Sanggup bangun menyolek wajah isteri setiap pagi, Man Raja Lawak dedah sesuatu buat ramai terharu

Viral

Kasih suami kepada seorang isteri, pelawak Man Raja Lawak memaklumkan dia menata rias wajah isterinya, Azlina Awaluddin pada setiap pagi. Menerusi laman sosial Instagram Man atau nama sebenarnya Abdul Rahman Kasim, 45, berkongsi sebuah video rutin menyolek wajah isterinya untuk tatapan umum. Menurut Man, dia akan melakukan apa yang termampu untuk membuatkan isterinya berlapang dada. “Selagi boleh buat dia happy. Abang akan cuba sebaik mungkin,” tulisnya di ruangan kapsyen. Menerusi video berdurasi 20 saat itu, menunjukkan Man sedang melakukan teknik ‘shading’ pada hidung isterinya agar terlihat lebih mancung,Wajah isterinya sudah siap diletakkan pemerah pipi serta pembayang mata. Man turut berkongsi wajah jelita isterinya selepas disolek.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memuji sikap Man yang pandai mengambil hati dan menggembirakan isterinya. Tidak kurang juga ada yang terkejut melihat Man mempunyai kebolehan menyolek seperti jurusolek profesional. “Terbaik bang Man, pandai make up isteri,” komen seorang wargamaya. “Pandai MUA Man ahh gitew. Bertuah isteri dapat suami serba boleh,” kata seorang wargamaya. “Elok elok Man, merah dah mata akak tu hahaha,” usik seorang wargamaya. “Bertuah akak dapat suami macam abang Man. Semoga bahagia hingga ke jannah,” doa seorang wargamaya. “Siap hembus hembus. Semoga bahagia till jannah,” tulis seorang wargamaya. “Inilah namanya nak isteri cantik, sendiri bagi cantik,” puji seorang wargamaya lagi. Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 15,000 tontonan daripada pengikutnya. Sumber, Gempak

Man Raja Lawak lepas gian ‘dating’ dengan isteri, tunggang motor besar sampai Putrajaya – “Mula-mula kami sarapan roti canai kuah kari kambing di Keramat”

Sejak lebih banyak sektor sosial dan ekonomi terutamanya bagi negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan beroperasi, timeline media sosial dipenuhi dengan pelbagai perkongsian. Pelawak Man Raja Lawak juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi momen bahagia dengan isteri, Azlina Awaluddin sewaktu berkonvoi menunggang motosikal berkuasa tinggi bersama enam lagi rakannya.


Man Raja Lawak gembira dapat luang masa bersama isterinya.

“Kita ambil peluang ni (kelonggaran kerajaan) untuk keluar dating… dalam masa sama nak hilangkan tekanan sebab dah lama sangat duduk rumah. Saya pilih untuk pergi ride dengan isteri untuk lepaskan gian. Saya bawa dia pergi sarapan roti canai kuah kari kambing di area Keramat dan lunch di Putrajaya. Memang seronok, tengok wajah dia pun tahu dia happy. Saya sendiri rasa macam sedang dilamun cinta dengan isteri… rasa macam dalam filem Azura bawa awek kat belakang,” katanya.

Sebelum ini Man berkongsi foto mesra dia bersama isteri di Instagram ketika mereka melakukan aktiviti riadah berkenaan. Cerita Man yang menetap di Selayang, Selangor, dia dan rakan-rakannya memilih untuk ke Putrajaya memandangkan lokasi berkenaan tidak terlalu padat dengan kehadiran orang ramai.

Saya sendiri rasa macam sedang dilamun cinta dengan isteri… rasa macam dalam filem Azura bawa awek kat belakang

Sungguhpun sudah diberi kebebasan untuk merentas daerah, namun Man tidak mahu terlalu berseronok hingga memudaratkan diri. “Sekarang sekatan dah tak ada, tapi kita jangan ambil kesempatan pergi ke lokasi yang tak dibenarkan… kita kena ikut peraturan tu. Ride ke Putrajaya lebih tenang, saya takut lagi nak ke tempat sesak yang viral dan jadi tumpuan. Risau kalau kita jadi penyebab kepada penyebaran CvdI9,” katanya yang sudah lengkap vaksinasi.

Sementara itu Man turut berpesan kepada orang ramai yang berkunjung ke tempat awam untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan. “Kena sentiasa pakai mask, jangan lupa ikut SOP supaya kita semua terhindar wabak ini. Jangan sampai kelonggaran ni dibekukan balik. Ambil la peluang kemudahan ni dan kita kena patuhi nasihat kerajaan. Seperti saya, nak ride pun kena ikut peraturan. Tak boleh ride dengan skandal atau isteri orang… isteri sendiri tak mengapa,” guraunya lagi. Sumber, Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.