Kecoh Azri Iskandar berpisah dengan Ellie, kini Azri tampil bersuara tentang kes perpisahannya

Viral

Perceraian merupakan jalan dan langkah terakhir bagi menyelesaikan masalah rumahtangga. Baik dikeratan akhbar mahupun di media sosial. Semuanya tak lekang dengan berita dan perk0ngsian mengenai masalah yang ber laku kepada sesebuah keluarga. Pelakon Azri Iskandar mengesahkan sudah menceraikan isterinya yang juga pelakon, Ellie Suriaty pada Selasa. Kata Azri, perpisahan itu disebabkan tiada lagi persefahaman antara mereka selepas 19 tahun bersama.

“Ya betul… saya dah ceraikan Ellie dengan talak 1 tadi. Kami dah tak sehaluan.. tapi tidak bergaduh pun. Kami tetap bersahabat baik seperti saudara kerana Ellie ialah ibu kepada dua orang cahaya mata kami,” katanya.

Enggan mengeruhkan keadaan, Azri memohon doa agar kehidupan mereka yang kini sudah berasingan diberikan ketenangan. “Maafkan saya sekarang, saya tak nak komen lagi. Tiada apa yang nak dikatakan lagi cuma doakan kami tenang dan damai sekarang. Harap maklum dan mengerti.. saya nak berehat…nanti sampai waktu yang sesuai saya akan bercerita,” tambahnya.

Media melaporkan pasangan itu sah berpisah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur, pada Selasa. Sepanjang per kongsian hidup bersama, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Azrell Omar Azri Iskandar, 18 dan Nur Azreen, 13 serta dua lagi yang telah meninggal dunia sebelum sempat dilahirkan. Sumber, Gempak

Ramai Yang Terkejut Bila Ellie Suriaty Dan Suami Berpisah, Rupanya Ini Punca Buat Ramai Yang Tak Sangka

Ikatan perkahwinan yang dibina pasangan selebriti Azri Iskandar dan Ellie Suriaty Omar berakhir apabila mereka sah berpisah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur pada Selasa. Menurut Ellie, 52, keputusan untuk berpisah itu terjadi kerana mereka sudah tiada lagi persefahaman selepas 19 tahun melayari bahtera perkahwinan. “Ini adalah suatu keputusan yang sukar untuk saya buat. Tetapi, saya sudah memikirkannya masak-masak dan akhirnya, ia perlu dilakukan. “Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Azri untuk segala saat-saat indah, kenangan manis serta pengalaman hidup yang kami lalui bersama sebagai suami isteri. “Dia juga seorang bapa yang baik dan cukup menyayangi anak-anaknya.

“Tapi, rasanya sudah tertulis sampai di sini sahaja jodoh kami. Saya berharap ramai yang akan mendoakan yang terbaik untuk kami,” katanya seperti dilapor Getaran. Usaha mStar untuk menghubungi pasangan ini tidak berjaya apabila panggilan tidak dijawab dan mesej hanya dibaca sahaja. Untuk rekod, Azri Iskandar, 54, dan Ellie Suriaty mendirikan rumahtangga pada tahun 2003. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya iaitu Azrell, Nur Azreen, dan Nur Aliah. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!  Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia. Sumber, MSTAR

‘Itu bukan lakonan’ – Ellie Suriaty. PELAKON dan pengarah, Ellie Suriaty, 48, tidak menyangka video ucapan protes yang dilakukannya di depan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) tular dan menerima pelbagai reaksi masyarakat. Menurut Ellie atau nama sebenarnya Ellie Suriaty Omar, dia juga turut menerima kecaman daripada rakan-rakan selebriti. “Saya sendiri pun tak sangka video itu akan tular di media sosial. Banyak kecaman yang saya terima daripada masyarakat, bahkan ada juga daripada rakan-rakan selebriti. “Namun, saya tak mahu terlalu mengambil pusing. Mungkin secara keseluruhan, hanya 15 peratus saja yang memandang perjuangan saya dari sudut negatif. Selebihnya, mereka faham dan menyokong,” katanya kepada Harian Metro

Diminta mengulas mengenai ucapannya yang bersemangat sehingga ada yang menganggap itu sekadar lakonan, Ellie berkata, setiap kata-katanya adalah ikhlas dari lubuk hatinya. “Itu bukan lakonan. Berlakon adalah kerja profesional saya, tapi saya tak boleh berlakon kalau diminta secara suka-suka kerana bagi saya, itu adalah satu penghinaan buat diri saya. “Saya bukan ahli politik, sebaliknya seorang aktivis. Ketika memberikan ucapan itu, saya benar-benar marah dan ingin menegakkan keadilan untuk UMNO,” katanya. Ellie juga menolak kenyataan beberapa warganet yang menganggapnya sebagai rasis.

“Saya bukan rasis. Begitu juga dengan kerajaan lama. Salahkah seorang Melayu, ingin mempertahankan parti yang selama ini berada di belakang orang Melayu?” katanya. Ditanya sama ada tindakannya mendapat sokongan daripada suaminya yang juga pelakon, Azri Iskandar, Ellie mengakui timbul kerisauan dalam hati suaminya. “Dia risaukan saya. Dia tak mahu apa-apa yang buruk berlaku kepada saya. Tapi, dia sendiri pun sedia maklum bahawa saya wanita yang berjiwa ‘liar’,” katanya. Dalam video berdurasi dua minit 20 saat itu, Ellie dengan lantang memprotes cadangan kerajaan yang ingin membubarkan UMNO. Dalam perkembangan lain, telefilem arahannya, Tulus Cinta tercalon dalam kategori Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2018 (ASK2018) yang bakal berlangsung pada 2 November ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.