Hampir 12 jam bertarung nyawa, Yuna dedah kehilangan orang yang tersayang dan ini punca kehilangannya

Viral

Ketika umat Islam masih meraikan Syawal bersama keluarga dan sahabat, penyanyi terkenal Yuna berkongsi berita duka mengenai kehilangan anak saudaranya Arisa Naura akibat CVDI9. Khabar sedih itu dikongsikan sendiri oleh Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai, 36, menerusi Instagram Story. Menurut pelantun lagu “Terukir di Bintang” itu, arwah Arisa Naura yang berusia setahun lima bulan telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor.

“Semalam hari yang amat sukar.”Anak saudara saya Arisa Naura pergi buat selamanya di Hospital Klang akibat CVDI9 selepas bertarung nyawa selama 12 jam,” tulisnya di IG Story. Yuna yang berada di Malaysia menzahirkan kesyukuran kerana berpeluang bertemu arwah buat kali terakhir pada minggu lalu. Beliau turut menzahirkan kesyukuran kepada Allah atas kehadiran Arisa Naura dalam keluarganya walaupun untuk tempoh yang singkat. Yuna berkongsi berita duka mengenai pemergian anak saudaranya Arisa Naura akibat CVDI9 di IG Story. -IG Yuna

Mula bermain gitar sewaktu menganggotai sebuah kugiran ketika menuntut di Universiti Teknologi MARA. Sebelum popular, beliau pernah bergelar penyanyi latar kepada penyanyi Dayang Nurfaizah selama beberapa bulan. Berkebolehan bermain beberapa instrumen muzik seperti gitar, keyboard dan ukulele. Mencipta pencapaian membanggakan apabila albumnya, Chapters disenaraikan Billboard sebagai antara 10 album R&B terbaik sepanjang tahun 2016, di samping nama-nama besar seperti Beyonce, Rihanna dan John Legend. Sumber, iluminasi.com

Kes Takut Lipas, Kini Akhirnya Yuna Tampil Maafkan Pemuda Ni Setelah 6 Tahun Kena Block Di Twitter

Jawapan warganet itu membuatkan Yuna menyekat akaun Twitter individu tersebut. Selepas enam tahun akaun Twitter disekat oleh Yuna kerana terlanjur bergurau kasar, akhirnya seorang lelaki meluahkan rasa gembira kerana penyanyi itu sudah memaafkan tindakan yang dilakukan sebelum ini. Individu dikenali sebagai Akeem Sharyzal berkata Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai menyekat akaunnya itu sejak tahun 2016 kerana soalan serta jenaka yang ditujukan kepada penyanyi itu menerusi laman berkenaan. Menyedari kesilapan yang dilakukan, Akeem memohon maaf kepada penyanyi lagu Crush itu kerana bersikap tidak matang ketika bertanyakan soalan.

Jangan buat lagi! Tahniah atas perkahwinan anda.

“Sampai aku dah kahwin, Yuna masih block aku. Entah-entah sampai aku tua. Tolong perasan saya Yuna. Saya minta maaf, masa itu saya masih budak-budak yang nakal dan tak pandai fikir dengan baik. Sekarang saya dah insaf, kalau ada konsert Yuna, saya datang bawa isteri saya,” tulis Akeem menerusi Twitter.

Pada tahun 2016, Yuna menyekat akaun seorang pengguna Twitter yang bertanyakan soalan sama ada dia takutkan lipas atau tidak. Bagaimanapun jawapan balas yang diberikan lelaki itu mengundang rasa kurang senang Yuna. “Yuna takut lipas tak?,” tanya Akeem. “Takut,” jawab Yuna.

Individu tersebut berkongsi perkara itu di Twitter.

“Saya tak takut sebab saya lagi takut Allah,” balas Akeem lagi. Gara-gara gurauan itu, Yuna bertindak menyekat akaun berkenaan selama enam tahun dan dibuka semula pada Jumaat. Dalam pada itu, Yuna turut tinggalkan pesanan kepada Akeem supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama selain mengucapkan tahniah atas perkahwinannya. “Jangan buat lagi! Tahniah atas perkahwinan anda,” tulis Yuna. Perkongsian individu tersebut menerima lebih 8,000 retweets dan 25,000 tanda suka. Sumber, Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.