Rancang kontroversi, Amira Othman tampil rancang gara gara ingin nama dikenali

Viral

Sedar namanya agak ‘tenggelam’ sebagai salah seorang penghibur tanah air, penyanyi Amira Othman terfikir untuk melakukan kontroversi ‘manja’ agar dirinya lebih dikenali dan diingati. Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman, dia tidak menolak kontroversi boleh membuatkan nama seseorang artis menjadi besar dan lebih dikenali peminat untuk terus relevan dalam industri.

“Saya tidak menolak kontroversi boleh menaikkan nama seseorang selebriti. Perkara tersebut memang benar. Saya rasa mungkin saya juga perlu cipta satu kontroversi untuk menaikkan nama sendiri,” katanya. Penyanyi berusia 29 tahun itu ketika ditemui semasa sidang media program terbaharu Astro, Karaoke Superstar di Gardens Theater semalam bagaimanapun tidak mempunyai idea untuk mencetuskan kontroversi diri sendiri.

“Masalahnya sekarang saya tidak tahu dan tidak ada idea untuk cipta kontroversi apa. Saya sedang memikirkannya juga. Cuma sekarang saya hanya mengharapkan karya-karya saya dapat menempatkan semula nama dalam industri sekali gus membuatkan orang kenal siapa Amira Othman,” ujarnya.

Tambah pelantun lagu Hati-Hati itu, selain kontroversi, dia juga banyak kali disaran supaya mencipta gimik untuk lebih dikenali, namun perkara itu tidak mudah untuk dilakukannya. Kata Amira, dia perlu memikirkan banyak sebab dan akibat jika gimik atau kontroversi yang dilakukannya tidak menjadi dan akhirnya memakan diri sendiri.

“Ramai juga yang mencadangkan supaya saya buat gimik. Tapi saya fikir perkara itu tidak mudah. Saya menjadi jurucakap kepada banyak produk dan perlu memikirkan nama baik juga. Sebenarnya saya okay kalau kontroversi atau gimik itu tidak bercanggah dengan imej saya. Cuma saya tidak ada idea buat masa ini. Mungkin netizen boleh beri cadangan kepada saya?” jelasnya berseloroh. Pada masa sama, Amira tetap memilih jalan selamat untuk mengelak terpalit dengan cerita-cerita tidak enak sehingga boleh mencalarkan nama baik sendiri dan juga keluarga. Sumber, K! Online

Amira Othman bertuah dua adik kacak jadi penyanyi

Amira Othman tidak melihat dua adik lelakinya, Irfan Haris dan Haikal Iskandar sebagai pesaing dalam bidang seni. Penyanyi Amira Othman tidak pernah melihat penglibatan dua adik lelakinya iaitu Irfan Haris dan Haikal Iskandar dalam bidang seni sebagai pesaing untuk dirinya. Sebaliknya kata Amira, 25, kehadiran mereka dalam industri seni sebenarnya memberi banyak kelebihan kepada dia memandangkan mereka berbakat besar dalam bidang gubahan lagu.

“Keluarga saya memang semuanya sukakan muzik namun hanya kami bertiga setakat ini yang benar-benar serius sebagai penyanyi. Saya tidak lihat mereka sebagai saingan sebaliknya ia kelebihan kerana kami boleh buat pelbagai perkara bersama. Kelebihan mereka mampu menggubah lagu buat saya untung kerana sebagai kakak saya boleh minta mereka buatkan lagu untuk saya,” katanya.

Dalam pada itu, Amira berkata, impian untuk menyanyikan lagu ciptaan adik lelakinya bakal terlaksana tidak lama lagi apabila Irfan sedang dalam proses gubahan single solo dan duet mereka. Kata Amira, Haikal juga sepatutnya terlibat dalam projek itu namun jejaka berusia 21 tahun itu kini sedang melanjutkan pelajaran di luar negara.

“Memandangkan Haikal berada di luar negara jadi kami teruskan dengan projek single duet kami terlebih dahulu. Irfan yang bertindak sebagai komposer dan kami memilih untuk tampil dengan lagu balada yang kebetulan adalah kegemaran kami berdua,” katanya. Dalam perkembangan lain, Amira berkata, bulan Ramadan dia memberikan tumpuan kepada perniagaan baju koleksi muslimah dan menyertai festival jualan hari raya. Sumber, Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.