Memang tiada pilihan, Erma Fatima tampil dedah sebak lepaskan anak angkat ke Kota Tarim dan ini luahan Erma

Viral

Erma akui hanya Allah sahaja yang tahu betapa berat hatinya untuk melepaskan dia pergi. Pengarah, penerbit, dan pelakon, Erma Fatima meluahkan rasa sebak untuk melepaskan anak angkatnya, Nurain  menziarahi Kota Tarim di Hadramaut, Yaman.

“AKU TAK ADA PILIHAN!!”

Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Nurain yang lengkap berjubah dan memakai niqab kelihatan melambaikan tangan. Erma akui hanya Allah sahaja yang tahu betapa berat hatinya melalui situasi tersebut. “AKU TAKDE PILIHAN!! Hanya Allah saja yang tahu kesedihan hati ini melepaskan dia pergi. Ini tanggungjawab aku. Satu hari nanti kau akan mengerti pentingnya ilmu akhirat buat kehidupan duniamu.”-Erma Fatima

Tambah Erma, dia bukan sahaja kehilangan seorang anak perempuan, malah seorang teman yang sentiasa mendengar keluh-kesah hatinya, juga sentiasa mengingatkan dirinya dalam pelbagai perkara.

“AKU KEHILANGAN bukan sahaja anak aku..Best friend aku..teman yang mendengar segala keluh resah hati aku..Yang juga sering mengingatkan aku banyak hal. Yang menguruskan banyak urusan hidup aku. Yang menjadi teman gaduh aku. Rumah ini sepi tanpanya.”-Erma

Warganet Beri Kata-Kata Semangat

Ruangan komen dibanjiri dengan komen warganet yang memberi kata-kata semangat, malah ramai yang mendoakan agar anak perempuan Erma bakal pulang membawa kebanggaan untuk pengarah filem terkenal itu. “Gi Tarem ke. Semoga jumpa lagi. Balik nanti temankan aunty jugak baca baca macam hari tu..”-Sharifah Shahira Ain anak baik, tutur katanya lembut dan hormat orang tua. Jadi geng gurau senda pun boleh. Akak gonna miss u Ain. Moga dipermudahkan segala urusan.” Alhamdulillah dapat ke Tarim..Kuatkan hati semangat . Bumi yang suci penuh ulama’. Syukur.” Tahniah Ain, Semoga pulang membawa kebanggaan untuk Mama Erma.”

Selain Nurain, pengarah terkenal ini turut memiliki 4 orang anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, Ahmad Arir, Ahmad Aifin, dan Citra. Dipetik daripada media, Kota Tarim di Hadramaut, Yaman antara tempat bersejarah dan terkenal sebagai ‘Kota Seribu Wali’ kerana menjadi tempat berkumpulnya wali Allah. Malah, masyarakat di kota itu juga dirahmati dengan kebaikan serta perilaku mulia kerana memiliki drh keturunan Nabi Muhammad SAW. Sumber, Murai.my

Minta Warganet Berhenti Berlakon Baik, Pengarah Itu Kecewa Dengan Kritikan Yang Dilemparkan Warganet Seolah Karyanya Sebelum Ini Tiada Makna

Penerbit dan pengarah Erma terkilan dengan segala kecaman terhadap karyanya. Terkilan dan sedih dengan kecaman warganet, penerbit dan pengarah Erma Fatima merasakan maruahnya kini seperti dipijak-pijak. Luah Erma, 54, buat masa ini apa jua penjelasannya tentang video ber4hi daripada klip drama Perempuan Itu lakonan Zul Ariffin dan pendatang baru, Siti Hariesa tidak akan diterima banyak pihak. Malah Erma yang juga penerbit dan penulis skrip drama Perempuan Itu berkata dia menunggu masa yang sesuai untuk tampil menceritakan perkara sebenar. “Kalau saya cakap apa pun sekarang ini maruah saya bagaikan di tapak kaki orang. Seolah-olah selama ini saya hanya menghasilkan karya sampah. “Itu hukuman yang diberikan oleh warganet dan beberapa pihak lain terhadap saya.

Erma tidak mahu keruhkan keadaan beri sebarang kenyataan dalam masa terdekat .”Biarlah mereka nak katakan apa sahaja sekarang ini. Lebih baik saya berdiam dahulu. Mereka ada senjata untuk serang di media sosial, tetapi sebenarnya saya ada senjata yang lebih besar,” katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu. Erma juga mengesahkan dia hadir ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Selasa bagi memberi keterangan. Berhubungan penayangan drama tersebut, Erma berkata masih belum ada kata putus kerana masih dalam proses penggambaran. “Saya hadir ke pejabat SKMM untuk beri keterangan. Saya bawakan skrip asal drama ini.

Daripada segi hukum memang salah kerana mewujudkan adegan tersebut. Namun skrip dan intrepstasi adalah dua perkara berbeza. “Saya tidak boleh komen lanjut tentang siasatan tersebut. “Tayangan drama ini juga belum pasti kerana pihak produksi dah melangggar dateline. Tunggu sahaja tarikh tayangan sebenar drama ini,” ujarnya. Sementara itu Erma juga meluahkan rasa sedih dengan sikap masyarakat yang dianggap hipokrit apabila suka melihat sesuatu yang buruk berbanding perkongsian yang mendatangkan kebaikan.

Dalam amsa yang sama Zul Ariffin telah memohon maaf susulan video yang dimuat naik. “Bila kongsi sesuatu yang tidak elok, laju ia menjadi viral. “Tetapi apabila cerita tentang kebaikan, susah nak dapat perhatian. Susah orang nak kongsi semula. “Jadi janganlah terlalu hipokrit hendak hentam saya apabila terjadi kes sebegini,” jelasnya. Isu babak panas Zul tercetus pada Jumaat lalu apabila aktor itu berkongsi klip memperlihatkan aksi gh4irahnya bersama pelakon baharu Siti Hariesa. Perkara ini juga mendapat perhatian Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia (K-Kom) dan Zul juga telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak SKMM. Sumber, mstar

Lepas Teruk Dikritik Oleh Warganet Pasal Video Babak Panas, Terkejut Macam Ni Je Respon Erma Fatima. Susulan tular video babak panas lakonan Zul Ariffin dan pelakon baru, Siti Hariesa pada minggu lalu, nama Erma Fatima turut dikaitkan kerana dia merupakan penerbit drama bersiri, Perempuan Itu. Memetik laporan Harian Metro, Erma, 54, enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi itu. Kata pemilik nama Fatimah Kalsum Rahmad Ali, dia tidak dibenarkan untuk memberi sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut. “Maaf sangat, tetapi saya tidak dibenarkan untuk memberikan apa-apa kenyataan buat masa ini.”

Kakak kepada pelakon Datin Seri Umie Aida aktif memuat naik video sedutan drama tersebut di Instagram (IG) miliknya. Terbaru, sutradara yang terkenal dengan drama Mak Cun itu menulis kapsyen; salah tetap salah kan! Bagaimanapun, ruangan komen di platform itu telah ditutup. Pada Jumaat lalu, media sosial digemparkan dengan sebuah video yang memaparkan beberapa babak panas lakonan Zul bersama Siti Hariesa. Selepas teruk dikritik warganet, pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31 menerusi filem Sangkar tampil membuat permohonan maaf di Instagram Stories pada Isnin. Sumber, Harian Metro & Instagram @ermafatima

Leave a Reply

Your email address will not be published.