Ada pula yang minta Ds Vida bertaubat, tak boleh berdiam sekali ini respon dari tuan badan buat ramai yang terdiam

artis

Kuala Lumpur – Sebelum ini Usahawan, Datuk Seri Vida atau DSV dipanggil ke Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia SKMM berhubung muzik video Muah Muah Raya. Menerusi satu perkongsian video di Instagram, Vida atau nama sebenar Hazmiza Othman dipanggil untuk hadir ke SKMM bagi membantu siasatan berhubung isu berkenaan. Saya tak tahu la nak cakap macam mana untuk lagu raya saya Muah Muah Raya, saya tak promote sangat la setelah saya tengok Datuk Aliff dipanggil ke MCMC sebelum ini. Saya dah buat benda MV Raya ni sebelum Datuk Aliff lagi. Kena panggil MCMC, maka saya kena pergi la ke MCMC untuk diambil keterangan terhadap lagu Muah Muah Raya.

Tambah Vida, dia terpaksa hadir ke SKMM walaupun keadaan dirinya tidak begitu sihat. Saya pun memang tak sihat, sakit kepala. Saya turuti untuk pergi ke MCMC. Sebab lagu Muah Muah Raya telah di report. Setelah hampir 4 jam disoal dengan pelbagai soalan, saya hanya buat sebagai hiburan sahaja. Tak ada maksud apa-apapun. Yang baik jadikan tauladan yang buruk jangan. Takkan tak boleh fikir. Saya perlukan penari dan penari tu macam tu saya nak buat macam mana. Sebelum ini, muzik video Muah Muah Raya mendapat kritikan ramai kerana menampilkan unsur dragqueen yang dilihat tidak bersesuaian dengan sambutan Aidilftri.

Ada Orang Minta Beliau Berubah

Saya akan terus buat kontroversi. Itulah jawapan Datuk Seri Vida ketika ditanya bila masa untuk dia berubah dan menghentikan publisiti murahan di laman sosial. Kata Vida, walaupun menerima pelbagai tekanan dan kritikan daripada warganet, namun itu sama sekali tidak mematahkan semangatnya untuk terus maju. Siapa cakap saya tua?, Saya masih lookfresh. Saya menerima hakikat tua habis itu tua nak suruh saya duduk tepi kbr? Kritikan tu memang stres tapi ia akan berlalu. Saya tak boleh slow nak berubah, biar korang semua terus tengok muka saya sampailah Cik B dan Kacak ambil alih empayar perniagaan saya,” katanya. Kredit, Mstar/OB

PERHATIAN, Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.