Cuma alihkan palang guna tangan je, Awal Ashaari tampil buka mulut kesnya baru baru ni dan rupanya ini sebabnya

Uncategorized Viral

Semalam agak kecoh di media sosial bila Awal Ashaari telah dihadapkan ke mahkamah selepas didkwa melakukan perbuatan khianat dengan merosakkan palang pagar di Challis Damansara hingga menyebabkan pihak pengurusan di sana mengalami kerugian sebanyak RM600. Ekoran ini, pengacara popular tersebut menerusi Instagram semalam telah membuat siaran langsung bagi menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku.

Pihak pengurusan halang masuk ke rumah sebab tak bayar yuran pengurusan

Menurut Awal, dia dan keluarganya telah berpindah ke rumah baharu namun masih menjadikan rumah lamanya sebagai rumah kedua. Pun begitu, apabila dia ingin masuk ke rumah lamanya itu, dia telah dihalang oleh pihak pengurusan ekoran gagal menjelaskan yuran pengurusan yang tertunggak.

Jelasnya, ekoran sibuk menguruskan hal di rumah baru, Awal mengaku telah terlambat untuk membayar wang pengurusan namun meminta jasa baik pihak pengurusan untuk membenarkan dia dan tetamunya untuk masuk ke rumah. Walaupun selepas meminta secara baik untuk dibenarkan masuk ke rumah, pihak pengurusan di sana tetap menghalang Awal sehingga menyebabkan dia mengambil tindakan untuk masuk sendiri dengan mengalihkan palang menggunakan tangan.

Saya turun dan alihkan palang, masuk ke dalam dan kemudian tutup semula menggunakan tangan saya..” Tegas Awal, dia tidak melngg.4r pagar tersebut sehingga merosakkan palang itu dan hanya mengalihkannya menggunakan tangan. Tambah Awal, dia kesal apabila pihak pengurusan enggan bertolak ansur langsung walaupun dia dah duduk di sana sejak 14 tahun yang lalu dan tak pernah terlepas dari membayar yuran pengurusan.

Bila saya dah masuk rumah baru saya tahu dorang buat laporan polis sebab masuk rumah sendiri, macam rasa nak gelak ada, nak menangis pun ada.” Awal berkata, tujuan dia membuat video penjelasan ini adalah kerana ingin memperbetulkan tanggapan orang ramai yang ingatkan dia telah merosakkan dan melngg.4r harta pihak pengurusan. Saya tak l.nggr harta sesiapa, saya cuma alihkan palang. Tak ada sesiapa luka, tak ada sesiapa kena pukul, cuma sedikit kesilapan dan salah faham sebab guard pun bukan orang tempatan.” Begitulah kisahnya… Setahu min, kalau tak bayar maintenance fee ni, pihak pengurusan ada hak untuk tak kasi guna fasiliti je bukannya sampai boleh halang orang masuk rumah sendiri. Apa-apa pun harapnya kes ini dapat diselesaikan dengan baik. Sumber, Lobak Merah

Tak tidur malam fikir nama anak kedua… Awal Ashaari, Scha Alyahya sepakat pilih Lyla Amina

Awal Ashaari umum nama anak kedua. Genap sebulan kelahiran anak kedua, pasangan pelakon Awal Ashaari dan Scha Alyahya akhirnya mengumumkan nama bayi perempuan mereka itu. Menerusi rancangan Schawal Baby Boom yang bersiaran di Astro Ria pada malam Khamis, mereka sepakat menamakan adik kepada Lara Alana ini dengan nama Lyla Amina. Dalam program tersebut, Awal mengakui tidak tidur malam memikirkan nama untuk anaknya itu. Menurut Awal, mereka sudah menyenaraikan dua nama, bagaimanapun sehingga ke saat akhir dia masih keliru untuk memilih nama terbaik buat bayi itu.

Kami putuskan nama Lyla Amina yang membawa maksud cukup indah!

“LA atau LY, dua huruf ni yang buat saya tak boleh tidur malam. Temujanji dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sudah buat waktu itu tapi nama pula tak putuskan lagi. Asalnya Lara inginkan nama Lela yang dia sudah pilih lama semasa adik masih dalam perut lagi. Sementara, saya dan isteri pula sudah jatuh hati dengan nama Aminah, diambil bersempena nama ibu Nabi Muhammad SAW.

Scha melahirkan bayi perempuan kedua pada 12 Februari lalu.

“Selepas perbincangan, kami putuskan nama Lyla Amina yang membawa maksud setia, jujur, dipercayai dan beriman, ” katanya. Scha selamat melahirkan cahaya mata perempuan seberat 3.2 kilogram di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur pada 12 Februari lalu. Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan cahaya mata, Lara Alana yang kini berusia tujuh tahun. Sumber, Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.