Dikritik gara gara tak kenal Renggo, sekali Nabila Razali tampil beri komen padu

Viral

Menyingkirkan vokalis kumpulan Arrow iaitu Renggo dalam program I Can See Your Voice Malaysia musim kelima yang bersiaran pada Ahad lalu, penyanyi Nabila Razali menerima teguran warganet. Tampil menjawab dakwaan kononnya dia tidak mengenali penyanyi senior itu, Nabila berkata dia tert1pu dengan identiti penyamaran yang dibawa oleh Renggo hingga tidak menyedari penyanyi itu merupakan salah seorang peserta.

“Takkan la saya tak kenal Abang Renggo, saya membesar dengan lagu-lagu dia, jadi siulan sejak kecil. Tapi kita kena faham konsep program ini, setiap peserta diberi kelainan karakter daripada watak realiti. Tugas panel juri pun nak kelirukan artis jemputan. Itulah yang best tentang program ini. Saya tak perasaan masa itu sebab Abang Renggo lain karakter, baju dan cermin mata hitam… pakai topi koboi, jalan pun tunduk sahaja. Malah semasa berehat untuk iklan, peserta tak dibenarkan bersuara atau berinteraksi dengan kami semua. Semua tunduk sahaja, tak boleh nak tengok muka betul-betul.

“Malam itu memang sukar nak buat pilihan… selepas habis program, saya terus jumpa Abang Renggo dan minta maaf! Dia gelak sahaja dan okay sangat, kami sempat bertukar nombor, mungkin boleh bekerjasama lagi lepas ni. Sebelum ini pun pernah sepentas. Jadi korang janganlah mar4h Bella ya… jangan risau, Bella kenal Abang Renggo!” katanya. Sumber, Mstar

Terbabas Masa Perlumbaan, Kini Ini Keadaan Terkini Nabila Razali

Pelakon dan penyanyi terkenal, Nabila Razali kini berdepan dengan detik cemas apabila kenderaan yang dipandu saat perlumbaan yang diadakannya pada hujung minggu lalu terbabas dan terkena dinding pembahagi jalan. Malah gara gara kejadian itu, Nabila alami hyperventilation dan juga srngn panik sehinggakan terpaksa diberi rawatan awal oleh pasukan kecemasan di lokasi. “Semalam (Ahad) bukan hari yang baik untuk saya kerana saya berdepan kejadian yang tak diingini lepas tu saya hyperventilation dan sedikit anx.1ety serta travma.

“Tapi saya dah semakin okey, semalam pun saya ambil drip daripada pasukan Toyota Gazoo Racing Malaysia. Mereka memang menjaga saya siap buat lawak lagi waktu tengah drip tu untuk alihkan perhatian saya daripada kesakitan dan fikir pasal masalah semua. Terima kasih semua yang mendoakan yang baik-baik untuk saya,” katanya menerusi hantaran video di Instagram Stories. Hal itu turut disahkan oleh pengurusnya kepada Gempak.

Sakit Tu Masih Terasa, Nabiila Razali Dedahkan Sebab Sebenar Dia Berpisah Dengan Pasangan Dulu Penyanyi dan juga pelakon Nabila Razali kongsikan masih rasa sakit akibat ‘terluka’ apabila ditinggalkan kekasih, lima tahun lalu. Nabila atau nama lengkapnya Nur Nabila Mohd. Razali, 29, memberitahu pengalaman putus cinta tersebut berpunca daripada kehadiran orang ketiga. “Kisah putus cinta ini sudah lama, sebelum saya bergelar artis lagi sebenarnya. Kami bercinta pun tidak lama sebenarnya, dalam setahun. Ketika itu saya belum bergelar seorang artis.

“Punca putus cinta adalah disebabkan orang ketiga. Saya ditinggalkan begitu sahaja tanpa berita sehingga membuatkan saya ketika itu tertanya-tanya sama ada hubungan kami masih berterusan atau tidak,” ujar Nabila. Dakwa pelantun Putus itu lagi, pengalaman ditinggalkan kekasih itu dianggap sebagai kisah cinta paling teruk pernah berlaku dalam hidupnya. “Sekarang ini masing-masing sudah pun membawa haluan sendiri. Saya pun sudah ‘move on’. Tapi ada beberapa perkara yang masih saya tidak boleh lupa.

“Luka mungkin sudah sembuh, namun parutnya masih ada. Tapi saya tidak pun menyimpan rasa denda, cuma saya masih tidak boleh ‘duduk semeja’ lagi dengan si dia,” katanya. Tambah Nabila atau mesra disapa Bella, selepas kisah percintaanya itu berlalu, dia kini tidak lagi memikirkan soal cinta kerana mahu memberi fokus sepenuhnya terhadap kerjaya seni. “Sekarang ini saya hanya fokus pada kerjaya. Banyak perkara yang ingin saya uruskan selain daripada memikirkan tentang cinta,” katanya

Sekadar ingin berkongsi pengalaman cintanya dengan peminat, Nabila yang ditemui ketika majlis pelancaran novel Kerana Cinta Itu Ada di Bookxcess, MyTown, Kuala Lumpur semalam juga mengabdikan kisah tersebut dalam bentuk karya novel bersama novelis terkenal, Sophilea. “Novel Kerana Cinta Itu Ada dihasilkan daripada idea asal oleh saya sendiri. Saya guna pengalaman sendiri dan tidak mencipta idea baharu yang tidak saya alami. “Boleh dikatakan 50 peratus cerita dalam novel ini adalah kisah benar yang berlaku dalam kisah percintaan saya.

“Saya kongsikan pengalaman cinta saya dalam bentuk novel kerana mahu peminat tahu bahawa saya juga pernah mempunyai pengalaman putus cinta,” katanya. Dalam pada itu, Nabila juga berharap supaya novel Kerana Cinta Itu Ada dapat memberi semangat untuk mereka yang pernah melalui pengalaman putus cinta dan ditinggalkan untuk bangkit. “Saya tidak serik pun untuk bercinta. Cinta itu adalah sesuatu yang indah dan sebagai wanita, sudah tentu saya juga mahukan kebahagiaan yang indah,” katanya. Sumber, KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.