Siap campak wang RM10k, Puteri Sari dedah rupanya wang palsu dan ini jadi pertanyaan ramai

Viral

Kecoh di platform TikTok apabila seorang pempengaruh dikenali sebagai Puteri Sari mencampakkan kepingan duit didakwa sebagai wang palsu. Isu ‘panas’ itu dikatakan tercetus apabila dia menerima tawaran ‘paid review’ untuk mempromosikan produk seorang usahawan. Namun, dia kemudian menyedari wang bernilai RM10,000 yang diterima dalam bentuk tunai itu berkemungkinan adalah wang palsu.

“Cerita dia macam ni, dia nak ambil Siti untuk review produk. Dia ajak bincang dan kebetulan Siti di Kuala Lumpur. Lepas tu dia kasi produk dan wang tunai sebanyak RM10,000. Jadi lepas tu terus ke Kuantan dan masa dalam perjalanan baru sedar duit cash tu. Boleh tengok duit tu, kalau korang dekat tempat Puteri rasa duit ni asli tak? Siap kat belakang ada putih,” katanya sambil menunjukkan gambar wang berkenaan.

Jelasnya, dia bukanlah seorang yang suka viralkan sesuatu isu tapi dia bimbang sekiranya insiden berkenaan berlaku terhadap pihak lain. “Buat saya marah sangat dia tak mengaku kesalahan dia. Saya risau dia buat dekat orang lain,” katanya. Perkongsian dua video berkaitan itu kemudian tular di platform TikTok dan sehingga artikel ini ditulis ia telah ditonton masing-masing sebanyak 6.5 juta dan 1.7 juta tontonan.

Pun begitu, reaksi warganet dilihat bercampur baur. Biarpun ada yang terkejut dengan kejadian itu, ramai juga yang meragui sama ada insiden tersebut adalah sebahagian daripada gimik atau teknik pemasaran. Malah, ramai yang meminta supaya Puteri membuat laporan polis memandangkan isu menggunakan wang palsu dianggap sebagai kes jnyh berat. Sumber, Gempak

Menang Saman 1k Kes Anak Trtukar, Rupanya Ini Punca Siti Nak Sangat Saman Pihak Hospital

MASIH ingatkah anda kes pasangan suami isteri yang tertukar bayi mereka dengan anak pasangan lain pada Jun tahun lalu? Kes melibatkan Sti Suriani Wahidin dan suami, Mohammad Syafiq Irfan Azman yang tertukar bayi dengan pasangan Diana Hanani Abdullah dan Muhammad Khairulazman hangat menjadi perbualan warganet pada waktu itu. Dalam perkembangan terkini, pihak peguamcara memberitahu bahawa Permohonan Penzahiran pasangan itu telah dibenarkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam di mana pihak Hospital Umra diperintah membayar kos sebanyak RM1,000 kepada pasangan itu.

Susulan itu juga, pada 22 Mac 2022 lebih kurang pukul 1.30 petang, Siti Suriani dan Diana diiringi peguamcara Marcus Tan & Co telah mengadakan sesi live di page Facebook Jamumall.com berkenaan status terkini kes bayi tertukar pada tahun lalu (2021). Kes melibatkan dua keluarga ini gempar pada tahun lalu. Siti Jamumall mahu mengambil tindakan terhadap pihak hospital di Shah Alam dalam kesnya tertukar bayi tahun lepas bukan kerana wang.

Menurut Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin tindakan itu dibuat bagi menjadi pengajaran supaya pihak terbabit tidak boleh lepas tangan dalam isu berkaitan. “Malah semua pihak kena berhati-hati kerana kecuaian ini (tertukar bayi) satu perkara serius. “Bukan hendak menyalahkan dan cari salah sesiapa punca proses mahkamah dibuat tapi kita kena tahu dan tak boleh main-main atau petik suka hati sahaja dalam hal ini,” katanya dalam sidang video semalam. Menurut SitiJamumall, pihaknya membawa perkara itu ke mahkamah dengan mesej kejadian hospital tertukar bayi tidak lagi berulang.

Turut hadir dalam sidang video yang sama ialah ibu kepada bayi yang tertukar dengan bayi Siti Jamumall yang dikenali sebagai Dianah dan wakil peguamnya, Stanley. Anak lelaki Siti bernama Aiman dan anak lelaki Dianah pula namanya Aisha dan kedua-duanya berusia sembilan bulan. Sementara itu, Stanley berkata, anak guamnya telah memenangi permohonan bagi kes berkenaan dan Mahkamah Shah Alam telah mengarahkan pihak hospital membayar anak guamnya sebanyak RM1,000. Bagaimanapun pihak hospital terbabit juga memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi dan pihaknya menunggu keputusan sebelum membuat tindakan selanjutnya sama ada meneruskan saman atau tidak.

“Sebelum ini kita failkan permohonan pendedahan dapatkan identiti care taker, doktor, jururawat yang menjaga Siti, Aina dan kedua-dua bayi mereka. “Permohonan itu tamat selepas sembilan bulan prosiding dan mahkamah mengarahkan hospital terbabit membayar RM1,000. Ia favourable dan kemenangan kepada kami,” katanya sambil menegaskan kos itu bersesuaian dengan permohonan awal anak guamnya. Jika mahu kos lebih besar, katanya, tindakan saman perlu dilakukan namun bergantung kepada keputusan mahkamah terhadap tindakan hospital memfailkan semula permohonan awal pihaknya terlebih dahulu.

Namun pihaknya perlu mendapatkan perintah mahkamah untuk mengenalpasti identiti terlibat secara terperinci. Pada sidang video yang sama, Siti Jamumall turut mengimbas semula kejadian berlaku sembilan bulan lalu di mana dia tertukar bayi dengan Dianah. Walaupun hanya dua hari bertukar anak namun menganggap ia menjadi trauma kepada mereka lebih-lebih lagi ia berlaku di hospital swasta. Beliau juga mengakui mengambil ujian DNA bagi memastikan kesahihan Aiman sebagai anaknya namun tetap menganggap Aisha sebagai anak sendiri kerana telah memberi susu badan kepadanya selama dua hari semasa kejadian pada tahun lepas. Dua bayi ini pernah tertukar selepas dilahirkan di hospital tahun lalu. Sumber, MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published.