Cipta lagu untuk Ds Vida dan Dato Aliff Syukri, sekali Amy Ukays tampil ulas pasal isu bayaran hasil buat lagu tu

artis

Kuala Lumpur: “Tak adalah kaya sangat. Bolehlah lepas untuk bayar rumah, pejabat, studio dan lain-lain perkara berkaitan,” kata komposer dan pemuzik Amy Uks mengenai kehidupan sekarang selepas lagu ciptaannya untuk Datuk Seri Vida dan Datuk Seri Aliff Syukri ‘meletup’ di YouTube. Ura-ura Amy atau Azmi Hassan semakin mewah tercetus apabila dia menerusi Facebooknya bertanyakan pendapat warganet jenis kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah yang sesuai dimiliki. Amy dihubungi bagaimanapun berkata, ia bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kepada mana-mana pihak. “Saya hanya nak intai-intai dulu. Tujuannya pun untuk kegunaan pergi show Uks yang jaraknya agak jauh. Biasanya saya jarang terus balik.

“Sekarang kena fikir banyak kerana saya kena balik studio untuk siapkan lagu. Banyak komitmen saya sekarang berbanding dahulu. “Sejak lagu Ku Ikhlaskan nyanyian Datuk Seri Vida meletup, saya makin banyak ditawarkan buat lagu untuk penyanyi lain,” katanya kepada Harian Metro. Menurutnya yang menghasilkan lagu Raya Aliff Syukri berjudul Kelepok Raya dan DSV berjudul Muah Muah Raya, dia masih mempunyai komitmen menyiapkan beberapa lagu-lagu mereka. “Untuk DSV saya kena siapkan sekitar tujuh atau lapan lagu dan untuk Aliff Syukri pula empat lagu. Selainnya adalah dua lagu untuk Ifa Raziah dan satu untuk Baby Shima. “Sekarang pun ada lima lagi pengeluar produk nakkan lagu saya. Kebanyakan deal mereka diuruskan oleh DSV dan Aliff Syukri. Tak sangka mereka ibaratnya macam pengurus saya pula.

“Mereka pula tolong saya, sekarang orang nampak saya senang sekarang. Ini rezeki saya kerana semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya hilang pendapatan selama dua tahun. “Malah penganjur-penganjur yang anjurkan show dengan kami pun ada yang dah bungkus. Ada juga yang jual semua peralatan konsert yang mereka ada kerana tak mampu nak ‘survive’,” katanya

Fakta menarik tentang Amy Uks

Azmi bin Hassan juga dikenali sebagai Amy Ukays/UK’S/Okay/MIG atau Amyza merupakan seorang pengarah muzik, penerbit, komposer, DJ, pengacara, pemuzik dan penyanyi. Beliau berasal dari Batu Pahat, Johor. Beliau dilahirkan pada 1 Disember 1971 di Kampung Parit Laman, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Amy mula menunjukkan minat di dalam seni muzik ketika darjah 3 apabila beliau menglibatkan aktviti sekolah seperti bersyair, bersajak, dan berpantun di sekolah. Alat muzik pertama yang dimainkan adalah rekorder. Pada umur 12 tahun beliau mula menunjukkan minat bermain gitar terutama semasa bersama rakan-rakan beliau. Beliau juga akan ponteng sekolah dan bermain gitar di dalam ladang kelapa sawit milik keluarganya.

Namun begitu, minat beliau itu tidak disenangi olah kedua ibu bapanya yang ingin beliau menumpukan perhatian kepada pelajaran. Akibatnya beliau berkali-kali dirotan dan dimarahi ibunya. Bukan itu sahaja, sebarang alat muzik yang dimilikki beliau akan dimusnahkan dan dibakar. Walaupun begitu, beliau merupakan seorang yang cerdik dan berjaya lulus dalam Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau juga dikenali sebagai Penilaian Menengah Rendah (PMR). Beliau terkejut dengan pencapaian beliau namun beliau tidak gembira kerana layak ke tingkatan 4. Akhirnya beliau pun berhenti dari sekolah. Selepas itu, beliau menubuhkan beberapa buah kumpulan di kampung bersama rakan-rakan. Di mana mereka menjinakkan diri di kenduri-kenduri kahwin dan majlis rasmi.

