Berkat restu ibu, Neelofa dedah pernah beri sesuatu buat ibu berharga RM2.5k walaupun tiada duit

Viral

Kejayaan pengacara dan usahawan popular, Neelofa banyak menjadi inspirasi buat semua peminat serta pengikut laman sosialnya. Rata-ratanya kagum dengan cara Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, dalam membangunkan empayar perniagaannya sendiri. Baru-baru ini menerusi sesi perkongsian IG Live bersama ibunya, Neelofa mendedahkan cerita restu ibu, Datin Noor Kartini Mohamed paling penting dalam kehidupannya malah dia sangat mengagumi ibunya yang dijadikan sebagai inspirasi untuknya berjaya dunia akhirat.

Menceritakan pengalamannya, Neelofa berkata dia pernah menghadiahkan ibunya sebuah sejadah berharga RM2,500 ketika pertama kali mengerjakan ibadah umrah pada tahun 2012. “Masa itu umur saya 23 tahun, pada tahun 2012. Saya pergi umrah untuk kali pertama. Masa itu berlakon drama tak banyak lagi. Sejadah itu berharga RM2,500 dan sangat berat. Gigih nak bawa balik untuk mama, saya hand carry. Lagi berharga sebab masa itu saya tak ada duit, RM2,500 rasa mahal sangat. Tapi saya fikir kalau bagi pada mama, nanti pahala mama sembahyang, dapat pada saya (seloroh Neelofa). Sampai ke hari ini, mama masih guna… masih ada dalam bilik tidur,” katanya dalam perkongsian IG Live itu.

Berkongsikan lagi mengenai peribadi ibunya yang juga merupakan seorang usahawan, Neelofa berkata sepanjang dirinya membesar, ibunya langsung tidak pernah memukul anak-anak dalam mendidik mereka. “Selama ini, Neelofa tak pernah nampak mama pukul mana-mana anak. Saya pun tak pernah dipukul oleh mama walau macam mana situasi pun. Mama sangat menitikberatkan pelajaran. Bagi tuisyen, bagi perhatian, suruh buat homework dan tanya perkembangan sekolah,” kata Neelofa lagi.

Memulakan kerjaya seni selepas memenangi gelaran Dewi Remaja 2009/2010, Neelofa berjaya menempatkan dirinya sebaris pelakon dan pengacara popular lain. Setelah mendirikan rumah tangga dengan pendakwah bebas, PU Riz pada 27 Mac 2021, Neelofa mengambil pendekatan memperlahankan kerjaya seni dan lebih menumpukan kepada perniagaan yang diusahakannya. Hasil perkahwinan dengan PU Riz, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari lalu. Sumber, Media Hiburan

Tak Perasan Pun Ada Duit 1000 Dirham Tu, Neelofa Bagi Tahu Dari Mana Duit Raya Bilal Dapat Sampai Banyak Macam Tu

Duit raya anak sulung pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz iaitu Muhammad Bilal menjadi bualan ramai apabila berjaya mengumpul sebanyak RM14,020 selama seminggu beraya. Mengulas lanjut topik popular itu ketika menghadiri program MeleTOP, Neelofa, 34, menyatakan dia tidak perasan pada awalnya dengan kewujudan duit 1000 Dirham. Namun, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor bersyukur dengan rezeki yang diberikan kepada anak lelakinya itu. Kami tak perasan pun (1000 Dirham).. Waktu itu saya bagitahu nak buka akaun bank (masa buka sampul). Bila kira-kira alhamdulillah. Yang datang pula kawan-kawan mak, saudara dari Kelantan dan Besut, Terengganu yang kirim. Rezeki si kecil itu (Bilal).

Bercerita perasaan menyambut raya bersama Bilal buat kali pertama, usahawan terkenal ini akui gembira namun tetap ada perasaan risau memikirkan keadaan anak yang bertemu ramai orang. Semestinya alhamdulillah.. rasa gembira. Tapi bila dah jadi mak ini, mesti fikir keadaan anak, dia lapar ke, nak tidur ke, dia selesa ke.. Masa makan pun mata melilau tengok anak. Sana sini orang pass (pegang) anak. Pada 1 Syawal lalu, buat pertama kali Neelofa dan PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail berkongsi gambar keluarga di Instagram (IG). Bagaimanapun, pasangan itu masih kekal dengan pendirian untuk tidak mendedahkan wajah anak mereka.

Sekitar 2 tahun berhenti menjadi pengacara, Nabil Ahmad bersama Lofa nampaknya begitu teruja kerana seolah-olah lembali’ menjadi rakan gandingan bagi rancangan popular tersebut. Pada tayangan semalam, `MeleTOP’ telah menjemput Neelofa, PU Riz, Ernie Zakri dan juga Syamel sebagai tetamu undangan sempena Hari Raya Aidilfitri. Dah niat nak transfer duit raya Bilal, lepas tular RM14K, aku cakap “Patutnya Bilal yang bagi aku”. Pada segmen pembukaan, lawaknya Kak Lina sempat pura-pura merajuk apabila Nabil menyatakan rasa gembira dapat mengacarakan sebentar `MeleTOP’ dengan Neelofa. Kemudian, tayangan itu juga bersambung dengan perbualan mengenai topik duit raya RM14,000 yang diterima oleh Bilal.

Kami tak perasan pun…Kira-kira Alhamdulillah rezeki si kecil tu. Jelas Lofa sendiri, dia bersyukur dengan rezeki yang diterima oleh zuriat sulungnya itu dan mahu membuka akaun simpanan khas kelak. Dedahnya lagi, ia merupakan kiriman duit raya daripada saudara mara di Besut dan Kelantan serta pemberian rakan-rakan kepada ibunya, Datin Tini. Bilal belum ready, kami minta maaf…Nanti budak-budak kena msalah ain. Sesudah itu, pentas `MeleTOP’ juga bertukar meriah apabila Lofa dan Ernie bersama suami masing-masing berlawan dalam game mempersiapkan bayi. Dengan masa yang sangat singkat, pasangan Ernie dan Syamel nampak agak kalut manakala Neelofa dan PU Riz pula lebih tenang. Kemudian lucunya, Nabil sempat membuat lawak kerana tiba-tiba mengangkat patung yang disiapkan oleh Lofa dan terus menutup muka dengan wet tissue. Dia malahan bergurau kononnya Bilal belum bersedia mendedahkan wajahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.