Syukur dapat mertua yang baik, ramai tumpang sebak dengan nasihat dari Datuk Yusof Haslam

Viral

Baru-baru ini, menantu kepada Datuk Yusof Haslam iaitu Aeisah Zainal memuat naik video ketika sesi bersalam-salaman hari raya bersama mertuanya. Untuk pengetahuan, Aeisah Zainal merupakan isteri kepada Syafiq Yusof. Menerusi video itu, kelihatan Aeisah dan Syafiq sedang bersalaman memohon kemaafan bersama Datuk Yusof Haslam dan isteri. Namun, yang menarik perhatian warganet adalah betapa akrabnya hubungan Datuk Yusuf bersama menantu perempuannya itu.

Alhamdulillah rezeki Aeisah dapat mertua yang sangat penyayang.

Ketika Aeisah bersalaman, Datuk Yusuf berkata bahawa beliau telah menganggap Aeisah seperti anak kandungnya sendiri. Suasana ketika sesi bersalaman itu juga menjadi sebak apabila melihat bapa dan menantunya ini saling bermaafan. Jelas terpancar kasih sayang di situ.

Menurut Aeisah, sepanjang lapan tahun menyambut raya bersama keluarga mertua tidak pernah sekalipun dia menitiskan air mata. Namun pada tahun ini, Aeisah menjadi sebak kerana merindui arw.h ibu dan ayahnya. Meninjau ke ruangan kapsyen, begitu ramai warganet yang  yang terharu menonton video ini. Jelas kelihatan Datuk Yusof sangat menyayangi menantunya. Sumber, Rose Merah

Ibu Nasihatkan Untuk Bertaubat, Sekali Rupanya Ini Individu Yang Ibu Syamsul Yusof Tujukan

Kata Ibunya sesiapa yang mengganggu rumahtangga anaknya dinasihatkan untuk bertaubat. Itulah kata-kata dari Datin Fatimah, Ibu kepada Syamsul Yusof sendiri. “Saya nak nasihatkan orang yang tak ingin melihat Syamsul dan isteri serta keluarganya bahagia itu, bertaubatlah. Kenapa mesti nak lakukan sesuatu yang boleh meruntuhkan masjid? Itu dosa besar. Janganlah ada iri hati. Kasihanilah anak-anak mereka. Kenapa mesti nak lakukan sesuatu yang boleh meruntuhkan masjid? Itu dosa besar. Janganlah ada iri hati. Kasihanilah anak-anak mereka,” ujar ibu kepada pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof iaitu Datin Fatimah Ismail mengenai situasi rumah tangga anaknya bersama menantu, yang juga pelakon Puteri Sarah Liyana. Syamsul dengan Sarah bukan dah tak tinggal sebumbung, cuma Sarah datang duduk di rumah saya dan Syamsul pun datang ke rumah saya,” tambahnya dipetik sebagai berkata.

Fatimah berkata, individu itu sendiri tahu siapa diri mereka.

“Saya rasa, mereka tahu mereka itu siapa. Kadang terfikir juga, orang yang kita layan ini betul atau tak betul. Rasanya, buang masa melayan orang begini yang tak ada maruah diri,” katanya memberitahu bahawa individu itu sendiri tahu siapa diri mereka. Orang yang mendoakan kebahagiaan mereka, teruskan berdoa. Kepada yang berniat tak baik kepada keluarga Syamsul dan Sarah, saya harap orang ini akan menerima balasannya,” katanya kepada Melodi. “Anak-anak masih kecil, jadi kami tak nak terburu-buru membuat keputusan yang boleh merosakkan semua. Bagus juga dengan perpisahan sementara ini dan bukan perpisahan selama-lamanya. Sementara itu, kita boleh berfikir dan bermuhasabah diri. Kami sepakat untuk kembali bersama kerana anak-anak. Tipulah kalau dah tak ada cinta kerana perasaan itu masih ada,” ujar Sarah pula. Sumber, Harian Metro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.