Selamba sindir artis yang menutup wajah anak, sekali ramai terkejut dengan kata kata Diva AA ni

Viral

Perkongsian pengacara sensasi Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA menjadi perhatian apabila memuji pasangan selebriti Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin yang mendedahkan wajah anak mereka kepada umum. Menerusi statusnya itu, Diva AA turut memuat naik keratan artikel mengenai pasangan itu yang berkongsikan wajah anak ketiga mereka selepas dua hari dilahirkan.

Namun, apa yang menjadi perhatian Diva AA turut mem.3rli artis yang masih menutup wajah anak mereka kerana takut dengan peminat. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan perkongsian Diva AA itu ditujukan kepada siapa. Semalam, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin berkongsikan wajah anak ketiga mereka yang diberi nama Salama Samheizy selepas dilahirkan pada Isnin lalu. Sumber, Online Malaya

Diva AA digugurkan dari MIC ON!

Pihak pengurusan Awesome TV hari ini mengambil keputusan untuk menggugurkan Azwan Ali daripada tugas pengacaraan bagi program realiti MIC ON! berkuatkuasa serta merta. Sehubungan dengan itu, pentas utama MIC ON! yang akan berlangsung pada hari Jumaat ini akan dikendalikan secara solo oleh pengacara bersama sedia ada, Issey Fazlisham. Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira beberapa faktor utama demi memastikan keharmonian penerbitan keseluruhan program MIC ON! untuk musim ini dapat diteruskan dengan lancar bagi menghormati semua pihak yang terlibat.

“Perlu ditegaskan di sini bahawa pihak Awesome TV tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang hal-hal berkaitan dengan disiplin dan standard etika kerja bagi mana-mana pihak sama ada di kalangan tenaga produksi sendiri mahupun bakat yang terlibat dengan program-program terbitan kami. Pihak Awesome TV juga tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk salah laku atau gangguan yang boleh mencetuskan ketidakharmonian. Tindakan keras akan diambil sekiranya berlaku sebarang pelanggaran integriti prinsip tersebut,” menurut kenyataan hari ini.

Untuk makluman, “MIC ON!” yang bersiaran pada setiap hari Jumaat jam 9.00 malam di saluran Awesome TV (Astro 123) atau MyTV (112) merupakan sebuah program realiti berkonsepkan pertandingan nyanyian komedi terbitan Awesome TV yang menampilkan tiga figura seni tersohor tanah air, Dato’ Awie, Dato’ Hattan dan Mas Idayu sebagai Juri Tetap.

Terdahulu, seramai 15 peserta berjaya diserap masuk untuk bersaing di konsert mingguan MIC ON! musim kedua bagi merebut gelaran juara. Kesemua mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan yang diterajui oleh Fad Bocey, Ropie dan Ajak Shiro yang menggalas tanggungjawab selaku ‘Manager’ untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada para peserta. Sumber, Utusan Malaysia

Masuk Unit Rawatan Rapi Satu Jam, Ini Kata-Kata Diva AA Bila Disangka Pergi Buat Selamanya

You will never! Aku masuk Unit Rawatan Rapi satu jam sebab sakit perut lah!”Demikian kata-kata pembuka pengacara sensasi Azwan Ali tentang dirinya yang mengalami keracunan makanan dan dimasukkan di Unit Rawatan Rapi di sebuah pusat perubatan ibu kota pada Jumaat lalu.

Menurut Azwan yang lebih mesra disapa sebagai Diva AA, kejadian itu berlaku disebabkan dia memakan burger yang mungkin tercemar pada malam sebelumnya.

“Baiklah, ceritanya begini, saya makan burger pada malam sebelum masuk hospital, saya lapar dan beli saja burger tepi jalan sebab beratur panjang di sebuah restoran makanan segera. Saya dah pernah kena tahun lepas tapi beli lagi, lagi satu kesalahan saya, sebaik sahaja dapat burger dalam gelap itu juga saya terus makan sebab lapar, patutnya balik check dulu ada apa dalam tu,” jelasnya sambil berseloroh.

Diva AA berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran program MIC ON! musim kedua di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Khamis. Bagaimanapun, Diva AA tidak berada lama dalam wad Unit Rawatan Rapi kerana meminta untuk dikeluarkan setelah keadaan dirinya semakin pulih, tambahan lagi harus memenuhi undangan persembahan di Johor Bahru pada hari yang sama, 14 Februari 2022.

“Saya masuk Unit Rawatan Rapi pada 5.30 pagi, kemudian pukul 7.50 pagi saya dah cakap dekat doktor mahu keluar, doktor pun terkejut dan menasihati saya untuk kekal dalam wad. Saya kata tak boleh sebab ada show di Johor Bahru (JB), pada hari itu saya ke JB bawa kereta, kawan di sebelah (pereka fesyen Anuar Faizal) pun risau akan keadaan,” katanya lagi. Bercakap tentang reaksi warganet mengenai kejadian yang menimpa, Diva AA akui ada juga yang menyangka dia sudah pergi buat selamanya.

“Ada warganet yang ingat saya sakit dan sudah pergi, hingga ada yang cakap ‘lah hidup lagi b*bi ni?’ That is very sickening, jadilah orang yang mulia, orang yang mulia akan mendoakan kesembuhan. “Bila saya berbual dengan ibu Fauziah Nawi pun beliau kata pernah alami perkara sama di mana orang kata dia telah pergi buat selamanya,” katanya. Difahamkan, keadaan kesihatan Diva AA kini berada dalam keadaan baik dan akan muncul sebagai pengacara program MIC ON! musim kedua yang akan bersiaran di Awesome TV (saluran 123 Astro) bermula 28 Januari ini pada setiap Jumaat, jam 9 malam. Sumber, Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.