Lama dah tanggung sakit, Pakar Kulit tampil terangkan sesuatu pasal sakit sebenar Ustaz Kazim Elias

Viral

Pakar kulit berpendapat penyakit yang dihadapi pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mungkin ekzema. Bagaimanapun, pakar kulit dari Klinik Kulit Kuala Lumpur, Datuk Dr Low Bin Tick menyarankan supaya pendakwah itu segera mendapatkan rawatan di mana-mana klinik kulit berhampiran. Menurutnya, penyakit tersebut bermula daripada alahan biasa yang akhirnya menyebabkan luka dan ditumbuhi beberapa ketulan kecil warna hitam. “Ini bermula dengan alahan kemudian garu sehingga pecah dan menyebabkan kuman dari kuku masuk dalam daging kulit yang pecah itu.

“Sebab itu ketulan kuning dan hitam itu adalah nanah daripada jangkitan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat. Pada Khamis, Ustaz Kazim berkongsi penderitaan dialami beliau sejak lapan bulan lalu yang menyebabkan luka di seluruh badan termasuk muka. Menurutnya, keadaan itu bukan sahaja menyebabkan rasa sakit, gatal dan pedih, malah membuatkan beliau gelisah hingga tidak boleh tidur seharian sejak beberapa bulan lalu. Ustaz Kazim berkongsi penderitaan dialami beliau sejak lapan bulan lalu yang menyebabkan luka di seluruh badan termasuk muka. Gambar kecil: Dr Low Bin Tick

Cara Rawatan

Dalam pada itu, Dr Low berkata, penyakit tersebut ada rawatan yang dikhususkan supaya cepat pulih. Bagaimanapun, beliau yang juga ahli Persatuan Dermatologi Malaysia (PDM) berkata, ia memakan masa dalam dua hingga tiga kali perjumpaan untuk pulih. “Ubat pertama adalah untuk memtkan kuman dahulu kemudian, sapu krim antibiotik selalu untuk hilangkan nanah itu. “Kemudian kita juga sediakan ubat antibiotik makan dan vitamin C untuk bagi dalaman kita kuat. “Jadi, jangan risau. Penyakit ini ada ubatnya tetapi ia memakan masa sedikit,” ujarnya. Terdahulu pengarah dan penerbit Mawi menegaskan pendakwah terkenal Datuk Mohd Kazim Elias sememang sedang menderita sakit misteri.

Malah menurut Mawi, foto yang memperlihatkan kulit tangan yang kehitaman itu merupakan keadaan sebenar fizikal Kazim atau lebih mesra disapa sebagai Ustaz Kazim. Mengakui terdapat penambahan dari segi kesan solekan, Mawi atau Asmawi Ani juga mendedahkan Kazim pernah menunjukkan keadaan kulitnya yang secara tiba-tiba mengeluarkan cairan merah ketika sedang menjalani penggambaran filem itu. “Ustaz Kazim memang dah lama tak sihat tapi dia kuatkan semangat juga untuk teruskan penggambaran filem ini. Ada yang kata Ustaz saja buat gimik untuk promosi filem. Ada masa, dia pernah tunjuk dekat saya cairan merah keluar dari kulit dia ketika tengah shooting

“Dia memang tengah sakit dan gambar yang dia kongsikan itu memang keadaan dirinya sekarang. Cuma kami ada gunakan kesan solekan sikit untuk filem ini. “Ikutkan satu badan Ustaz kena macam itu. Ada masa, dia pernah tunjuk dekat saya darah keluar dari kulit dia ketika tengah shooting,” kata Mawi. Kazim menerusi laman Instagram memberitahu sakit misteri yang dihidapinya sejak sekian lama dan dia mencuba pelbagai jenis rawatan serta cuba menyembunyikan hal itu namun sudah tidak tahan untuk menanggung derita. Dalam pada itu, Mawi yang juga seorang penyanyi turut memberitahu pendakwah berkenaan hilang keyakinan untuk bertemu dengan orang disebabkan keadaan kesihatannya itu.

“Masa nak mula shooting itu, Ustaz hilang keyakinan dan rasa rendah diri dengan keadaan diri dia… dia rasa malu nak jumpa orang. Saya pun ada duduk berborak dengan dia beri semangat. “Semua team produksi pun beri semangat, Alhamdulillah dia bangkit semula dan walaupun dia nampak lemah tapi tetap bersemangat. “Yang saya harian, bila nak mula shooting, penyakit tu datang semula. Ustaz kata tiap kali nak muncul di TV, mesti benda itu datang,” ujarnya. Mawi dan Kazim bersama team produksi masih berada di Ipoh, Perak sejak 10 hari lalu bagi menjalani penggambaran filem berkenaan sehingga minggu hadapan. Sumber, Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.