Akhirnya pada tahun 1993, beliau membuat keputusan berhijrah ke Kuala Lumpur. Beliau mencuba nasib apabila terbaca sebuah keratan akhbar pencarian artis di Setiawangsa. Namun niat beliau ingin menjadi komposer, justeri Encik Rosli yang merupakan pengasas Syarikat A&R production menerima Amy sebagai budak pembantu pejabat. Beliau bekerja selama lebih kurang setahun sebelum tercetus salah faham diantara Arwah Encik Rosli dan Amy oleh pihak ketiga. Beliau membawa diri dan bekerja di LOT 10 Bukit Bintang sebagai penyiasat di sebelah siang dan pada waktu malam beliau mencuci pinggan di sebuah kedai makan di Setiawangsa. Suatu hari beliau terlihat papan tanda Digimix Studio dan beliau memohon kerja di situ. Digimix Studio merupakan syarikat dimilikki oleh Pak Ngah. Permohonan beliau diterima dan beliau bekerja sound engineer. Dari situ beliau mula belajar selok belok pengubahan lagu dan tentang rakaman album.

Semasa bekerja di Digimix Studio, beliau bertemu dengan Mohd Komanwel (Well) yang merupakan penyanyi nasyid Dewan Bahasa Pustaka (DBP) dan gitaris utama Ukays. Pada pertengahan tahun 1994, Well mengajak beliau menyertai kumpulan Ukays lalu mencuba ujibakat di studio Sound Dimension di Kampung Pandan. Beliau diuji bakat oleh anggota-anggota Ukays dan pengurus mereka. Namun, oleh kerana Amy masih bekerja bersama Pak Ngah beliau hanya berhasrat menjadi pemain muzik sampingan bersama Ukays. Namun, pada suatu hari sebuah keratan surat khabar yang dinyatakan oleh Saari Amri memberitahu bahawa Amy sebagai ahli kumpulan tetap Ukays.

Pada mulanya, beliau sayang kan kerjanya di Digimix Studio namun apabila Ukays menerima banyak tempahan persembahan beliau terpaksa berhenti bekerja. Pada tahun 1995, nama Ukays mula menempa populariti dan album Bisa Berbisa baru sahaja disiapkan namun perpecahan berlaku diantara anggota-anggota lain kerana masalah royalti. Maka vokalis Ukays iaitu Amir dan gitaris Amy sahaja ahli yang kekal. Penerbit Saari Amri dan Amir mengujibakat ahli baru iaitu Amirul (drum) dan Denil (gitar). Lalu nama Ukays ditukar kepada Uk’s. Jualan album Bisa Berbisa mendapat sambutan yang mengalakkan dengan penjualan 350,000 unit. Amy kekal dengan Uk’s hanya sebanyak 3 album iaitu Bisa Berbisa, Tajam Menkm dan Panas Berpanjangan.

Kemudian, dengan persetujuan bersama Uk’s memilih untuk bersama di bawah Ambang Klasik kerana memikirkan masa depan mereka. Walau bagaimanapun, setelah memasuki Ambang Klasik, Amir pula membuat keputusan menyertai kembali Saari Amri di bawah Kumbang Production dengan album Cuma Aku yang hidup pada tahun 1997. Amy meneruskan kerjaya di bawah Ambang Klasik sebagai eksekutif bersama bekas anggota-anggota yang lain. Amy bekerja selama 2 tahun di sana.Pada tahun 1998, Ambang Klasik menubuhkan sebuah kumpulan UTAMA yang dianggotai oleh anggota lama Uk’s iaitu Amy, Amirul dan Daniel bersama Rahmad bekas vokalis Mega. Amy tidak bersetuju dengan penubuhan kumpulan tersebut. Namun, Amy tetap meneruskan juga. Album mereka bertajuk UTAMA. Walau bagaimanapun, kumpulan tersebut tidak mendapat sambutan mengalakkan dan album hanya terjual 15,000 unit sahaja. Tidak lama selepas itu, Amy membuat keputusan untuk meninggalkan Utama dan meneruskan kerjaya sebagai komposer. Sumber, hmetro dan wikipedia, muzik jalanan

Leave a Reply

Your email address will not be published.