Tiba tiba dapat tawaran berlakon, kini Rita Rudaini dedah ada yang luah tak puas hati dengannya

Viral

Pelakon jelita Rita Rudaini mendedahkan dia menerima tawaran berlakon daripada producer terkenal tanah air, Zeel Production meskipun belum menerima suntikan vaksin. Namun menurut Rita, peluang untuk kembali berlakon itu masih di dalam fasa perbincangan dan dia masih belum buat sebarang kata putus untuk menerimanya memandangkan banyak pihak yang tidak senang hati dengan tawaran yang diperolehi.

“Sejak semalam viral bila produser @hj.zil (pemilik Zeel Production) nak ambil saya berlakon projek dia. Ramai yang tidak senang duduk nampak. Jangan risau, saya belum beri kata putus lagi. Masih dalam perbincangan. Tapi kalau itu yang tertulis rezeki saya, saya tidak menolak rezeki dari Allah SWT,” kata Rita menerusi satu hantaran di IG Story miliknya.

Dedah pelakon berusia 46 tahun itu lagi, dia sebenarnya telah menerima pelbagai tawaran lakonan sejak sebelum puasa lagi, namun terpaksa ditolak atas komitmen lain. “Saya nak beritahu sikit dekat warganet-warganet yang panas punggung lagi busuk hati. Sebelum puasa lagi dah ramai produser mesej ajak saya berlakon. “Tapi saya menolaknya cara baik kerana saya ada perkara lain yang perlu diselesaikan dan diberi perhatian. Jadi tak payah goyang dengan saya,” katanya.

Selain daripada warganet, Rita turut memaklumkan ada rakan-rakan artis yang tidak berpuas hati apabila dirinya ditawarkan peluang untuk kembali berlakon. Hal itu berikutan status dirinya yang masih belum menerima vaksin CVDI9.“Nampaknya ada artis yang berbunyi bila ada produser cari saya. Awat? Takut kena CVD sebab saya tak vaksin katanya. Sebelum ni dia kena CVD dari siapa? Bukan ke dah berdose-dose cucuk?” soal Rita. Malah, Rita rela meminta pihak produser untuk memberikan watak yang ditawarkan untuknya kepada selebriti tersebut. “Berilah watak saya untuk artis yang bising tu. Mana tahu senyap sikit,” perli Rita. Sekadar info, Rita yang menggelarkan dirinya sebagai ‘prosafe’ cukup terkenal dengan keterbukaannya menolak suntikan vaksin.Terdahulu, pelakon Mami Jarum itu pernah digugurkan daripada produksi drama 100 episod kerana masih belum mengambil suntikan vaksin. Sumber, Gempak

Rita Rudaini Luah Rasa Sedih Hantar Anak Masuk MRSM. Ramai Warganet Turut Bangga Dengan Ketabahan Dan Pengorbanan Rita

Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa sebak selepas menghantar anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin memasuki sekolah berasrama penuh Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Menurut Rita, 45, dia yang selama ini tidak pernah berjauhan dengan anaknya itu mengalirkan air mata sedih bercampur gembira melihat pencapaian anaknya itu. “Saya ibu yang normal. Rasa sakit, pedih itu dah biasa. Macam mana hujan lebat hari ni macam tahu derasnya air mata saya hari ni. “Air mata gembira bercampur dengan sebuah rasa. Rasa itu adalah rasa cinta, sayang, rindu. Kami tak pernah berenggang, harini kami berjauhan,” tulisnya. Menerusi platform TikTok, Rita turut berkongsi video momen memeluk Airit ketika menghantar anaknya itu. Tambah bekas isteri penyerang JDT, Aidil Zafuan Radzak itu lagi, dia cukup berbangga melihat anaknya dibesarkan oleh seorang ibu tunggal. “Mommy sedih sampai dada sakit dalam pada yang sama mommy gembira dengan anak yang hanya dibesarkan oleh ibu tunggal, melangkah setapak lagi ke depan. “Mommy sentiasa menjadi sayap kiri dan kanan mu. Fly high Airit Rayyan Rizqin,” jelas Rita lagi. Video, klik link

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya menitipkan ucapan tahniah di atas kejayaan Rita yang berjaya mendidik anaknya sehingga melayakkan diri ke sebuah sekolah berprestij. Malah, kekuatan Rita sebagai ibu tunggal dalam membesarkan anak-anaknya turut menjadi inspirasi kebanyakkan wargamaya terutamanya wanita. Antara komen warganet “@Cahaya Cinta:sebak anak tu tanpa ayah di sisi. Tahniah Rita kuat besarkan anak-anak. Hebat awak.”“@blackbeautyz:Hmmmm kita yang nangis tengok. Dari baby sampai besar kita tengok Rayyan. All the best Rayyan moga dipermudahkan segala urusan.”“@eisyaelisya:tahniah abang Rayyan. Nanti jaga ibu ye, buktikan yang Rayyan mampu jaga ibu dan adik walaupun tanpa ayah. ”“@mum mirairfanassyifa:Semangat luar biasa kak Rita, dari down sampai bangun semula tahniah Rayyan. “@juesufi:Rita seorang ibu tnggal yang hebat. Berjaya didik anak-anaknya dunia akhirat dan Rita buktikan dia seorang wanita yang berjaya mendidik anak-anak tanpa seorang lelaki di sisinya.”“@iamfieza:Sian tengok anak-anak Rita ni dari kecik sampai besar tak rasa kasih sayang sepenuhnya dari ayah dia, padahal ayah ada lagi. Taniah Rita kuat demi anak-anak tersayang. ”Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 450,000 tontonan daripada warga TikTok. Untuk rekod, Rita dan Aidil, 34, pernah berumah tangga pada tahun 2008, namun jodoh mereka tidak panjang dan bercerai pada September 2013. Bagaimanapun, hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua putera iaitu Airit Rayyan Rizqin, 13, dan Airit Qaqa Arjuna, 11. Sumber, gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.