Ramai masih tertanya kehilangan Anita Sarawak, Noorkumalasari tampil luah sesuatu sampai buat ramai sebak

Viral

Sudah 11 tahun penyanyi, Anita Sarawak menghilangkan diri dan misteri kehilangannya masih belum terungkai. Pelbagai versi cerita tersebar namun, penyanyi yang popular dengan lagu Mata dan Hati Seorang Kekasih, Noorkumalasari tetap mempertahankan kakaknya.

Walau bagaimanapun, ia tetap menjadi teka-teki apabila Anita tidak pernah muncul biarpun pada hari pengurusan ibu tirinya yang sangat rapat dengannya pada 2013. Selepas sekian lama memendam perasaan, akhirnya Noor secara eksklusif meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Jauh di sudut hati bintang filem Menanti Hari Esok, Tiada Esok Bagimu dan Esok Untuk Siapa ini mengakui, dia agak terkilan Kak Nita seakan menjauhkan diri dan tidak pernah menghubunginya sejak 2014.

“Jujurnya saya amat merindui Kak Nita. Kami membesar bersama sejak saya berusia empat tahun. Kak Nita ibarat kakak dan sahabat baik berkongsi suka dvka.” katanya. “Walaupun tidak dilahirkan seibu, semua itu tidak pernah menjarakkan perhubungan antara kami sebelum ini. Saya menjadi tempat Kak Nita mengadv nasib. Kami sering berbual di telefon hingga jauh malam. Biarpun Kak Nita duduk jauh tetapi selalu sahaja menghubungi saya dan berkongsi cerita.

” Kini sudah lapan tahun Kak Nita menjauh dari saya. Sejak itu saya juga tidak menerima panggilan ucapan hari jadi seperti sering dilakukannya, setiap tahun,” katanya dalam nada sebak. Namun saya percaya kerana satu perstiwa ini mungkin menyebabkan Kak Nita berkecil hati dengan saya sehingga hari ini. Kak Nita pernah meminta saya menonton dan memberi komen terhadap lakonannya dalam sebuah drama. Dia memegang watak sebagai detektif wanita.

“Apabila saya menyatakan kebenaran, Kak Nita tidak dapat menerimanya malah enggan terima kritikan. Sejak itu hubungan kami rengg.ang, saya terkejvt Kak Nita mengambil keputusan tergesa-gesa pulang ke Las Vegas, itu pun saya tak tahu. Kak Nita dan suaminya, Mahathir Abdullah minta dua beradik, Noor Salasawati dan Noor Jumaaton menghantar ke lapangan terbang. Dia pulang ke Las Vegas tanpa terlebih dahulu bertemu saya dan ahli keluarga lain,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, Noor berkata Kak Nita masih berhubung dengan kakaknya, Noraini. “Sebagai adik, saya tidak mahu Kak Nita terus berjauhan hati dengan saya, jadi saya berusaha mencarinya tetapi apakan daya Kak Nita masih berkecil hati dengan saya. Saya rasa terkilan sangat. Jika dulu Kak Nita akan menjadi orang pertama akan menghubungi saya jika tahu menang apa-apa trofi anugerah. Saya tunggu juga panggilannya ketika diangkat sebagai penerima trofi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, APBH31 tetapi hampa,” katanya. Namun, Noor berkata jauh di sudut hati tetap berharap bertemu Kak Nita suatu hari nanti. Sumber, Berita Harian

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.