Tular isu duit palsu RM10k, kini tiktokers terkenal ni tampil buat laporan polis dan ini penjelasan Puteri Sari

Viral

Kemelut isu duit palsu membabitkan pempengaruh terkenal dikenali sebagai Puteri Sari dengan seorang usahawan nampak gayanya masih belum berakhir. Ini kerana menerusi satu video dimuat naik di TikTok baru-baru ini, Puteri Sari nekad untuk membuat laporan polis. Menurutnya, ramai yang tertanya-tanya mengapa dia tidak membuat laporan sebelum ‘meny.rang’ usahawan berkenaan, namun dia sebenarnya mempunyai sebab-sebab tertentu.

“Ramai tertanya-tanya kenapa Puteri tak buat report. Kalau perasan masa g.duh Puteri dah bagi semua duit, korang cuba fikir macam mana puteri nak buat report tanpa bahan bukti duit palsu tu. Sebab duit-duit tu dekat dia. Kenapa tak report masa ada duit, ye betul, tapi nak buat macam mana setiap manusia buat silap, dalam kemarahan. Kenapa manager campak, korang kalau kat tempat saya, mesti buat benda sama. Dia maybe tengah marah, Puteri pun sama,” katanya.

Jelasnya, dia juga tidak sempat menyemak duit yang diterima memandangkan dia percaya usahawan itu seorang ‘founder’ yang ternama. “Kenapa tak cek, dia kan founder besar, takkan nak cek depan-depan dia, lagi pun masa tu tengah beraya. Jadi disebabkan awak panggil ramai orang untuk jatuhkan saya, saya akan buat report sekarang dengan bukti duit palsu yang saya rekod,” katanya.

Sekadar info, isu ‘panas’ itu dikatakan tercetus apabila Puteri menerima tawaran ‘paid review’ untuk mempromosikan produk usahawan berkenaan. Namun, dia kemudian menyedari wang bernilai RM10,000 yang diterima dalam bentuk tunai itu berkemungkinan adalah wang palsu. Sumber, Gempak

Siap Campak Wang RM10k, Puteri Sari Dedah Rupanya Wang Palsu Dan Ini Jadi Pertanyaan Ramai

Kecoh di platform TikTok apabila seorang pempengaruh dikenali sebagai Puteri Sari mencampakkan kepingan duit didakwa sebagai wang palsu. Isu ‘panas’ itu dikatakan tercetus apabila dia menerima tawaran ‘paid review’ untuk mempromosikan produk seorang usahawan. Namun, dia kemudian menyedari wang bernilai RM10,000 yang diterima dalam bentuk tunai itu berkemungkinan adalah wang palsu.

“Cerita dia macam ni, dia nak ambil Siti untuk review produk. Dia ajak bincang dan kebetulan Siti di Kuala Lumpur. Lepas tu dia kasi produk dan wang tunai sebanyak RM10,000. Jadi lepas tu terus ke Kuantan dan masa dalam perjalanan baru sedar duit cash tu. Boleh tengok duit tu, kalau korang dekat tempat Puteri rasa duit ni asli tak? Siap kat belakang ada putih,” katanya sambil menunjukkan gambar wang berkenaan.

Jelasnya, dia bukanlah seorang yang suka viralkan sesuatu isu tapi dia bimbang sekiranya insiden berkenaan berlaku terhadap pihak lain. “Buat saya marah sangat dia tak mengaku kesalahan dia. Saya risau dia buat dekat orang lain,” katanya. Perkongsian dua video berkaitan itu kemudian tular di platform TikTok dan sehingga artikel ini ditulis ia telah ditonton masing-masing sebanyak 6.5 juta dan 1.7 juta tontonan.

Pun begitu, reaksi warganet dilihat bercampur baur. Biarpun ada yang terkejut dengan kejadian itu, ramai juga yang meragui sama ada insiden tersebut adalah sebahagian daripada gimik atau teknik pemasaran. Malah, ramai yang meminta supaya Puteri membuat laporan polis memandangkan isu menggunakan wang palsu dianggap sebagai kes jnyh berat. Sumber, Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.