Tular pekerja Shell tertidur di kaunter, sekali pak cik Shell jelaskan perkara sebenar yang berlaku

Viral

Sebelum ini tular satu rakaman video yang dirakam oleh pelanggan salah sebuah stesen minyak Shell cuba mengejutkan pekerjanya yang tertidur semasa bertugas ‘shift malam’ sekitar jam 3.50 pagi. Baru-baru ini Pak Cik Shell telah tampil membuat penjelasan menerusi satu hantaran Instagram. Beliau meminta maaf terlebih dahulu kerana pelanggannya terpaksa menunggu pada waktu itu.

Pakcik Shell Jelaskan Kenapa Pekerja Itu Tertidur

Menurut Pak Cik Shell, pekerja itu dipercayai keletihan selepas membantu ibunya meniaga di pasar pada awal pagi. Ekoran video yang tular itu, pekerja itu telah dihantar untuk buat pemeriksaan kesihatan dan majikannya telah memberikan cuti seketika untuk dia berehat. Perkongsian video itu telah menerima maklum balas positif dan pujian daripada warganet yang mana merasakan pekerja itu beruntung kerana mendapat majikan yang sangat bertanggungjawab dan memahami situasi sebenar pekerja.

Tambah warganet lagi mereka memuji pekerja itu kerana sanggup melakukan lebih daripada satu pekerjaan bagi menampung perbelanjaan keluarganya. Orang ramai juga mendoakan agar pekerja tersebut kembali pulih dan dapat terus berkhidmat dengan baik.

Komen Warganet

Warganet juga memesan agar orang ramai perlu ‘berfikir panjang’ terlebih dahulu sebelum menularkan satu-satu video ke media sosial. Bak kata Pak Cik Shell “Kami beroperasi oleh sekumpulan warga Malaysia yang kuat bekerja, untuk warga Malaysia yang lain. Itulah hakikat kehidupan yang kita tak nampak.” Sumber, The Vocket

Sampaikan Habis Bekalan Di Stesen Minyak, Tak Sangka Sampai 200 Kenderaan Terkandas

Difahamkan sekitar jam 12 malam tadi lori yang membawa bekalan minyak berkenaan tiba di stesen minyak tersebut. Kira-kira 200 buah kenderaan terkandas akibat bekalan minyak di sebuah stesen minyak di Kampung Saujana di sini kehabisan pada Jumaat. Menurut pengguna, Azuddin Yusoff, dia memulakan perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan untuk ke pahang sebelum terkandas di stesen minyak berkenaan sekitar jam 6 petang Jumaat. Katanya sehingga jam 11 malam, dia bersama pengguna yang lain masih terkandas selepas kehabisan bekalan bahan api tersebut.

“Jadi lebih kurang 200 kereta terkandas di sini. Kami kesal dengan kejadian seperti ini.”Sepatutnya pihak berkuasa atau pihak stesen minyak ambil tindakan, cari jalan untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya. Sementara itu penyelia stesen minyak berkenaan Hafikir Zaki memohon maaf di atas kesulitan yang dialami para pengguna.

“Saya minta maaf atas kesesakan yang berlaku, kesusahan yang dialami pelanggan disebabkan bekalan minyak terputus. Lori yang menghantar minyak telah datang tapi kerana kesesakan yang berlaku, kenderaan yang bergerak perlahan, sepatutnya sampai lebih awal tapi kerana kereta terlalu banyak kereta menyebabkan lori tergendala untuk sampai pada waktunya,” katanya. Difahamkan sekitar jam 12 malam tadi lori yang membawa bekalan minyak berkenaan tiba di stesen minyak tersebut. Sementara itu Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata penggunaan di luar jangkaan berikutan sambutan perayaan Aidilfitri menyebabkan bekalan di sesetengah stesen minyak kehabisan bekalan dan perlu menunggu stok baharu tiba. Tambah beliau, pihaknya juga sentiasa dimaklumkan oleh syarikat minyak dan juga pemilik stesen minyak tentang status semasa bekalan serta tindakan proaktif mereka bagi memastikan keberadaan bahan bakar ini di pasaran. Sumber, Astro Awani

Shell sahkan alami masalah teknikal di stesen minyak seluruh negara

Semua stesen minyak Shell di seluruh negara tidak dapat beroperasi sejak pukul 12 malam tadi disebabkan kegagalan sistem. Shell Malaysia hari ini mengesahkan ia sedang mengalami masalah teknikal dengan sistem tapaknya di semua stesen minyak Shell di seluruh negara. Shell Malaysia memohon maaf atas kesulitan yang timbul kepada pelanggan yang tidak dapat mengisi tangki minyak mereka akibat daripada masalah itu. “Kami sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.Semua stesen minyak Shell di seluruh negara tidak dapat beroperasi sejak pukul 12 malam tadi disebabkan kegagalan sistem. Sumber, Bernama

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.