amar kelihatan berada di sebelah Farhana manakala dua anaknya hasil perkahwinan dengan isteri pertama, Arna Salleh iaitu Muhammad Taufik dan Ammara Dian turut berada dalam foto itu. Melihat ke akaun Instagram Amar, aktor berusia 36 tahun itu juga dilihat mengikuti akaun peribadi Farhana selain mereka juga dikatakan sedang menjalankan sebuah perniagaan bersama. Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Amar untuk mendapatkan pengesahan dan kesahihan berita perkahwinannya tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan membalas pesanan WhatsApp.

Khamis lalu Harian Metro melaporkan pengesahan lafaz talak tiga yang dibuat Amar pada 4 November 2019 terhadap Vivy menemui titik noktah di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini. Hampir tiga tahun dibiarkan ‘gantung tak bertali’, isteri kedua kepada pelakon, Amar Asyraf iaitu Vivy Jeffry lega apabila pengesahan lafaz talak tiga di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, hari ini menemui titik noktah. Vivy berkata, dia bersyukur apabila pelakon itu akhirnya menyelesaikan konflik rumah tangga mereka dengan baik dan harmoni. “Sejak dilepaskan dengan talak tiga pada 4 November 2019, proses pengesahan di mahkamah tidak dapat diselesaikan dengan cepat kerana terdapat dokumen yang tidak lengkap selain banyak perkara yang berlaku daripada pihak Amar membuatkan mahkamah tidak memberikan keputusan rasmi berhubung perpisahan kami.

“Hari-hari saya lalui dengan penuh doa agar proses pengesahan lafaz talak ini dapat diselesaikan dengan segera kerana saya mahu meneruskan kehidupan tanpa sebarang masalah. Saya sudah terlalu penat untuk menghadapi kehidupan yang tertangguh. “Saya mahu hidup dengan tenang dan enggan menoleh segala hal yang berlaku antara saya dan Amar sebelum ini. Semuanya sudah berakhir hari ini. Saya lega apabila pengesahan lafaz talak tiga sudah selesai dengan baik walaupun terpaksa menunggu dalam tempoh yang panjang,” katanya. Menurut Vivy, dia tidak bersedih atau kecewa dengan apa yang berlaku, sebaliknya fokus utamanya kini adalah untuk membesarkan anak lelaki mereka, Mikhail dengan sebaik mungkin. “Sebelum ini, Amar ada beritahu dia akan membincangkan mengenai anak pula selepas kes ini selesai tapi saya anggap itu cuma untuk menyedapkan hati saja. “Saya berharap dia dapat berfikir apa yang baik untuk kehidupan kerana hidup kita tak lama lambat laun kita akan pergi selamanya. “Insya-Allah sebagai ibu saya sentiasa memberikan kasih sayang kepada Mikhail. Dia sudah bersama saya sejak isu ini berlaku dan dialah tempat saya berkongsi rasa dan cinta,” katanya. kredit, hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.