Dikatakan tak bekerja dan makan duit isteri, tak boleh berdiam diri ini respon padu Suhaimi Saad

Viral

Bekas ahli kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok, tampil menjawab dakwaan yang mengatakan dirinya tidak bekerja dan mengharapkan duit isterinya.

Ada pendapatan tahunan, bulanan dan mingguan

Ujar pemilik nama Mohd Suhaimi bin Saad, dia menerima royalti sebagai seorang penyanyi, penulis lirik serta pencipta lagu apabila lagu-lagunya dimainkan di televisyen, radio dan sebagainya. Royalti berkenaan dibayar dua kali setahun dan dikira sebagai pendapatan tahunan. Jika dia bersama keluarganya pandai berjimat, duit berkenaan mampu untuk bertahan selama beberapa bulan.

Alhamdulillah SS dah menyanyi dari tahun 2000 hingga sekarang dan ada lebih 10 buah album termasuk album bersama In-Team, solo dan album kompilasi. Jadi setiap lagi yang diputarkan akan ada pihak yang akan kutip royalti dan akan bayar kepada artis. Kalau SS pergi buat selamanya nanti royalti tu akan dibayar ke waris iaitu kak Ina Naim dan anak-anak. Dalam pada itu, suami kepada Ina Naim turut mendedahkan pendapatan bulanannya di mana dia mengajar kelas al-Quran secara dalam talian pada sebelah malam dan seorang murid yang mengambil kelasnya itu membayar sebanyak RM100.00.

Untuk mingguan SS ajar anak-anak mula dari hari Ahad hingga Khamis. Jumaat dan Sabtu SS ambil kesempatan untuk buat khidmat urut. Katakan dua hari tu SS urut 3 orang jadinya 3 orang SS dapat RM300.00. Selain daripada itu, Suhaimi Saad bersama isterinya turut membuat bisnes dalam talian dengan menjual pelbagai produk termasuklah kaftan, kopi dan sebagainya.

‘Terbaik bang cara abang cari duit’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji caranya mencari wang untuk menyara keluarga. Malah ada juga di antara mereka yang mendoakan agar segala urusan Suhaimi Saad dan keluarga dipermudahkan. Sumber, mosusofficial

Netizen Naik Jijik, Gelar Suhaimi Saad Kambing Kepam Tak Mandi Sebab Kongsi Kisah Dalam Kain

Nampaknya, nama Suhaimi Saad kembali menjadi bualan warganet apabila bekas penyanyi nasyid itu berkongsi hal yang dianggap kurang molek untuk perbincangan awam menerusi akaun Facebook miliknya baru-baru ini.Suhaimi, atau lebih popular dengan panggilan Mosus di media sosial memuat naik sebuah tangkap layar berupa mesej peribadi yang diterima daripada pengikutnya.

Menerusi mesej berkenaan, pengikut Suhaimi bertanya, apakah sebabnya jika seseorang lelaki itu kerap melakukan onani.Tanpa segan silu, dia membalas dengan lima sebab terhadap pertanyaan tersebut seperti kuat nafsu, kuat menonton video lucah, isteri tidak pandai melayan, tiada isteri dan tidak berani menambah isteri.

Menurut Suhaimi, hal berkenaan kelihatan mudah tetapi sebenarnya penting. Pesannya, jika mempunyai suami, layan dengan baik dan perlu bertanya jika tidak tahu. Suhaimi turut mendedahkan bahawa melayan suami itu ibadah dan melayan isteri itu juga ibadah. Sebelum menutup tulisannya, dia berkata, “Hobi SS adalah beribadah,” sambil meletakkan emoji ketawa. Meninjau komen-komen warganet di sebuah forum hiburan tempatan, rata-rata berasa kurang senang dengan perkongsian Suhaimi yang dianggap tidak sengaja membuka kisah dalam kain kehidupan suami isteri.

“Jijik ya. Bodoh tak cerita hal dalam kain camtu? Hebat macam mana pun kalau muka cam kambing, kepam tak mandi 20 tahun, hilang selera please. Sama busuk je laki bini,” tulis warganet berkenaan. “Imaginasi dia lain macam ke?” soal seorang lagi pengguna forum berkenaan.Dalam pada itu, ada juga yang mempertikaikan isteri Suhaimi, iaitu Ina Naim yang tidak pernah bersuara terhadap hal-hal kontroversi yang pernah dicetuskan oleh suaminya. Sumber, Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.