Ramai tertanya kenapa cepat sangat Shaheizy Sam terus tunjuk wajah anak, sekali ini penjelasan pasangan ni

Viral

“Alhamdulillah. Saya sangat gembira dan bersyukur dengan kelahiran anak ketiga ini iaitu seorang bayi perempuan. Rasa teruja sudah lama tidak dukung bayi”. Demikian kata-kata oleh pelakon Shaheizy Sam selepas isteri kesayangannya yang juga pelakon, Syatilla Melvin selamat melahirkan cahaya mata. Sam atau nama lengkapnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 38, ketika dihubungi memberitahu isteri dan bayinya berada dalam keadaan baik dan sihat. Kata Sam, Syatilla telah dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri, Selangor selepas menunjukkan tanda-tanda akan bersalin.

Tak Tunggu Lama Tunjuk Wajah Bayi

Pasangan s.elebriti Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin tidak menunggu waktu lama untuk mende.dahkan wajah puteri ketiganya, Salama Samheizy buat tatapan umum. Sam berkata, selepas dua hari dilahirkan dia dan Syatilla nekad berkongsi berita gembira itu kepada peminat. Memang waktu kelahiran Syeriv dan Sarima sebelum ini kami berkongsi wajah mereka selepas Syatilla habis berp.antang.

Tapi kali ini kami ambil keputusan untuk kongsikan lebih awal wajah Salama. Memang biasanya macam orang tua kata tak elok tunjuk wajah anak pada orang luar. Tapi ada sesetengah ulama berkata berita atau benda yang baik lebih elok tunjuk. Jadi kami pun rasa apa salahnya kongsikan wajah anak kepada umum” katanya. Ditanya mengenai pemilihan nama Salama untuk anak ketiganya, Sam berkata, nama itu diberikan oleh isterinya. Nama Salama ini Syatilla yang pilih. Dia memang suka nama yang klasik. Kebiasaannya nama pertama anak diberikan oleh Syatilla kerana saya yang minta dia buat keputusan.

Kemudian nama kedua pula saya nak nama saya digunakan iaitu Samheizy, katanya. Sebelum ini Syatilla selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira jam 11 pagi di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. Untuk rekod, Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 5, dan Sarima Samhiezy, 2. Sumber, HM/IG

Masuk Hospital Balik Setelah 4 Hari Bersalin, Syatilla Melvin Dedah Apa Yang Berlaku Dan Ini Keadaan Terkininya

Empat hari selepas melahirkan anak ketiga melalui kaedah operasi, pelakon Syatilla Melvin kembali dimasukkan ke sebuah pusat perubatan kerana mengalami masalah sakit kepala dan tulang belakang. Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh isteri kepada Shaheizy Sam itu dalam satu hantaran di laman Instagram miliknya. “Hari keempat selepas operasi, tumpas lagi ke pangkuan hospital. Kena serangan spinal headache yang sangat teruk. Tidak boleh bangun dan susukan bayi,” ujarnya.

Hari keempat selepas operasi, tumpas lagi ke pangkuan hospital

Menerusi ruangan komen, Syatilla dilihat sempat berbalas gurauan dengan adiknya iaitu Syifa Melvin yang meragui kakaknya itu serik untuk kembali hamil. “Bagilah ruang anak aku jadi cucu bongsu lama sikit,” jawab Syatilla.

Syatilla selamat melahirkan anak ketiga pada Isnin.

Syatilla selamat melahirkan bayi perempuan pada Isnin lalu bersamaan 8 Syawal di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. Anak ketiga pasangan ini diberi nama Salama Samheizy. Untuk rekod, Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 5, dan Sarima Samheizy, 2. Sumber, Mstar

Syatilla Melvin Bakal Lahirkan Anak Ketiganya, Kini Suami Tampil Pohon Doa Dan Dedah Keadaan Terkini Isterinya

Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin terkenang zaman awal percintaannya bersama suami yang juga aktor, Shaheizy Sam kira-kira sembilan tahun lalu. Pantas masa berlalu, Syatilla yang mesra disapa Tilla kini sedang menanti detik bers.alin anak ketiga mereka. Ya Allah bila tengok gambar ni, tesedaq yang anak nak masuk 3 orang dah rupanya. Alhamdulillah rezeki Allah. Teringat masa zaman-zaman rancak bercinta, 2013 macam tu Sam buat s.uprise muncul sorang-sorang depan rumah Tilla kat Penang raya kedua. “Ntah pasti kawin ntah tidak masa tu!. Ya Allah sekarang ni anak besepah dah. Percaturan Allah sangat hebat!,” tulisnya di Instagram.

Berdebar Tak Tahu Nak Kata

Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin malam tadi berkongsi perkembangannya sebelum melahirkan anak ketiganya, hari ini. Menerusi Insta Stories, isteri kepada aktor Shaheizy Sam itu memuat naik video ke yang sudah pun tiba di h.ospital kira-kira jam 1 pagi. “Sekarang pukul 1 pagi. Nak p.otong perut pukul 7 ke 7.30 pagi. Pukul 1 pagi baru datang ke h.ospital. Rasa macam mana?,” seloroh Tilla. Menerusi perkongsian seterusnya, peserta Dewi Remaja sezaman Neelofa ini turut berkongsikan suasana biliknya.

“Inilah bilik daripada anak fi.rst, s.econd sampai anak yang nombor tiga di bilik yang sama. Berdebarlah tak boleh nak kata. Ya Allah doakan Tilla. Sam sentiasa ada dekat belakang ibu,” katanya lagi. Sementara itu, Tilla turut meminta doa yang baik-baik daripada semua yang berjanji untuk berkongsikan wajah permata hati bongsunya buat tatapan peminat. “Mai tunjuk muka sat, malam satgi nak kena a.dmit dahhhh. Esok pagi nak bok keluaq baby dah!. Ya Allah tak sabaq. Esok kami u.pdate muka baby teroih na. doakan Tilla,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Sam Beritahu Keadaan Terkini

Tengah tunggu dekat w.aiting area, tilla dah dekat dalam ot, h.opefully semuanya ok lah, doakan yang terbaik. Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan mereka turut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy. Sumber, Online Malaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.