6 bulan dah dirikan rumahtangga, kali ni Haqiem Rusli bawa isteri honeymoon di Turki

artis

Penyanyi Haqiem Rusli dan isterinya, Wan Anis Sofea memilih untuk berbulan madu di Turki selepas enam bulan mendirikan rumah tangga. Menerusi Instagram, Haqiem dilihat tidak lokek berkongsikan momen indah bersama isteri di Istanbul buat para peminatnya. Terdahulu, Anis Sofea mendirikan rumah tangga dengan Haqiem Rusli pada 19 November tahun lalu di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya. Diruangan komen, ramai yang mengucapkan selamat berbulan madu buat pasangan itu. Malah, ada yang menggelarkan pasangan itu Justin dan Hailey Bieber versi Malaysia.

Komen warganet:

Apa Pendapat Anda, Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber, https://www.rotikaya.com/

Muka Sama Macam Isteri Haqiem Rusli, Anak Ameng Jadi Perhatian Ramai, Sekali Ini Pula Respon A Aida. Penerbit terkenal, Datuk A. Aida tidak menafikan seni bekas suami, Ameng Spring mengalir dalam diri dua anaknya, Wan Az Aleesa dan Wan Az Evanatassha. Bagaimanapun, A. Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang sendiri terkejut apabila anak keduanya, Evanatassha tular dalam TikTok disebabkan satu video menunjukkan kemahiran bermain gitar saling tak tumpah seperti bapanya. “Sebenarnya, Natassha anak nombor dua, dia ada dunianya tersendiri. Dia biasa dalam bilik sahaja sedangkan bagi saya, dia pandai main gitar. “Dia pandai menyanyi. Suara best. Sejak dulu ramai suruh saya ‘bodek’ dia jadi penyanyi, bintangi klip video dan sebagainya. Dia pernah janji nak bintangi klip video Sufian Suhaimi dua tahun lalu, tapi kemudian bila esok nak shoot, dia pandai cari alasan tak nak terlibat.

“Saya selalu membebel dia pandai main gitar, muka cantik dan suara sedap, buatlah album. Dia cakap ‘no, I don’t want’. Alasannya, dia kata apa yang dia buat untuk kepuasan diri sendiri dalam bilik,” kata penerbit drama Tanam Apa Tu Bang Aji kepada Kosmo! Online semalam. Tambah A. Aida lagi, anaknya itu memang tidak mempunyai keinginan untuk bergelumang dalam dunia seni terutama menjadi seorang artis. “Dia tak nak. Saya selalu bebel, Tuhan dah bagi anugerah, muka cantik, suara sedap sebab tak semua orang dikurniakan semua itu. Sayanglah tak guna pakai. Mama dah beranakkan kau. Lepas itu, aku tak dapat makan hasil (ketawa).

“Selalu bebel dan dia pun janji dah habis peperiksaan enam bulan dia ‘free’, dia pun tabur janji daripada tak buat apa-apa, saya minta dia ikut Sharon Paul (komposer). “Jadi, sekarang ini dia selalu di studiolah dengan Sharon dan ajar anak saya menyanyi atau apa-apa sahajalah. “Harapnya dia boleh terus bergerak ke hadapan sebab dia baik dengan Sharon. Saya minta Sharon pujuk dia sebab saya memang dah tak terdaya nak pujuk,” ujarnya. Ditanya sama ada anaknya itu mendapat lampu hijau untuk terlibat dalam dunia muzik atau seni secara profesional, Aida tidak mempunyai masalah dan memberi kebenaran sepenuhnya.

“Saya tak kisah dan saya okey sahaja sebab macam saya cakap tadi, dia ada suara dan rupa serta pandai main gitar kot-kot boleh meletup. “Sebenarnya, selain Natassha, anak seorang lagi iaitu Aleesa juga pandai menyanyi. Dua-dua anak Ameng memang pandai menyanyi,” katanya. Sungguhpun begitu, tidak mahu yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran, kedua-dua anaknya itu cemerlang dalam akademik. “Alhamdulillah, Natassha belajar bidang akauntan. Yang sulung sambung peringkat sarjana bidang Gastroenterologi,” kongsi A. Aida.

Baru-baru ini seorang gadis dengan nama akaun TikTok azevanatassha telah mengakui Ameng Spring adalah bapanya. Wan Aminuddin bin Wan Ismail atau lebih popular dengan nama Ameng Spring memiliki anak dengan bekas isterinya yang merupakan pelakon dan penerbit, A.Aida. Menerusi carian di internet, nama sebenar gadis ini adalah Wan Azevanatassha binti Wan Aminuddin. Manalah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, anak dara Ameng Spring ini memang cantik sama seperti ibunya, A.Aida. Salah satu video anak Ameng Spring ini telah berjaya meraih perhatian warganet. Berikut adalah perkongsian gadis ini. Klik sini untuk lihat video. KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.