Baru je kecoh berpisah dengan suami, kini Ellie Suriaty tampil dedah reaksi anak selepas berpisah

Viral

“Mereka (anak-anak) sangat matang untuk faham,” kata pelakon Ellie Suriaty Omar, 52, mengenai perpisahannya dengan pelakon, Azri Iskandar, 54, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, semalam. Ellie berkata, dia dan Azri mendidik dua anak mereka, Azrell Omar, 18, dan Nur Azreen, 13, serta anak tiri Ellie dengan cara sentiasa berfikiran terbuka, bersuara dan kongsi buah fikiran terhadap apa saja isu.

Malah, dalam soal perpisahan itu menurut Ellie, anak-anaknya sudah memberikan buah fikiran mereka. “Cara kami besarkan anak-anak adalah bagi mereka bersikap terbuka, bersuara dan kongsi buah fikiran dalam apa saja isu. Itu cara kami besarkan anak-anak. Dalam perkara ini (perceraian), mereka sudah bagi buah fikiran. Azri sangat rapat dengan anak-anak dan mereka komited dengan saya. Tidak ada istilah anak-anak menjadi sasaran dan mgsaaa keadaan akibat perpisahan ini. Kami sangat terbuka bincang dalam apa juga isu. Begitu juga dengan anak tiri pun sama. Walaupun mereka muda, tapi boleh terima secara matang.

“Saya tak cakap buruk pada anak-anak mengenai bapa mereka, begitu juga dengan dia. Sama-sama hormati mak ayah. Pendek kata, ‘positive energy’ diterapkan dalam diri mereka,” katanya kepada Harian Metro. Menurut Ellie, perpisahan yang berlaku bukan bermakna dia dan Azri bertukar menjadi musuh.

“Walaupun usia perkahwinan kami 19 tahun, tapi kalau ikutkan saya sudah 22 tahun dengan dia. Sudah banyak yang kami lalui bersama. Tak boleh musuhi satu sama lain pun. Cuma dalam perkara ini, kami sudah usaha dan tawakal bagi menyelamatkan perkahwinan. Sudah buat semua tu. Malah, sudah tertulis antara kami adalah perpisahan,” katanya. Sumber, Hmetro Online

Kecoh Azri Iskandar Berpisah Dengan Ellie, Kini Azri Tampil Bersuara Tentang Kes Perpisahannya

Perceraian merupakan jalan dan langkah terakhir bagi menyelesaikan masalah rumahtangga. Baik dikeratan akhbar mahupun di media sosial. Semuanya tak lekang dengan berita dan perk0ngsian mengenai masalah yang ber laku kepada sesebuah keluarga. Pelakon Azri Iskandar mengesahkan sudah menceraikan isterinya yang juga pelakon, Ellie Suriaty pada Selasa. Kata Azri, perpisahan itu disebabkan tiada lagi persefahaman antara mereka selepas 19 tahun bersama.

“Ya betul… saya dah ceraikan Ellie dengan talak 1 tadi. Kami dah tak sehaluan.. tapi tidak bergaduh pun. Kami tetap bersahabat baik seperti saudara kerana Ellie ialah ibu kepada dua orang cahaya mata kami,” katanya.

Enggan mengeruhkan keadaan, Azri memohon doa agar kehidupan mereka yang kini sudah berasingan diberikan ketenangan. “Maafkan saya sekarang, saya tak nak komen lagi. Tiada apa yang nak dikatakan lagi cuma doakan kami tenang dan damai sekarang. Harap maklum dan mengerti.. saya nak berehat…nanti sampai waktu yang sesuai saya akan bercerita,” tambahnya.

Media melaporkan pasangan itu sah berpisah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur, pada Selasa. Sepanjang per kongsian hidup bersama, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Azrell Omar Azri Iskandar, 18 dan Nur Azreen, 13 serta dua lagi yang telah meninggal dunia sebelum sempat dilahirkan. Sumber, Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.