Dedah bakal terima menantu, rupanya Nourul Depp bakal berbesan dengan pelakon terkenal

Viral

“Insya-Allah, serahkan pada Allah. Susunan Dia,” kata penyanyi Nourul Depp selepas berkongsi gambar anaknya, Ayu Nazirah bersama teman lelakinya yang juga anak kepada pelakon Maria Farida iaitu Mizan Ashley. Perkongsian sempena ulang tahun Mizan ke -25 itu disambut dengan gembira oleh rata-rata peminat Nourul apabila mengetahui penyanyi itu bakal berbesan dengan Maria. Lebih menarik, Maria turut tinggalkan komen yang mengatakan anaknya bertemu dengan teman wanita yang baik.

Ucapan Hari Jadi dari Maria Farida Kepada Anaknya

“Dia bersyukur dikurniakan teman wanita yang baik,” tulis Maria di ruangan komen. Ayu bersama kekasihnya, Mizan Ashley yang juga anak pelakon, Maria Farida. Menerusi perkongsian Nourul di Instagram, dia mengaku gembira apabila dapat berkenalan dengan Mizan yang dianggap seorang jejaka jujur. Anak yang baik sebab dia ada mama yang hebat. Saya gembira dapat mengenali anda. Seorang jejaka jujur yang pernah saya kenali. Terima kasih kerana menjadi diri anda dan sentiasa mengambil berat mengenai anak saya,” tulisnya. Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Nourul bagi mendapatkan reaksinya mengenai perkara itu tidak berjaya apabila kiriman WhatsApp tidak dibalas dan panggilan telefon tidak dijawab. Sumber, Trending Sangat

Sekarang mereka dah tahu siapa saya – Nourul Depp

Penyanyi, Nourul Depp, 44, mengaku, sejak berpindah dan menetap di Bali, Indonesia, dia tidak pernah membuka mulut kepada mana-mana pihak di sana berhubung latar belakangnya sebagai seorang yang dikenali di tanah air sendiri. Bagaimanapun, kata Nourul, perkara itu akhirnya terbongkar jua apabila ada beberapa rakan di sana yang telah mendapat tahu mengenai dirinya yang bukan sekadar seorang jurulatih dan penasihat rangkaian kesihatan di bawah jenama Herbalife.

“Rahsiaku pecah di sini. Sekarang mereka dah tahu saya seorang penyanyi. Oh tuhan…Jadi kelas selepas ini kita boleh guna lagu Keliru ya,”katanya. Nourul berkata demikian dalam satu hantaran video yang dimuat naik di Instagram hari ini. Selain itu, menerusi ruangan kapsyen, Nourul juga menjelaskan secara bersahaja bahawa selama ini rata-rata mereka yang mengenalinya di Bali cuma tahu dirinya sebagai herbalifelady sahaja.

“Saya duduk di Bali, siapa pun tak tahu latar belakang saya. Mereka tahu kami hanya herbalidelady. Suka gym, makan sihat dan buat program sihat. Itu saja. Seorang saja tahu, habis! Semua disebabkan awak Jo Prioul. Sekarang mereka dah tahu saya siapa,”katanya.

Nourul dan keluarganya dilaporkan telah berpindah ke Bali sejak September lalu setelah hampir beberapa bulan tertangguh. Nourul atau nama sebenarnya, Nurul Huda Abdul Wahab dan suami, Eric Daniel Depp berkahwin pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 9, Raphael, 7, dan Isabella,3. Sementera menerusi perkahwinan terdahulu bersama komposer Ajai, Nourul dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ayu Nazirah, 24. Sumber, Utusan.my

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.