Jiran sering pasang lagu kuat dan menari, rupanya jiran tiada di rumah dan ini yang individu tersebut nampak

Viral

Baru-baru ini tular satu video di media sosial memaparkan situasi seram dialami oleh seorang individu yang mendakwa melihat ‘lembaga’ sedang menari di hadapan matanya.

Jiran selalu pasang lagu kuat & menari

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikTok dikenali sebagai Fandy Fiera, individu terbabit dikatakan sudah membuat aduan kerana jiran di hapadan rumahnya itu sering memasang lagu dengan kuat sambil menari. Kemudiannya, dia bertindak merakam jirannya yang sedang ‘menari’ itu untuk dijadikan bukti sebelum melaporkan perkara terbabit kepada pihak polis.

Walau bagaimanapun, sudah beberapa kali aduan dibuat tetapi apabila setiap kali polis tiba di rumah jirannya, bilik terbabit bertukar menjadi gelap dan sunyi seperti tiada apa yang berlaku. Namun, apa yang menyeramkan lagi adalah tuan rumah itu menyatakan bahawa bilik terbabit tidak berpenghuni dan ketika kejadian berlaku, mereka tiada di rumah kerana keluar bekerja.

Penghuni rumah ketika itu cuma berdua dan polis dapati tiada langsung persamaan antara lembaga yang di dalam video dengan susuk tubuh penghuni terbabit. Dan sehingga hari ini tidak ada lagi aduan bising diterima daripada rumah tersebut. ‘Rambut dia macam rambut orang zaman dahulu’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargenet turut berasa seram apabila melihat video terbabit. Malah, ada juga di antara mereka yang melihat rambut ‘lembaga’ itu seperti rambut orang zaman dahulu. Sumber, Oh Bulan

Ibu Dedah Dah 3 Tahun Anak Diganggu, Anak Lelaki Sampai Dirasuk Sampai Bertindak Agresif Macam Ni Sekali

Sifat hsd dngk.i terkadang mendorong seseorang insan itu melakukan perbuatan terktvk khususnya sh.1r semata-mata demi merosakkan kebahagiaan hidup individu lain. Persis kisah pilu yang dikongsikan oleh Puan Gania Shalina di Facebooknya sejak kelmarin, keluarganya tidak ketinggalan berdepan dugaan sama. Sejak 2019 segalanya bermula, anak-anak dan suami juga menjadi sasaran.

Lepas sembahyang Asar, orang kampung beritahu anak saya jalan tak pakai kasut menghala ke Lubuk Rambutan. Dalam sebuah video yang dimuat naik, anak Puan Gania dimaklumkan anaknya tiba-tiba keluar rumah dalam keadaan berkaki ayam seolah-olah sedang dikawal ‘sesuatu’. Bahkan apabila cuba dipujuk dan dipegang oleh bapanya, remaja bernama Irfan itu semacam melawan semula.

Dari 2019 Irfan sering diganggu. Ubat penenang pun tak dapat nak bantu. Jelas Puan Gania, perkara sebegitu sudah berlaku berkali-kali di mana selalunya Irfan akan berubah sikap menjadi seorang yang sukar dikawal. Meskipun sudah menggunakan kaedah rawatan moden seperti pengambilan ubat penenang, usaha itu tidak berhasil sepenuhnya. Berbalik kepada rakaman perbualan ibu dan anak itu di dalam kereta, ‘benda’ terbabit cuma berkata ini bukan tempatnya sambil tergelak dalam nada marah. Video, klik link

Gania terkejut tengok Irfan duduk kerusi geleng-geleng kepala & tak cakap apa. Semalam, ibu ini sempat mengucapkan terima kasih kepada doa yang dikirimkan oleh orang ramai semoga keluarga mereka dikeluarkan daripada ujian berat itu. Pun begitu pada jam 1 pagi tadi, Irfan sekali lagi diganggu dan terlihat dia mula menyiram sebotol air ke atas badannya serta menterbalikkan perabot. Resah hati seorang ibu melihat anaknya dikacau lagi, manakala suami Puan Ganis terus cuba menenangkan keadaan. Kredit : Facebook Gania Shalina & TikTok pzo omar 2

Leave a Reply

Your email address will not be published.