Fazura dedah rancang timang cahaya mata kedua, Fatima pun dah besar dan sukakan bayi

Viral

Pelakon Fazura akui merancang untuk menimang cahaya mata kedua pada penghujung tahun ini. Fazura memberitahu dia bersedia untuk menimang cahaya mata lagi selepas menyedari anaknya Fatima sudah sedikit besar dan sangat menyukai bayi. “Memang kami sedang merancang untuk mendapatkan cahaya mata kedua. Fatima pun dah nak masuk dua tahun. Dia juga selalu menonton video yang berkaitan dengan bayi. Jadi, saya tahu dia sangat sukakan bayi.

“Insya-Allah, sekarang saya masih lagi sibuk dengan urusan kerja. Jadi, penghujung tahun ini mungkin masa yang sesuai untuk kami mulakan usaha,”katanya. Fazura ditemui bersama suaminya Fattah Amin di rumah terbuka Universal Music pada Jumaat. Pelakon Pisau Cukur itu diminta mengulas mengenai isu anak selepas hantarannya di Instagram (IG) baru-baru ini memberi bayangan untuk menambah ahli keluarga baharu. Tambah Fazura lagi, dia juga merancang untuk mempunyai tiga orang cahaya mata di masa akan datang. “Insya-Allah, kalau ada rezeki, sebenarnya saya nak anak lelaki. Yelah mesti lah nak sepasang. “Tapi, pada masa sama, saya juga memohon dan berdoa semoga ada bayi nombor tiga pula sebab saya nak tiga anak. Kalau kembar, saya lebih suka kalau mereka memiliki rupa paras yang berbeza dan bukan kembar seiras,”kongsinya lagi. Sekadar info, Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan cahaya mata pertama, Fatima pada 2 Oktober 2020. Sumber, Gempak

Tanda Hargai Pekerja, Kini Fazura Belanja Beg Jenama Coach Untuk Setiap Pekerja Tanpa Kira Harga

Aktres jelita Nur Fazura menarik perhatian wargamaya apabila menghadiahkan beg tangan dari jenama mewah Coach untuk semua pekerjanya sebagai satu cara untuk menghargai mereka. Menerusi platform TikTok, seorang pengguna yang juga penyampai radio DJ Sonic berkongsi momen sewaktu berada di dalam butik jenama tersebut untuk tatapan umum. “Fazura berhabis puluhan ribu untuk hargai staff. Dia juga belanja saya satu beg,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian berdurasi kurang 30 saat itu menunjukkan kebanyakan pekerja wanita memilih beg tangan manakala kakitangan lelaki memillih beg bimbit. Difahamkan Fazura mengajak para pekerjanya masuk ke butik berkenaan dan mereka boleh mengambil apa sahaja barangan tanpa mengira tanda harga yang tertera. Turut kelihatan menemani Fazura ke bersama butik berkenaan adalah suaminya, aktor Fattah Amin. Sementara itu di ruangan komen, kemurahan hati pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu mendapat pujian ramai wargamaya. Mereka berpendapat, sudahlah tudung yang dijual pada harga yang berpatutan, untung yang diperolehi dikongsi bersama pekerja-pekerjanya.

@Nadiiah11:Jual tudung mampu milik. Hargai staff beli tu ini. rakyat Malaysia pun happy nak support dia.”“@Effa Mazhar:Rezeki macam ni Allah bagi berlipat ganda. Sebab ikhlas dalam menghargai orang lain.. Takde pun jadi miskin bila berabisan/sedekah untuk orang lain.”“@Nazz:Best dapat bos macam gini, yang hargai staf dia, susah zaman sekarang nak dapat majikan macam gini.”“@Mami_Jueliza:Selayaknya la, untung dah juta. Semoga Cik Faz selalu dilimpahi rezeki…Amin.”“@Juefatinah:Terbaik. Jual tudung biar semua orang mampu mlik.

Semoga dimurahkan rezeki selalu aamiin.”“@Tcer Fatma:Dia kan duta Coach. Boleh dapat less lagi kot.. bestnya dapat kerja dengan dia kan.”Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 100,000 tontonan daripada warga TikTok. Pada tahun lalu, tudung Fazura pernah merekodkan 80,000 helai terjual dalam masa dua jam sahaja dengan keuntungan dianggarkan mencecah jumlah RM2.16 juta. Sumber, Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.