Ramai berang bila pemuda kurang upaya terpaksa naik tangga sendiri, sekali ini jawapan staf Rapid KL

Viral

Isu mengenai kemudahan awam yang rosak bukanlah satu hal yang baharu. Sudah banyak kali didebatkan, banyak kemudahan awam dilihat masih dalam keadaan kurang memuaskan. Terkini, isu mengenai lif LRT Stesen Ampang Park yang rosak menjadi sorotan warganet apabila seorang individu kurang upaya yang menggunakan tongkat bahu dilihat terpaksa menggunakan tangga untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam tersebut. Situasi tersebut dirakam oleh seorang warganet dan dimuat naik ke laman sosial Twitter.“Escalator dan lif Ampang Park rosak sejak tahun lepas. Kesian abang kurang upaya ni kena panjat tangga,” katanya sambil meletakkan tag @MyRapidKL.Kemudian, pihak RapidKL membalas pertanyaan pengguna Twitter berkenaan.

“Hai, lift di stesen Ampang Park masih lagi di dalam penyelenggaraan. Pelanggan boleh minta bantuan staff di kaunter. Staff boleh bantu,” tulisnya. Balasan pihak RapidKL itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet yang menyifatkan kenyataan tersebut tidak profesional. “Tolong jadi bijak dan beritahu superior anda untuk selesaikan masalah ini secepat mungkin. Dah bertahun lif tu dalam penyelenggaraan! Alasanlah! Ingat staff tu boleh bantu dukung dari atas sampai bawah ke? Tolong guna otak please kalau ada?”

“Staff angkat gendong sampai atas atau macam mana? Kenapa perkhidmatan tak mesra golongan kurang upaya dan warga emas? Kurang yakin part staff nak bantu, kat kaunter pun tak mesra. Sudah masanya untuk naik taraf. Cepat atau lambat, tak mustahil Malaysia ni ketinggalan jauh dari Indonesia. ”Sementara itu, pihak RapidKL turut mengeluarkan kenyataan berhubung dengan ketidak puasan hati warganet. “Terima kasih atas maklum balas. Pihak Rapid Rail sedia maklum dan sedang berusaha agar escalator tersebut dapat kembali beroperasi secepat mungkin. Kami mohon maaf atas kesulitan yang berlaku,” tulisnya. Sumber, Gempak

Laluan Khas Buat Golongan Kurang Upaya Tarik Perhatian Ramai. Pelik Tengok Laluan Curam Buat Ramai Anggap Macam Ni

Laluan khas untuk golongan Orang Kurang Upaya akan ada dimana-mana, tapi ada pihak yang suka ambil kesempatan terhadap kemudahan ini malah ada juga yang suka pandang enteng sehinggakan kemudahan itu jadi satu perkara yang menyusahkan. Kita dapat lihat sendiri banyak parking orang kurang upaya jadi tapak perniagaan, tandas jadi stor simpan barang bahkan dalam video ini, kemudahan itu rasanya jadi satu risiko.

Dah kenapa buat laluan orang kurang upaya macam tu

Dilihat pada video di bawah, ia seperti satu kawasan kedai, selain tangga untuk naik, kawasan itu juga ada sediakan laluan untuk Orang Kurang Upaya. Bagaimanapun, bagi pemuda yang dikenali sebagai @exfortea di laman akaun TikTok miliknya, tempat laluan orang kurang upaya itu begitu curam dan agak mustahil untuk individu menaiki kerusi roda lalu, tak kira naik mahupun turun.

Dalam masa sehari ia dikongsikan, video ini telah meraih sehingga 1.1 juta jumlah tontonan dan rata-rata warganet pelik melihatnya serta menyokong dengan pendapat pemuda ini. Menurut mereka, bukan sahaja golongan orang kurang upaya, orang-orang yang ‘sempurna’ pun boleh jadi bahaya. Bagaimanapun, ada juga yang kongsikan tips untuk harungi laluan sebegitu. Sumber, Lobak Merah

Kemudahan Orang Kurang Upaya sering diceroboh, mana kesedaran sivik anda?

Tempat letak kereta kurang upaya merupakan antara fasiliti yang sering disalah guna pengguna. RAKYAT Malaysia terkenal dengan sikap prihatin. Prihatin serba serbi, kerja amal. Kitalah yang paling dulu hulur bantuan. Namun, dalam keprihatinan kita terhadap insan lain, masih ada segelintir yang kurang peka, atau tidak peka langsung dengan fasiliti yang disediakan untuk golongan Orang Kelainan Upaya. Pendek kata, pentingkan diri sendiri.

Apatah lagi, menjelang Aidilfitri, lebuhraya pastinya sesak apabila penghuni kota mula pulang ke kampung halaman masing-masing. Perhentian Rehat dan Rawat (RnR) adalah contoh terbaik untuk melihat fasiliti kurang upaya ini disalah guna.Tempat letak kereta, tandas, ramp dan laluan pejalan kaki merupakan kemudahan yang sering diceroboh. Atas alasan “sekejap sahaja” atau “tidak ada orang guna, lebih baik aku guna”, menunjukkan golongan ini hanya mementingkan diri masing-masing. “Selain itu alasan lain diberikan termasuklah parkir penuh kecuali petak khas untuk kurang upaya saja yang kosong atau tiada golongan itu ketika mereka sampai di situ,” luah Basri Husin, seorang bloger kurang upaya. Katanya, ada pengguna yang enggan mengalah bahkan marah apabila ditegur kerana menyalah guna kemudahan kurang upaya. Basri turut mempersoal, adakah pengguna sedar kenapa dan mengapa kemudahan kurang upaya seperti tempat letak kereta misalnya, saiznya lebih besar berbanding ruang yang normal?”Tuan-tuan tahu kepada kemudahan tersebut direka sebegitu?

“Sebenarnya ada beberapa keperluan khas kenapa parking kurang upaya bersaiz agak besar dan berdekatan dengan bangunan. Sebabnya ialah bagi memudahkan pemandu/penumpang menurunkan kerusi roda mereka,” ujarnya. Perhentian Rehat dan Rawat (RnR) adalah contoh terbaik untuk melihat fasiliti OKU ini disalah guna. Sementara tandas kurang upaya direka dengan saiz yang sedikit besar dan dilengkapi dengan beberapa kemudahan seperti ‘grab bar’ dan seumpamanya bagi memudahkan kerusi roda bergerak secara efektif. Manakala fungsi grab bar/flip grab bar bertujuan untuk berpaut dan pindah ke mangkuk tandas atau seumpamanya.

Ramp dan laluan pejalan kaki pula dibina adalah sebagai laluan utama bagi kerusi roda kerana pengguna kerusi roda tidak dapat melalui kawasan bertangga dan bertebing. Laluan pejalan kaki/ramp dibina bagi memudahkan pengguna berkerusi roda “Jadi jangan pula ada motosikal yang menghalangi laluan tersebut.”Keperluan ini dibina untuk orang yang betul-betul memerlukan kerana cabaran fizikal mereka berbeza dari anda semua yang sempurna. Jadilah pengguna jalan raya yang berhemah ketika pulang pada hari raya ini dan berhemah juga sampai bila-bila.”Janganlah mementingkan diri sendiri semata-mata,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.