Akhirnya tampil dedahkan wajah anak, Miera Liyana dedah wajah anak sewaktu ulang tahun pertama anaknya

Viral

Buat pertama kalinya, pelakon Miera Leyana berkongsi foto wajah anaknya selepas setahun bersalin. Sempena meraikan sambutan ulang tahun pertama puteri sulungnya yang dilahirkan pada 16 Mei tahun lalu, Miera, 29, berkongsi fotonya sekeluarga bersama suami Rosland Othman. Serentak dengan itu, Miera turut memperkenalkan nama anaknya sebagai Rachel Aisyah. “Hai permaisuri kecil, kamu bukan anak kecil yang biasa. Kamu dilahirkan dengan penuh rahmat daripada Allah.

“Saya tahu suatu hari nanti, kamu akan membuatkan kami berbangga. Kami menjadi orang yang pertama bertepuk tangan dengan segala pencapaianmu.“Selamat ulang tahun kelahiran pertama Rachel Aisyah,” tulis Miera. Miera berkongsi perkara berkenaan di satu hantaran dalam akaun Instagram miliknya. Entri berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata teruja melihat anaknya selepas sekian lama menunggu perkongsian itu dibuat. Tidak ketinggalan, ramai juga yang mengucapkan selamat hari lahir buat Rachel. Sekadar info, Miera berkahwin dengan suaminya, Rosland yang merupakan seorang usahawan pada 26 Julai 2020 di sebuah hotel terkemuka di ibu kota. Sumber, Gempak

Miera Liyana seronok jadi ibu, dilayan macam ‘princess’… upah jururawat peribadi sepanjang tempoh berpantang

Miera Liyana berkongsikan gambar dia berkunjung ke hospital untuk check up anaknya, baru-baru ini. Selepas sebulan melahirkan cahaya mata pertama, pelakon Miera Liyana memberitahu, dia belum bersedia untuk mendedahkan wajah dan jantina anak sulungnya demi menghormati permintaan suami Rosland Othman, 47. Menurut Miera atau nama sebenarnya, Miera Liyana Datuk Seri Kasmi, 28, berkata, dia juga berehat daripada laman sosial buat seketika bagi memberi tumpuan kepada bayinya itu.

“Buat masa ini saya belum sedia dedahkan nama serta wajah anak. Sekarang memang fokus saya 100 peratus sudah tertumpu pada anak. Media sosial pun saya jarang-jarang buka sangat, bukan tidak aktif… cumanya sekarang saya lebih banyak belajar benda-benda baharu seperti breast feeding dan cara penjagaan bayi sebab ini anak pertama saya.

Suami banyak membantu Miera uruskan anak.

“Bukan tak nak berkongsi, cuma kami tunggu masa yang sesuai… saya pun masih baru sebulan berpantang, mungkin lepas habis pantang nanti, InsyaAllah saya akan berkongsikan kepada semua,” katanya. Pelakon drama Memori Cinta Suraya ini selamat bersalin cahaya mata pertamanya di sebuah pusat perubatan di Damansara pada 16 Mei lalu. Berceritakan cerita mengenai penjagaan anak, Miera berkata, dia bersyukur dikurniakan suami yang rajin membantu memandangkan sudah mempunyai pengalaman sebelum ini.

Buat masa ini saya belum sedia dedahkan nama serta wajah anak. Sekarang memang fokus saya 100 peratus sudah tertumpu pada anak.

“Saya sangat bersyukur suami memang banyak membantu tukar lampin dan mandikan anak, walaupun dia sibuk balik lepas kerja, dia tetap jaga anak dan layan saya macam princess. Selain suami, mak saya dan jururawat peribadi yang saya upah sepanjang tempoh berpantang pun sangat membantu. Saya cuma perlu fokus untuk breast feeding dan berjaga malam untuk anak sahaja,” katanya.

Tambah Miera, di awal dua minggu kelahiran anaknya, dia berasa sangat kekok dalam menguruskan dan memandikan bayinya itu. “Kalau nak tahu saya ini manja orangnya, walaupun saya anak kedua tapi manja saya lebih lagi daripada adik bongsu. Sebab itu famili macam tak percaya saya dah jadi mak… masa awal-awal nak mandikan anak pun, suami, mak dan jururawat memang pantau betul-betul apa saya buat. Masa dua minggu pertama tu, memang mengigil jugalah saya nak mandikan dia,” ujarnya. Miera mendirikan rumah tangga dengan usahawan Rosland Othman pada 27 Julai tahun lalu di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Sumber, Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.