Dikritik gara gara beri komen pada Ustaz Kazim Elias, kali ni Aeril tampil beri penjelasan apa maksud dia sebenarnya

Viral

Pelakon, Aeril Zafrel menjelaskan mengenai pertanyaannya kepada penceramah bebas dan pendakwah popular, Datuk Kazim Elias di Facebook baru-baru ini yang mencipta kontroversi dan menyebabkan dia dikecam hebat netizen. Dalam hantarannya di Facebook, Aeril menjelaskan bahawa dia mengajukan soalan di Facebook Kazim berdasarkan pemerhatiannya mengenai penyakit kulit misteri dipercayai kesan sihir yang kelihatan seperti solekan kesan khas.

“Ya, memang saya tahu ustaz tengah sakit kena buatan orang sekarang ini. Tapi, gambar yang ustaz muat naik, berdasarkan pemerhatian saya nampak seperti kesan solekan khas. Pertanyaan saya pun berdasarkan gambar yang ustaz muat naik, bukan menidakkan ustaz sakit selama ini,” tulisnya.

Aeril juga tidak menolak bahawa sikap masyarakat terutamanya warganet hari ini yang lebih terburu-buru melemparkan kritikan. “Tapi, itulah. Orang kita ini pun, saya tanya saja, dah berbakul kena m.ki,” tulisnya. Dalam hantaran sama, Aeril turut memuat naik komennya di Facebook Kazim serta komen balas berbentuk kritikan yang dilemparkan kepadanya.

“‘Shooting’ kan ni ustaz?” soalnya dalam ruangan komen itu. Aeril juga turut memuat naik beberapa tangkap layar perbualan dengan jurusolek kesan khas yang turut menunjukkan beberapa silikon yang digunakan dalam proses solekan kesan khas. Terdahulu, Kazim memuat naik gambar gambar tangannya yang dikatakan mengalami masalah kulit dipercayai kesan shr disertakan dengan keterangan meminta bantuan sesiapa yang mampu mengubati penyakit misteri dialaminya.

“Sesiapa yang boleh tolong ubatkan saya, tolonglah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yabg menanggung. Kepada Allah saya berserah,” tulisnya. Media semalam melaporkan penafian Kazim kononnya dia membuat gimik dan strategi pemasaran untuk filem lakonannya, Zim Zim Ala Kazim. Sumber, HMETRO ONLINE

Sampai Sanggup Mohon Bantuan Rakan Di Thailand, Ustaz Kazim Dedah Cari Individu Ni Dan Ini Sebabnya

Penceramah bebas, Datuk Kazim Elias akan mencari individu di Thailand yang dipercayai mengenakan sihir terhadapnya seperti didakwa sesetengah pihak sebelum ini. Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim berkata, beliau akan dibantu oleh seorang sahabatnya dari Thailand yang tiba di negara ini sejak dua hari lalu.

“Kita nak cari orang di Thailand yang disebut berkali-kali, yang orang jumpa gambar saya di tempat rawatan. Kita nak pujuk balik dia supaya buangkan shr dia dan dengan izin Allah tidaklah jadi shr lagi,” katanya dalam siaran langsung di Facebook milik beliau pagi ini.

Siarang langsung bertajuk ‘Prank, Berlakon atau Real’ itu diadakan di Facebook miliknya bernama Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias dan mendapat tontonan lebih 11,000 orang. Ustaz Kazim yang dis.r.4ng sakit misteri berkata, pihaknya sanggup membayar individu yang digelar bomoh di Thailand tersebut agar menghentikan shr yang dikenakan terhadapnya.

“Berapa ribu dia nak kita bayarlah. Cari duit bayar pada bomoh itu, nanti suruh dia tarik semula apa yang dia buat,” katanya. Semalam, Ustaz Kazim dalam satu hantaran di media sosial miliknya memohon bantuan orang ramai yang boleh mengubati sakit dialaminya. Hantaran gambar yang dimuat naik beliau petang semalam menunjukkan sebelah tangannya yang ditumbuhi beberapa ketulan kecil warna hitam.

Beliau kemudiannya memuat naik hantaran kedua sekitar pukul 2.30 pagi tadi menunjukkan keadaan mukanya dipercayai akibat perbuatan shr. Ustaz Kazim menulis: “Ini (gambar) keadaan muka saya sekarang dan selama ini saya sembunyikan melalui tampalan apabila muncul di khalayak. Bukan hanya di muka malah seluruh badan”. Menurutnya, beliau boleh jadi luka dengan sendiri sehingga mengeluarkan d4rah. “Saya perlukan pertolongan untuk sesiapa, baik doktor atau daripada perubatan alternatif untuk merawat saya. Sakit gatal, gelisah, pedih dan pelbagai perasaan saya selama ini tak boleh lagi saya sorok,” katanya.

Akui Sentiasa Lihat Dari Sudut Baik, Sekali Ustaz Kazim Elias Tampil Dedahkan Sesuatu Tentang Tokti

Pendakwah popular Datuk Ustaz Kazim Elias mendedahkan yang beliau pernah menerima bantuan kerusi roda daripada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Perkara itu dikongsi Ustaz Kazim menerusi satu sesi ceramah yang telah dimuat naik di YouTube, semalam. Menurutnya, selain Siti Nurhaliza, antara yang turut memberi bantuan kerusi roda adalah pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew. “Bila doktor operate kaki saya baru-baru ini, saya tak boleh jalan. Kaki kiri saya pula bermasalah, sampai sekarang. Kalau dapat tengok belah ni, kaki saya kecil.“Saya dapat tiga kerusi roda, satu basikal elektrik. Siti Nurhaliza kasi satu, Ebit Lew kasi satu. Senang saya nak pergi jalan, tak payah basikal. Pulas jalan, jarak sekali cas dari Ipoh ke Kuala Kangsar,” katanya.

Jelasnya, segala sumbangan itu berkemungkinan tidak akan diterima sekiranya dia tidak sakit. “Kalau saya tak sakit saya tak dapat wheelchair. Siti Nurhaliza mai hantar, ada di rumah buat kenangan.“Jadi tuan tuan tak perlu susah hati. Saya sentiasa pandang baik dengan masalah saya. Saya pun harap tuan-tuan pun pandang masalah itu dengan baik. Allah akan beri kekuatan. Jangan sebut celaka punya lutut, haram jadah jangan sebut,” katanya. Sekadar info, Ustaz Kazim sebelum ini pernah membuat perkongsian sebuah video ‘live’ di laman Facebook milik beliau pada Oktober tahun lalu, termasuk menunjukkan wajahnya yang kelihatan semakin cengkung dan uzur.

Menerusi paparan itu, beliau yang sering muncul dalam program dan forum agama Islam di kaca televisyen sebelum ini mendedahkan mengalami perubahan fizikal yang ketara pada wajah terutama bahagian mata dan bibir. Tambahnya lagi, beliau dapat merasakan penderitaan yang dialaminya kini mungkin shr yang berkaitan hasad dengki dan iri hati pihak yang tidak menyukainya. Sumber, Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.