Ingin anak belajar luar negara, Puteri Sarah dedah dah buat persiapan sampai siap temuduga pelajar Turki

Viral

Puteri Sarah mahu anak-anak sambung belajar di Turki. Setiap ibu pasti mempunyai impian untuk melihat anak berjaya dalam pelajaran, begitu juga pelakon Puteri Sarah Liyana yang sudah membuat persiapan ke arah itu. Menurut Puteri Sarah, dia mahu putera sulungnya iaitu Syaikhul Islam menyambung pelajaran di Turki, manakala anak perempuannya, Sumayyah pula menjadi doktor yang belajar di Egypt, Mesir. Bukan hanya bercuti sahaja, pelakon berusia 36 tahun ini juga mahu melakukan persediaan awal dengan menemu bual pelajar di Turki mengenai subjek pelajaran mereka di sana.

Puteri Sarah berkongsi di Instastory.

“Dari sekarang, simpan angan-angan nak Syaikhul belajar dekat Turki. Sumayyah jadi doktor belajar dekat Egypt. Jadi, mulai sekarang kena terapkan bahasa Arab untuk mereka. Datang Turki ni sambil-sambil temu bual pelajar kat sini ambil subjek apa, persediaan semua, kena mula dari sekarang. Tak salah nak sasarkan dari sekarang. Jadi, boleh sediakan siap-siap anak-anak kena belajar apa supaya jadi orang berguna satu hari nanti,” kata Puteri Sarah.

Tak nak nanti anak dah besar panjang jadi tak guna, kita dapat malu.

Pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu berkongsi mengenai impiannya itu menerusi laman Instastory miliknya. Isteri kepada pengarah Syamsul Yusof itu bersama dua orang anaknya kini berada di Turki untuk bercuti selepas dari menunaikan umrah sejak 21 April lalu. Dalam pada itu, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati ini berharap dua orang anaknya itu sentiasa menjaga nama baik keluarga selain dan tidak menyusahkan ibu dan bapa.

Puteri Sarah bersama dua orang anaknya.

“Jangan menyusahkan mama, ayah dan jangan malukan nanti nama mama ok Syaikhul dan Sumayyah. Buat saya bangga dengan belajar bersungguh-sungguh. Jadi somebody nanti Insya-Allah dan sebagai ibu bapa, kami cuba didik dan susun semua yang terbaik untuk anak-anak dari kecil lagi. Tak nak nanti anak dah besar panjang jadi tak guna, kita dapat malu. Apa-apa pun, berjaya dalam pelajaran, pergi terokai dunia dan balik dengan sesuatu,” ujarnya. Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 2. Sumber, Mstar

Dah Beberapa Hari Di Tanah Suci, Terkejut Bila Puteri Sarah Tampil Bongkarkan Keadaan Terkini Anak Di Sana

Aktres jelita Puteri Sarah berangkat mengerjakan ibadah umrah bersama dua orang anaknya, Syaikhul Islam, 5 dan Sumayyah, 3 tahun. Menerusi laman sosial Instagram, Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 36, memuat naik beberapa keping foto sewaktu keberangkatannya. Pada perkongsian tersebut, suaminya, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof tidak kelihatan. Walau bagaimanapun, hanya ibu dan bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail selain ahli keluarga Sarah dilihat hadir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA.

Sarah yang mengenakan jubah putih lengkap berniqab berharap pemergiannya ke Tanah Suci mendapat umrah yang mabrur. Orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu agung kepada Allah SWT. Sekiranya mereka berdoa kepada Allah, nescaya Allah perkenankan doa mereka. Sekiranya mereka memohon keampunanNya nescaya Allah ampunkan mereka. Doakan Sarah mendapat umrah yang mabrur, tulisnya di ruangan kapsyen. Pelakon, Puteri Sarah Liyana memanjat rasa syukur apabila dua orang anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah berkelakuan baik sepanjang berada di tanah suci Mekah bagi menyempurnakan ibadah umrah.

Puteri Sarah meluahkan perasaannya itu menerusi entri di laman media sosial Instagram miliknya. Akui Sarah, pada peringkat awal dia rasa takut dan bimbang untuk membawa dua permata hatinya itu pergi ke tanah suci Mekah. Bagaimanapun, menurut Sarah segala urusan mereka anak beranak berjalan lancar dan dipermudahkan. At first, i was really scared macam macam fikir alamak nak bawak dua active kids travel jauh. Boleh jaga ke ni ? Kids nanti behave tak. Alhamdulillah, i said to myself takpe pegi je Sarah. Allah akan permudahkan urusan u nanti. Takut ke, susah nak jaga ke, tolak tepi yang penting niat nak pergi beribadah sangat2. Syukur syaikhul dan Sumayyah behave, anak anak yg dengar cakap tak banyak songeh. Syaikhul pun ada gang kat sini, mutawif insafftraveltours. Ustaz Wajdi yang bawak dia ziarah banyak tempat, pegi solat sama2. M so grateful and thankful Sekadar info, Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata. Sumber, HM/IG

Leave a Reply

Your email address will not be published.